Friday, September 02, 2016

Resepi Pizza Homemade daripada Teratak Puteri Bedak.

Assalamualaikum..


Hari ini seawal subuh saya,sudah pun membuat pizza.Bagi memenuhi permintaan anak yang sulung Nur Sufiya Humaira.

Asalnya cuma sekadar bertanya-tanya je pada dia.Kakak nak pizza?Kalau nak,nanti mama buatkan.

Sekali dituntutnya,setiap hari dan tak menentu masa.Sebelum tido,Sambil tengok TV,sambil bermain-main.Mama,bila nak buat pizza..Mama,kakak nak pizza.Mama,kenapa tak de pizza.

Maka,disebabkan pertanyaan yang bertalu-talu inilah menyebabkan seawal subuh saya menguli tepung untuk membuat pizza.

Inilah percubaan pertama kalinya membuat pizza.Al maklumlah,saya nie bukan hebat pun dalam masakan.Cuma chef dirumah je.Resepi pulak diambil dari Facebook.

Alhamdulillah berjaya menyiapkan  pizza permintaan Sufiya.Dapat pulak pujian daripadanya.."Sedaplah,pizza nie mama.Luv u"..Hilang segala penat rasanya.Bila Anak mengemari masakan kita.

Resepinya adalah..

1 3/4 tepung gandum
1 sudu besar garam
1 sudu besar yis mauripan
3/4 cawan air suam
1 sudu besar gula.

Cara-caranya
Campurkan yis + gula kedalam air suam,tunggu sehingga berbuih.Selama 2-3 minit.

Setelah berbuih,tuangkan bancuhan yis kedalam tepung yang dicampur dengan garam.

Uli sehingga sebati dan menjadi doh.Setelah itu,biarkan doh tadi kembang anggaran masa 30 minit.

Selepas doh menjadi kembang,ambil sebahagian dan canaikan diatas dulang pembakar.Pastikan dulang pembakar diratakan minyak terlebih dahulu ye.

TOPPING PIZZA

Boleh ikut kreativiti masing-masing..

Saya gunakan..
Sos speggethi Kimball,perasa cendawan.Sapukan rata diatas doh pizza tadi mengunakan belakang sudu.

Kemudian taburkan Mix Vege,potongan nenas di dalam tin,ayam cincang,hirisan sausage, keju Mozzarella dan keju Cheddar.

Selepas itu boleh diletakkan ke dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit.

Masak didalam suhu 200 celcius sehingga 15 minit.Bergantung pada oven masing-masing ye.

Selepas siap.Boleh dihidangkan panas-panas.


Rupa-rupanya mudah saja membuat pizza nih.Berdasarkan resepi nie boleh dapat 3 keping pizza yang sederhana.Memang menjimatkan,Sebabnya jika dibandingkan kos makan direstoren yang terkemuka..Memang mahallah kan...

Lagi satu,bila dapat melihat kegembiraan insan tersayang menikmati hasil air tangan kita.Memang satu kepuasan pada diri.

Selamat mencuba ye,kawan-kawan .Jangan kecam saya,sekiranya pizza anda tak menjadi.Mungkin anda boleh cuba lagi dan lagi..

Itu saja buat kali ini,sehingga bertemu lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews