Thursday, September 08, 2016

Cara Terbaik Untuk Hidup Lebih Sihat & Cergas..

Assalamualaikum,



Apa khabar hari nie ? Diharap sihat belaka hendaknya.. Ada yang tengah stress? Eh janganlah begitu..Cuba tenangkan fikiran sekejap, tarik nafas dan hembus. Cuba lagi ye...Tarik nafas dan hembus. Jika tidak pun, bagi anda yang beragama islam, ambil wudhuk. Bila terkena air wudhuk itu, sejuk muka yang panas akibat stress tadi.

Munurut pakar motivasi, kehidupan adalah pilihan. Maka, jika anda ingin mengetahui cara terbaik untuk hidup lebih Sihat & Cergas. Marilah teruskan pembacaan. 

1) Pastinya di dalam melalui kehidupan ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan pasti ada sebabnya kadangkala membuatkan kita stress.Sebaiknya elakkanlah stress kerana ianya merupakan cara terbaik bagi memperolehi hidup yang sihat & cergas.

Untuk makluman, semasa kita stress otot wajah akan menegang dan menumbulkan garis halus pada wajah. Sekaligus ia mampu melemahkan sistem pertahanan badan. Akibatnya mudah mendapat serangan penyakit.

Jika anda seorang yang mudah stress dan kerap saja stress adalah dicadangkan mengatur kehidupan dan masa dengan lebih baik serta mengambil berat tentang cara pemakanan yang sihat.



2) Dapatkan exercise yang secukupnya supaya badan terus berpeluh dan sihat. Lakukannya secara rutin dan mengikut kemampuan tubuh. Usah memaksa diri di dalam menjalani exercise kerana latihan yang terlalu membebankan nanti akan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon.



3) Dapatkan tidur yang secukupnya supaya badan dapat berehat setelah seharian bekerja. Semasa tidur inilah hormon diransang untuk mengeluarkan kolagen dan elastin yang boleh membuatkan kulit kelihatan muda dan sihat. Kesan daripada kurang tidur akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan terdapat lingkaran gelap di bawah mata ataupun kelihatan seperti mata panda dan badan juga menjadi tidak bermaya dan bertenaga.



4) Amalkan pengambilan supplement yang bersesuaian bagi pelengkap nutrisi di dalam tubuh. Al maklumlah cara pemakanan yang seimbang jarang-jarang kita ikuti. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran jarang sekali. Disebabkan itulah perlunya pengambilan supplement ini, supaya dapat membantu tubuh memperolehi nutrisi yang lengkap. 

Apabila tubuh memperolehi nutrisi yang lengkap, barulah hidup lebih sihat dan cergas.

Supplement yang dicadangkan buat melengkapkan nutrisi tubuh adalah SET CERGAS


Ingin dapatkan dapatkan suppement bagi melengkapkan nutirisi tubuh anda. Boleh hubungi saya atau whatsapp ditalian 0172569166 bagi pembelian. Penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak juga disediakan.

Sebelum berakhir, Marilah kita bersama-sama memilih hidup yang lebih sihat dan cergas bagi meneruskan kehidupan ini. Nikmat kesihatan yang harus dijaga dan dipelihara terletak ditangan kita yang memilikinya.

Sekian, jumpa lagi dientry akan datang.




Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews