Saturday, October 29, 2016

Mencuci Rumah Baru Bersama Basic H

Assalamualaikum,


 Berbunga-bunga rasa hati apabila dapat kunci rumah baru. Melangkah masuk rumah baru dengan 1001 perasaan syukur dan gembira. Seronok rasanya. Sudah terbayang dekorasi yang patut di letakkan di bahagian dapur, ruang tamu serta bilik utama dan bilik anak-anak. 

Sehinggakan tidak tahu gaya apakah yang menjadi pilihan. Warna apakah yang sesuai untuk di cat diruang-ruang yang berkenaan. Sememangnya banyak persoalan yang timbul, Sekaligus, rambang mata dibuatnya.

Tetapi sebelum mendeko di sana- sini. Perlulah bersihkan rumah terlebih dahulu. Al maklumlah rumah baru. Terdapat banyak habuk dan kotoran selepas pembinaan. Sekurang-kurangnya perlu dicuci lantainya, dibersihkan segala cermin tingkap dan kotoran yang terdapat di bilik air.

Jadinya, pilihan saya adalah mengunakan pencuci serbaguna Basic H. Yang boleh membantu di dalam semua aktiviti kerja pembersihan.Sememangnya, Basic H inipun boleh digunakan dengan perbagai kegunaan. Menjimatkan duit. Lagipun Basic H ini, mempunyai kepekatan yang tinggi.

Tak perlu lagi membeli berbagai-bagai jenis pencuci untuk kegunaan membersih dan mencuci rumah.Tidak perlu dibilas,Lembut pada tangan, Tanpa klorin dan berkesan menanggalkan kotoran yang berminyak.


Boleh dikatakan, pengunaannya adalah serba guna. Lagipun, Basic H ini juga tidak merbahayakan kesihatan. 


  • Jika pencuci biasa mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam kulit dan sistem pernafasan, ianya tidak terdapat di dalam Basic H
  • Jika pencuci biasa mengandungi pelarut sintetik yang boleh mengganggu keseimbangan hormon, ianya tidak terdapat di dalam Basic H
  • Jika pencuci biasa mengandungi Morfolin yang merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal, ia tidak terdapat di dalam Basic H
  • Jika pencuci biasa mengandungi Ammonia yang merupakan bahan racun yang boleh merengsakan kulit,mata dan pernafasan, Ia tidak terdapat di dalam Basic H
Nyata ianya selamat digunakan. Basic H ini tidak mengandungi bahan-bahan kimia seperti yang disebutkan diatas dan bahan-bahan kimia yang lain. Basic H ini terhasil daripada ramuan semulajadi iaitu daripada ekstrak daripada jagung dan kelapa,

Jika di dalam rumah mempunyai anak-anak yang sedang membesar seperti didalam rumah saya ini. Takkan nak didedahkan anak dengan bahan kimia yang mampu memudharatkan kesihatan. Maka, pilihannya adalah dengan mengunakan Basic H. Yang mampu menghindarkan anak-anak daripada bahan kimia.

Demikianlah ceritanya tentang sebotol Basic H yang digunakan untuk mencuci rumah baru.Oklah, tugasan membersih dan mencuci bersama Basic H telah pun memanggil-manggil saya untuk meneruskan usaha membersih, Jadinya, tugasan perlu diselesaikan.

Maka, penulisan blog terpaksa ditangguhkan sebentar.

Sehingga kita bertemu lagi dientry akan datang.


Kongsikan:

Friday, October 28, 2016

Menurunkan Kadar Kolestrol Dengan Supplement

Assalamualaikum,



Sudah penat berusaha untuk menurunkan kadar kolestrol tetapi masih lagi tiada perubahan. Tahap kolestrol masih lagi tinggi. Untuk pengetahuan, tahap kolestrol normal bagi dewasa adalah kurang daripada 200mg/dl.

Sememangnya agak sukar mencapai tahap kolestrol yang normal. Jika tidak mempunyai tabiat pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Namun begitu, anda janganlah berputus asa, Terdapat dua supplement Shaklee, sememangnya didatangkan khas untuk mendapatkan tahap kolestrol yang seimbang.

Omega Guard & Phytocol - St hanya membantu anda dengan fungsi menurunkan dan mengawal kadar kolestrol, selebihnya anda masih perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Bagi kesihatan diri. Seterusnya mempunyai tahap kolestrol yang terkawal.

Cara nya mudah saja, dengan mengamalkan Omega Guard dan juga Phytocol Shaklee setiap hari. Pastinya anda akan dapat menurunkan kadar kolestrol kepada paras normal.

Pastinya timbul persoalan difikiran anda. Apakah itu Omega Guard & Phytocol. Tanpa membuang masa. Marilah kita terus mengkaji apakah khasiat yang terdapat di dalam 2 supplement ini.

  • OMEGA GUARD 
- Merupakan minyak ikan yang paling tulen dan paling semulajadi. Satu sajian omega guard ini dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA & DHA

- Mengandungi EPA & DHA yang boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi dan mengekalkan kelancaran saluran darah.

- Berfungsi menyingkirkan kolestrol jahat

- Menurunkan paras kolestrol sehingga ke paras normal

- Melakukan pembersihan salur darah dimana terdapatnya kolestrol jahat terkumpul

- Mempertingkatkan paras kolestrol baik di dalam pembuluh darah

  • PHYTOCOL - ST
- Mampu menurunkan kolestrol secara semulajadi. Supplement iidak ni kaya dengan fisioteral, Ianya berfungsi  menyerap kolestrol jahat yang tidak diperlukan oleh tubuh

- diformulasikan dengan prorietari dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kadar kolestrol LDL

- Diperbuat daripada gabungan kuat stenol dan stanol yang wujud secara semulajadi di dalam tumbuhan,buahan,sayuran dan bijirin

- Sterol dan stanol tumbuhan telah dibuktikan secara klinikal di dalam lebih dari 80 kajian  untuk menurunkan kadar kolestrol LDL



Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama membenteras kolestrol daripada bersarang di dalam tubuh. Ini kerana, kolestrol yang tidak terkawal mampu mengakibatkan penyakit kronik menghampiri kita. Kita cegah sebelum terlewat. Kita rawat sebelum parah.a

Kolestrol terbentuk tanpa mengira usia. Pelihara pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat. Bebas dari kolestrol Jahat, Bebas daripada penyakit kronik. Itulah idaman semua. Semua inginkan kesihatan yang baik. Salah satu usahanya adalah mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga supplement yang berkualiti.

Hidup cergas, sihat dan bertenaga sentiasa

Jumpa lagi dientry akan datang

Kongsikan:

8 Jenis Makanan Yang Mampu Menurunkan Kadar Kolestrol

Assalamualaikum


Sepertimana yang kita tahu, tahap kolestrol yang tinggi boleh membahayakan kesihatan. Ianya boleh membawa kepada penyakit kronik seperti serangan jantung, darah tinggi, stroke dan perbagai penyakit kadiovaskular yang membahayakan. Disebabkan itu, marilah kita berwaspada dengan tahap kolestrol yang tinggi.

Kolestrol terbahagi kepada dua. Kolestrol baik atau lebih dikenali sebagai HDL yang memberi manafaat kepada tubuh dan mencegah kolestrol jahat daripada terbentuk.
Manakala, kolestrol jahat (LDL) mampu membahayakan tubuh sekiranya ianya tidak dikawal, dengan terlekat di dalam saluan darah. Sekaligus, menjadi punca kepada penyakit kronik dan harus dihindari.

Jadinya, kita benteras kolestrol jahat dengan pengambilan makanan yang mampu mengurangkan  kadarkolestrol. Sebagai usaha pencegahan daripada penyakit kronik.

Makanan yang harus anda amalkan di dalam misi mengurangkan kolestrol ini adalah



1) Oat - ianya mengandungi serat yang tinggi, Yang dapat menyerap kadar kolestrol jahat di dalam tubuh,Amalkannya setiap hari sebagai sarapan. Pasti tedapat perubahan pada tahap kolestrol anda. Lagipun, ia membekalkan rasa kenyang yang berpanjangan.

Selain daipada oat, pisang,kacang merah, buah prune, epal dan pir juga merupakan makanan yang tinggi serat.



2) Omega 3 - mempunyai khasiat yang mampu menurunkan kolestol jahat. Berperanan memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan tejadinya pembekuan darah di dalam salur darah.Mampu mengurangkan risiko serangan jantung


3) Yogurt - di dalam yogurt terdapat bakteria baik yang mampu menurunkan kadar kolestol. Ianya bebas lemak, kaya dengan protein dan juga kalsium



4) Beras Merah - Kebiasaannya kita makan beras putihkan. Apakata di dalam misi menurunkan kolestrol ini. Kita betukar selera. Kita menikmati pula hidangan bersama beras merah. Yang mana ianya mengandungi serat yang tinggi yang dapat menurunkan kandungan lemak dan gula di dalam darah.
Di dalam beras merah ini mengandungi vitamin B, magnesium,fitonutrien dan selenium.



5) Minyak Zaiton - Mengandungi antioksida yang tinggi yang mampu menentang kolestrol jahat. Mengandungi khasiat yang dinamakan "low density lipopotein" yang sangat berguna bagi meurunkan kolestrol jahat



6) Soya - Yang kebiasaannya kita ambil secara minuman ataupun makanan yang telah diproses seperti tahu dan tempe, Ianya kaya dengan mineral dan kalsium. Membantu memecahkan lemak. Menghindarkan penyakit jantung dan diabetes.



7) Kismis dan Buah Tin - Buah-buahan kering ini mempunyai khasiat yang tersendiri seperti zat besi, vitamin B6, vitamin E dan potassium yang mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat, Sekaligus membantu fungsi penghadaman




8) Epal - Amalkan meminum jus epal setiap hari. Ianya boleh mengurangkan kolestrol dalam badan. Khasiat Epal yang mengandungi "Phytonutrient" yang berfungsi malambatkan pengoksidaan kolestrol yang tidak baik, Manakala epal hijau bagus diamalkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana ia mampu mencegah pembentukan lemak.


Inilah dia sebahagian makanan yang mampu menurunkan kadar kolestrol yang dapat saya senaraikan pada hari ini. Buat anda yang mempuyai kadar kolestrol yang tinggi. Bolehlah mengamalkan makanan yang tersenarai diatas.


Moga memperolehi tahap kolestrol yang normal buat anda. Moga kesihatan terpelihara daripada sebarang penyakit yang berkaitan dengan kolestrol. Bersama kita mencegah kolestro yang jahat daripada terbentuk. Sekaligus, memyebabkan penyakit kronik berani menghampiri tubuh kita.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang

Kongsikan:

Thursday, October 27, 2016

Mengapa Vitamin Shaklee Harus Menjadi Pilihan Anda

Assalamualaikum,



Sememangnya banyak jenama vitamin di pasaran. Apabila pergi ke farmasi.Dapat di lihat susunan berbagai jenis vitamin dengan perbagai jenama.

Sehinggakan tidak tahu nak memilih yang mana satu. Begitulah keadaan saya satu ketika dulu.

Saya merupakan pengemar vitamin C.Saya amalkan sejak berumur 20 tahun lagi.Pada ketika itu, apalah yang saya tahu tentang kandungan vitamin,.Pilihan saya yang murah dan sedap tanpa menghiraukan kandungan khasiat di dalamnya.

Namun,sejak berkenalan dengan Shaklee.Semuanya menjadi berubah.Tiada lagi kunjungan ke farmasi untuk membeli vitamin. 

Dan saya juga mempunyai alasan yang kukuh mengapa saya harus memilih Shaklee sebagai vitamin harian saya.

Kawan-kawan ingin tahu apakah sebabnya saya memilih vitamin Shaklee sebagai pilihan. Dan juga sebab mengapa harus mengamalkan vitamin Shaklee ini. 

Jom,kita intai satu persatu sebabnya.


  • Sentiasa Selamat 

Setiap produk Shaklee adalah 100% selamat untuk digunakan. Terdapat lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun untuk terus menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk


  • Sentiasa Berfungsi

Ini dibuktikan dengan lebih 100 kertas kerja saintifik, 90 terdapat di dalam ulasan jurnal yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee.





  • Terdapat Kajian Landmark Study 

Menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil supplement makanan Shaklee mempunyai kesihatan yang ketara lebih baik daripada mereka yang tidak mengambil supplement lansung.


  • Pilihan Tokoh-tokoh Berkelas Dunia & Pilihan Angkasawan NASA

Contohnya, Pada tahun 1986 dipilih oleh Vogager untuk penerbangan pertama tanpa henti ke seluruh dunia. Pada tahun 2004, ianya menjadi pilihan kepada US Ski Team. dan banyak lagi contoh yang boleh didapati.


  • Pilihan Atlet Berkelas Dunia

Vitamin Shaklee merupakan pilihan atlet berkelas dunia seperti Tiger Wood yang merupakan Pemain Golf dan juga juara dunia. Craig Blanchetter Juara di dalam sukan Paralimpik dengan 21 rekod dunia, Juara kerusi roda dunia 11 kali, pingat emas dunia sebanyak 26 kali. Contoh lain juga boleh didapati.


  • Sentiasa Mesra Alam

Merupakan syarikat pertama dunia yang menjadi Climate Neutral. Pernah memenangi anugerah bagi reka bentuk alam sekitar. Merupakan salah satu top 20 Syarikat Mesra Alam di Amerika Syarikat.


  • Ketulenan

Setiap produk akan melalui proses pemeriksaan yang ketat bagi memastikan ketulenan yang paling tinggi dan kemujaraban sesuatu produk


  • Kemujaraban

Terdapat lebih 60 patent dan "patent pending" untuk formula eksklusif, ini bermakna tidak ada produk lain mempunyai kombinasi unik produk yang terdapat di Shaklee.


  • Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kesemua produk diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Menjalani pemeriksaan piawaian bagi setiap produk yang dipasarkan


  • Halal & Dijamin Halal

Terdapat sijil halal bagi setiap produk dan hanya mengunakan ramuan semulajadi


  • Tidak terdapat Bahan Kmia & Beracun

Hanya mengunakan ramuan semulajadi dan tidak terdapat pengunaan dadah atau bahan beracun bagi setiap produk.

Inilah dia sebahagian daripada sebab mengapa produk Shaklee menjadi pilihan saya dan ramai penguna diluar sana. Di samping itu, prestasi Syarikat Shaklee yang kukuh juga menjadi sebab utama bagi penghasilan produk yang bermutu buat pengunanya.

Bagi anda yang sedang tercari-cari supplement. Bolehlah fikir-fikirkan tentang pengambilan dan pemilihan vitamin Shaklee. Anda akan merasai perubahannya setelah mengamalkan supplement Shaklee.

Kongsikan:

Testimoni Nutriwhite Shaklee - Puashati dan Cantik

Assalamualaikum


Jika entry sebelum ini memperkatakan tentang Set Nutriwhite Shaklee. Hari ini saya bawakan kepada anda testimoni Nutriwhite Shaklee. Sememangnya ramai yang berpuas hati setelah mengunakan Nutriwhite Shaklee ini.

Ada yang mengatakan kulit bertambah berseri-seri, mendapat pujian daripada suami. Kualiti mutunya setanding jenama-jenama mahal yang lain. Itulah hasil daripada pengalaman mengunakan Nutriwhite Shaklee ini.

Sememang banyak lagi testimoni Nutriwhite Shaklee ini. Jika anda google saja memang banyak hasil carian yang akan anda dapati. Tetapi di sebabkan, saya ingin membantu anda. Di sini, saya kumpulkan testimoni terbaik berkenaan Nutriwhite Shaklee buat bacaan dn juga rujukan.

Tanpa berlengah lagi, Jom kita intai-intai testimoni yang berkaitan

Testimoni 1 : Jerawat segan nak tumbuh dan kulit muka rasa bersih selepas dicuci


Testimoni 2: Kulit besih dan Cerah. Tiada lagi jerawat


Testimoni 3 : Mendapat pujian daripada suami, nampak berseri-seri. Hati pun gembira :)


Testimoni 4: Tiada  lagi kulit wajah yang bermasalah seperti kulit berminyak, jerawat. Yang anda cuma kulit wajah yang besih tanpa jerawat dan berseri.


Testimoni 5 : Ramai yang menegur, kulit bertambah berseri-seri, Sangat berpuas hati dan gembira


Macamana, menarik tak testimoni yang saya kumpulkan diatas. Pastinya menarikkan. Apabila ramai yang memuji kulit bertambah berseri dan cantik tanpa sebarang jerawat. Pastinya lebih menarik hati. Sekaligus, memikat hati untuk mencuba Nutriwhite.

Jika anda mengunakan pencuci muka Nutriwhite ini hanya dengan sedikit pengunaan, ia mampu menghasilkan buih yang banyak. Sekaligus ia mampu membersihkan keseluruhan kulit muka. Hasilnya kulit terasa bersih, segar dan berseri. Satu tiup pencuci ini, bertahan sehingga 6-8 bulan. Memang berbaloi.  Percayalah ianya berbaloi buat kulit muka dan juga poket anda.

Untuk keberkesanan produk, gunakanlah ia secara konsisten , tanpa jemu dan putus asa. Pastinya kulit menawan dan bebas cela milik anda.


Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Wednesday, October 26, 2016

Supplement Buat IbuAyah

Assalamualaikum,


Pagi ahad yang lepas, saya dikejutkan dengan berita pemergian ayah kawan baik saya.Memang terkejut bila mendengarnya.

Sebelum itu,sempat jugalah bertanyakan kepada kawan saya itu.Sakit apakah arwah ayahnya.Rupa-rupanya arwah menghidap kanser saluran pundi kencing. Cuma tidak pasti kanser ditahap tiga atapun empat.

Hajat dihati ingin berkunjung ziarah pada cuti Deepavali nanti.Nyata, tidak berkesempatan. Hanya doa dan bacaan surah Al-Fatihah mampu dikirimkan dari saya.

Disebabkan kisah di ataslah,membuatkan saya terpanggil untuk menaipkan entry ini.Mari kawan-kawan kita hadiah supplement buat ibuayah kita. 

Mungkin dengan cara ini membuatkan mereka bertambah sihat,cergas dan bertenaga. Siapa tahu, dengan izin Allah swt, dengan pemberian supplement ini, pulih dan bebas daripada ibuayah kita daripada sebarang penyakit.

Selain daripada perhatian dan kasih sayang.Kesihatan juga perlu dititik beratkan.Tanpa kesihatan yang baik pastinya ibu ayah kita tidak dapat menjalani kehidupan yang baik di dalam usia yang berbaki ini.

Bagi ibu ayah yang tidak mempunyai sebarang masalah Kesihatan.Boleh juga dibekalkan supplement harian.Supaya Kesihatan mereka bertambah baik dari masa ke semasa.

Antara supplement yang boleh dicadangkan adalah pengmbilan B-complex,Vitalea,Vitamin C,Omega Guard,Ostematrik & ESP.

Supplement harian buat IbuAyah supaya mereka kekal sihat dan cergas
Jika ibuayah yang mempunyai masalah Kesihatan seperti kencing manis.penyakit jantung,darah tinggi (tiga serangkai) dan berbagai jenis kronik yang menimpa.Boleh mengamalkan Vivix setiap hari.


Sekiranya ibu ayah mempunyai kolestrol yang tinggi. Dicadangkan pengambilan Omega Guard, Phytocol & Ostematrix



Jika sakit lutut atau sendi menyerang ibuayah,membuatkan mereka payah untuk bergerak.Sangat sesuai untuk mereka amalkan kolegen,ostmatrix dan omega guard.



Jika anda mempunyai bajet yang terhad,pemilihan supplement boleh diadjust mengikut bajet anda.

Tetapi,apalah sangat nilai duit untuk membeli supplement buat ibuayah,jika dibandingkan dengan jasa mereka memelihara,mendidik dan menjaga kita sehingga dewasa.

Sebelum terlewat.Marilah kita bersama-sama memelihara kesihatan ibuayah tersayang.


Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.

Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan.
Kongsikan:

Tuesday, October 25, 2016

Resepi Menu Sihat - Susu Badam

Assalamualaikum,


Mesti ramai diantara kita sangat mengemari kacang badam. Betul tak? Termasuklah saya sendiri. Pernah tak terfikir untuk membuat air minuman daripada kacang badam tersebut. Selalunya beli dan kunyah-kunyah sehinggalah letih mulut mengunyahnya.. :) 

Tetapi setelah menonton rancangan "Assalamualaikum" di TV Al- Hijrah  pagi tadi. Teringin pula mencuba susu badam bauatan sendiri. Minuman kesihatan yang banyak pula manafaatnya Cara membuatnya pun ringkas dan senang. Tak sampai 30 minit. Siap segelas minuman berkhasiat anda.. 

Nak tahu resepinya. Marilah teruskan pembacaan ye.

Susu Badam

1 Mangkuk Kecil Badam yang telah direndam sekurang-kurangnya 4 jam.
Tujuan merendam badam ini adalah untuk meleraikan asid yang terdapat pada badam tersebut

7-8  biji kurma yang telah dipotong halus dan telah dibuang bijinya

2 Cawan air masak ataupun air mineral.

1 Cawan susu segar

2 sudu ESP Shaklee (Bagi dewasa)

1 1/2 sudu mealshake (bagi kanak-kanak)

1 Sudu madu.(Pilihan)

1 sudu Chia Seed

1 cawan ais

Cara-caranya

Masukkan badam, kurma,air dan ke semua bahan-bahan (kecuali Chia Seed) ke dalam blender dan kisar sehingga halus. Apabila badam dan kurma tadi telah halus. Tuangkan ke dalam gelas. Taburkan satu sudu Chia Seed. Maka terhasillah susu badam. Yang lazat, berkrim dan enak diminum.

Kuantiti kurma bergantung kepada anda.Jika anda inginkan rasa yang lebih manis. Boleh letakkan lebih kurma di dalam kisaran tadi ataupun madu sebagai penganti kepada gula.



Jika ingin mendapatkan warna merah, adalah digalakkan anda kisarkan sekali ubi bit. Dengan campuran ubi bit, ia akan menghasilkan warna merah seakan air bandung. Pasti menyelerakan. yang pentingnya juga berkhasiat dan mengenyangkan.

Dan pastinya minuman ini merupakan minuman yang sihat, lazat dan berkhasiat. Jika diamalkan pasti kita memperolehi manafaatnya. Minuman hasil gabungan makanan yang berkhasiat ini, akan membekalkan nutrisi kepada tubuh. 

Walaupun ia sekadar minuman. Susu badam ini mampu mengenyangkan. Ia sangat sesuai kepada semua peringkat umur. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet, ibu yang menyusukan anak,wanita hamil,kanak-kanak, pelajar universiti. Pendek kata, semua golongan sesuai menikmati susu badam ini.

Selamat mencuba.

Jumpa lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

Monday, October 24, 2016

Kesan Penyakit Kencing Manis Diabetes

Assalamualaikum,



Pastinya kita selalu terdengar tentang diabetes. Ataupun lebih dikenali sebagai kencing manis. Pada masa kini, di dalam satu keluarga pasti akan ada salah seorang di dalam ahli keluarga yang akan menghidap penyakit ini. Yang mana ianya merupakan penyakit yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

Namun begitu, sejauh mana kita tahu kesan ataupun komplikasi penyakit ini. Kebetulan saya terjumpa artikel berkaitan komplikasi penyakit Diabetis ini. Membuatkan saya terpanggil untuk kongsikan bersama informasi tentang penyakit kencing manis kepada pembaca blog ini.

Jangan dipandang ringan tentang penyakit ini. Ianya boleh membawa maut. Bukan akibat daripada penyakit kencing manis itu, tetapi penyakit-penyakit sampingan yang tiba setelah menghidap kencing manis tersebut. 

Pesakit mungkin akan mengalami masalah kesihatan seperti masalah peredaran darah, kerosakan saraf, stroke dan darah tinggi.

Selain daripada itu, bagi pesakit Diabetes, digalakkan menjalani pemeriksaan mata setiap tahun dan menjaga kesihatan mata dengan sebaiknya. Ini adalah kerana, paras gula yang tinggi mampu merosakkan saluran darah yang menyalurkan khasiat ke retina mata. Ini terjadi kerana kekurangan aliran darah dan oksigen kepada urat saraf yang boleh menjadi punca kepada kerosakan saraf mata.

Titipan dari hati, kepada anda yang menghidap Diabetes, sila dapatkan pemeriksaan mata selengkap ya. Hargai nikmat penglihatan sebelum terlewat.

Pemeriksaan mata buat pesakit diabetes


Penyakit Jantung dan saluran darah juga adalah merupakan kesan kepada diabetes. Dan ianya merupakan penyebab utama kematian kepada pesakit diabetes. Kemungkinan yang tinggi bagi penghidap diabetes untuk mengalami penyakit jantung berbanding mereka yang tidak mengalami diabetes. Menurut statistik, tiga daripada empat kematian yang berkaitan diabetis adalah diakibatkan oleh serangan jantung ataupun kardiovaskular ( Penyakit saluran darah).

Titipan dari hati, buat anda yang menghidap Diabetes, pelihara kesihatan jantung anda ya. Dapatkan  makanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat. Supaya terhindar daripada penyakit yang berkaitan jantung dan kardiovaskular.

Serangan jantung akibat daripada Diabetes


Selain daripada penyakit jantung, pesakit diabetes juga mempunyai potensi untuk menghidap penyakit buah pinggang, Ini terjadi kerana kandungan paras gula yang tinggi mampu merosakan buah pinggang. Apabila buah pinggang rosak, ia tidak dapat membersihkan darah dengan baik. Ketika itu, pesakit perlu menjalani rawatan dialisis ataupun menjalani pembedahan untuk menerima buah pinggang yang baru.

Titipan dari hati, buat anda yang menghidap Diabetes. Kawal kandungan gula ya, Dapatkan pemeriksaan kandungan gula sebaiknya. Kawal pemakanan dan jangan diambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Rawatan Dialisis buat pesakit Diabetes


Pemborokan kaki juga adalah salah satu kesan daripada diabetes. Ini diakibatkan kehilangan fungsi saraf dibahagian kaki. Kesan daripadanya, aliran darah menjadi rendah untuk sampai ke bahagian kaki dan peha. Dan ianya akan menyebabkan pesakit diabetes sering merasa kebas-kebas kaki.

Akibat daripada itu, pesakit diabetes mudah mendapat kecederaan di bahagian kaki dan seterusnya membawa kepada pemborokan kaki, Kesan daripada pemborokan kaki ini, boleh membawa kepada pemotongan anggota. Pesakit diabetes mempunyai potensi yang tinggi untuk mengalami pemborokkan kaki.

Titipan dari hati, buat anda yang menghidap diabetes, Berilah tumpuan khusus pada penjagaan kaki ya. Elakkan daripada sebarang kecederaan atau pun luka. Jika terdapat kecederaan pada kaki. Dapatkan rawatan kecemasan di klinik-klinik dan ubat-ubatan yang sesuai. 

Pemborokan kaki akibat daripada Diabetes
Inilah dia diantara kesan daripada penyakit diabetes. Diharap info yang sedikit ini mampu memberi manafaat buat anda. Beringat sebelum terkena. Mencegah sebelum parah. Sememangnya, mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Bersama- sama kita memelihara kesihatan diri dan keluarga. Dijauhkan penyakit yang bergelar kencing
manis atau diabetes ini. Bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yan sihat. Supaya kesihatan yang baik itu menjadi milik kita.

Mari kita bisikkan pada diri " No Diabetes" dan Pergi Jauh-jauh " Kencing Manis".

Sehingga bertemu ladi dientry akan datang.

Kongsikan:

Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya.

Assalamualaikum, 



Nasihat... Nasihat luqman Al-Hakim kepada anaknya. Hari ini saya tuliskan di dalam blog kesayangan ini. Supaya dapat dijadikan bacaan  buat anda. Semoga ia juga mampu memberi manafaat kepada semua termasuk diri saya sendiri.

Sememangnya kita sebagai insan yang lemah. Kita memerlukan nasihat. Nasihat yang berguna, dijadikan panduan dan sebaliknya dijadikan pengajaran. Fikir-fikirkan yang terbaik buat diri. Tanpa nasihat, lebih-lebih lagi dari mereka yang berpengalaman. Maka, pincanglah kehidupan.

Asas utamanya, nasihat diambil daripada Al-Quran dan As-sunnah. Pasti selamat hidup dunia dan akhirat.

Jom baca nasihat Luqman Al-Hakim kepada Anaknya.

1) Hai anakku: Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jangan karam.Layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah swt.

2) Hai anakku: Orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadat dan taat kepada Allah,makanya dia tawadhu kepada Nya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu menghindarkan maksiat kepadaNya.

3) Hai anakku: Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu), maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman

4) Jauhkanlah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam

5) Hai anakku: Bila engkau menghadapi dua pilihan takziah orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan. Maka hendaklah engkau memilih untuk memilih menziarahi orang mati. Sebab menjenguk orang mati itu meningatkan kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi saja.

6) Hai anakku: Jangan engkau lansung menelan saja kerana manisnya barang dan janganlah lansung memuntahkan pahitnya barang. Kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kemanisan dan yang pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


7)  Hai anakku: Bila engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan pura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha meninsafkan atau menyedarkan kamu,maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya

8) Hai anakku: Usahakanlah mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk dan kotor serta kasar kerana engkau lebih selamat bila berdiam diri.Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manafaat bagi orang lain.

9) Hai anakku: Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu disusahkan dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia saja. Sesungguhnya tidak ada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya oleh dunia.

10) Hai annakku: Janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,janganlah engkau berjalan tanpa tujuan pasti,janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu

11) Hai anakku: Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan nafkanlah yang selebihnya untuk bekal akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan jadi pengemis yang membuat beban kepada orang lain.Sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu tanah belaka.Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bermuka dua, kerana ia membahayakanmu.

Inilah dia diantara Nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya. nasihat yang banyak memberi manafaat. Sekaligus boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.Sesungguhnya hidup tanpa nasihat boleh diibaratkan seperti layang-layang yang tiada tali. Hilang arah dan tujuan.


Oleh itu, marilah kita saling nasihat menasihati kearah kebaikan. Demi manafaat bersama.

Sekian, jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Sunday, October 23, 2016

Hapuskan Derita Migrain Bersama Set Migrain Shaklee

Assalamualaikum,



Hari ini terpanggil nak bercerita tentang migrain. Sakitnya apabila terkena serangan migrain. Hanya pesakitnya saja yang tahu bagaimana rasanya.Mengalaminya dapat dirasakan seperti satu penderitaan di sepanjang hari. Jika migrain ditahap kronik , deritanya sehinggakan berhari-hari menahan kesakitan.

Rasa kepala seperti mahu pecah dibuatnya. Terasa juga seperti batu menghempap dikepala. Kadangkala, terkena pancaran matahari pun boleh menyebabkan denyutannya semakin menjadi-jadi. Begitulah dapat dibayangkan, bagaimana sakitnya akibat serangan migrain.

Anda sering mengalaminya? Kebiasaannya doktor akan memberikan ubat tahan sakit. Untuk merawat migrain yang melanda tadi. Tapi itu hanyalah rawatan jangka pendek. Namun, Sampai bila harus mengamalkan ubat tahan sakit yang membawa kesan jangka masa panjang. Berapa lama lagi juga harus dibiarkan diri menderita akibat migrain.

Tak tahan lagi menderita kerana migrain. Kerap menelan ubat tahan sakit tetapi cuma bertahan buat sementara waktu. Ingin merawat migrain tanpa ubat-ubatan seperti "pain-killer" ataupun paracetamol. Adalah dicadangkan buat anda, adalah mengamalkan Set Migrain Shaklee


Diantara supplement yang terdapat di dalam set ini adalah B-Complex, Ostematrix dan Vitamin C Sustain Release.

B-Complex berfungsi
  • Menambahkan aliran darah ke otak - (dipercayai punca terjadinya migrain apabila bekalan oksigen kurang sampai ke otak)
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan
  • Mengurangkan masalah keletihan mata
  • Mampu menghalang daripada berulangnya sakit kepala dengan kerap


Ostematrix berfungsi 
  • Mengalakkan tidur dengan nyenyak
  • Membantu mengurangkan sakit kepala dan pitam 
  • Meningkatkan Transmisi darah ke otak
  • Mengandungi Magnesium yang dapat membantu menghalang pembuluh darah di kepala menjadi tegang
Vitamin C Sustain Release berfungsi
  • Mampu mengurangkan keresahan 
  • Mampu menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel badan
  • Meningkatkan sistem imun dan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.

Dan dibawakan bersama testimoni meraka yang telah pun berjaya mengatasi masalah migrain bersama supplement Shaklee.

Testimoni 1 : Alhamdulillah, migrain semakin berkurangan setelah mengamalkan Ostematrix & B-Complex dan ramai juga telah merasai perubahannya


Testimoni 2 :  Jika dahulu pastinya sebulan sekali wajib terkena migrain tetapi setelah mengamalkan ostematrix, migrain jarang -jarang muncul. Tiada lagi mengamalkan pengambilan ponstan. Bebas daripada migrain


Testimoni 3 : Sakit kepala sehingga menghantuk-hantukkan kepala sendiri. Disebabkan tak sanggup lagi menelan bahan-bahan kimia sebagai kaedah rawatan. Namun, setelah mengambil Ostematrix & Vivix. Sakit kepala kembali pulih dan keesokkanya boleh pergi kerja seperti biasa.


Alhamdulillah, feedback yang sangat positif daripada mereka yang telah pun mencuba Set Migrain Shaklee ini. Kita berusaha membendung daripada masalah migrain ini terus membelenggu. Usah hanya disebabkan migrain banyak aktiviti harian tergendala. Semoga anda terus bebas daripada migrain yang mampu menganggu aktiviti harian ini.

Ingin bebas daripada migrain. Dapatkan Set Migrain anda hari ini. Jangan biarkan derita migrain bersarang lama di kepala. 


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan.
Kongsikan:

Wednesday, October 19, 2016

Penjagaan Kulit Wajah Di Usia 30an

Assalamualaikum,



Memiliki kulit wajah yang cantik sememangnya membanggakan. Kulit bersih tanpa sebarang jerawat dan parut akibat jerawat. Ia adalah idaman setiap wanita tanpa mengira peringkat umur. Namun, untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik ia memerlukan penjagaan yang rapi.

Bermula daripada menanggalkan sisa-sisa kulit mati ataupun scrub. Membasuh wajah dengan pencuci muka yang bersesuaian, Menyapu toner bagi menutup liang-liang roma.Meletakkan sedikit pelembap bagi melembapkan kulit dan juga pengunaan krim malam yang membantu kulit lebih anjal.

Namun, pada usia 30an, sekiranya tidak dijaga sepenuhmya kulit wajah, ianya akan menampakkan sedikit garis halus dan juga kedutan.Owwhh Tidak!! Ini terjadi kerana penyusutan keanjalan di dalam kulit yang terdapat di sekitar mata dan kulit.

Kesannya, kulit menjadi kurang anjal. Dan ianya menampakkan kesan penuaan sedikit demi sedikit. Di sebabkan itulah penjagaan kulit ketika usia 30an ini, memerlukan penjagaan rapi supaya tidak nampak tua sebelum usia.

Diantara tips yang boleh dikongsikan bagi menjaga kulit diusia ini seperti banyakkan makan sayur-sayuran yang mengandungi beta kerotin yang tinggi. Minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

 Bagi memastikan kulit terawat dari dalam dan membawa seri sehingga ke luaran. Boleh juga diamalkan pengambilan vitamin kesihatan yang mempu menghasilkan kolegen, menganjalkan kulit dan mencantikkan struktur kulit. 

Adalah dicadangkan buat kita yang berumur 30an ini adalah Vitamin C Sustain Release, ESP, Vitamin E dan juga B-Complex. Sememangnya set ini di datangkan khas untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan berseri. Bonusnya, dengan pengambilan set ini ia juga mampu menambahkan tenaga secara berterusan di sepanjang hari. Sekaligus, mengoptimumkan tahap kesihatan.


Manakala tips penjagaan kulit wajah secara luaran pula dapat dikongsikan disini adalah dengan membasuh muka dengan pembersih yang bersesuaian. Tidur tanpa sebarang kesan make up dimuka. Mengunakan pelembap yang mengandungi antioksidan. 

Usah diabaikan pengambilan krim malam. Disamping itu, pengunaan krim mata juga penting. Bagi menghalang kedutan disekitar mata terjadi.

Maka dengan itu set penjagaan kulit wajahNutriwhite, pastinya menjadi pilihan anda. Ianya membuatkan kulit terasa bersih dan licin. Sekaligus mencerahkan kulit wajah secara semula jadi, Bagi anda yang mengalami masalah jeragat juga, sesuai mengunakan set ini kerana ia mampu memudarkan jeragat.



Pengunaan set penjagaan kulit wajah ini amat menjimatkan. Ini adalah kerana dengan sedikit saja pengunaan, ianya akan berbuih banyak. Jangan terperanjat, jika anda boleh mengunakannya sehingga hampir setahun.

Sekaligus bukan hanya sesuai untuk mereka yang 30an saja. Ia juga sesuai untuk perbagai lapisan peringkat umur.Percaya atau tidak, emak kepada kawan saya yang berusia 58 tahun juga mengunakan Set Nutriwhite ini secara konsisten.

Itulah dia serba sedikit tips dan perkongsian setakat hari ini. In sha Allah dientry akan datang saya cuba bawakan testimoni mereka yang telah mengunakan set Nutriwhite dan Set Kecantikan Kulit Shaklee ini. Mendapatkan kulit bersih dan berseri sememangnya idaman semua. Namun, bagaimanakah cara kita menjaganya itu bergantung kepada individu itu sendiri.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan.

Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews