Anakku Sembelit Lagi!! bagaimanakah untuk mengelakkan
Sembelit pada Anak.
Alahai kesian melihatnya, sehinggakan merah padam muka
meneran untuk membuang air besar. Kemudian disusuli pula dengan tangisan. Nak
mengadu mengatakan tentang sakit, masih belum pandai berkata-kata.
Alahai..hati
ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihatkan anak menghadapi sembelit
sebegitu.
Ibu-ibu pernah alami situasi diatas? Ingin tahu tentang tips
bagaimana untuk mengelakkan sembelit ini terjadi pada anak. Diantara Tips yang
boleh diamalkan adalah seperti berikut:
Pilih produk makanan yang mengandungi banyak
“whole grain” seperti oat dan bijirin.
Banyakkan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau.Sebagai contoh untuk buah-buahan yang tinggi serat adalah seperti betik,pisang,durian belanda dan jambu batu.Manakala, sayuran yang tinggi serat adalah seperti sawi dan kalian.
Amalkan pemakanan buah-buahan dan sayuran yang
masih segar. Ini adalah kerana buah-buahan dan sayuran segar mempunyai
kandungan air yang tinggi.Elakkan meminum jus buah-buahan kerana buah-buahan
yang telah menjadi jus lazimnya telah kehilangan serat.Serat itulah yang
diperlukan untuk meredakan sembelit
Berikan anak anda meminum air yang banyak. Jangan memberi anak anda minuman yang tinggi kandungan gula.
5 Berikan Kismis atau kurma kepada anak anda.
Sebagai contoh memberikan oat yang telah dicampurkan kismis dan kurma sebagai
sarapan pagi.
Inilah dia serba sedikit tips untuk meredakan sembelit
bagi anak kesayangan. Diharap dengan sedikit info ini dapat memberi manafaat
kepada pembaca di luar sana.
Jumpa lagi dientry akan datang.
No comments:
Post a comment