Saturday, October 08, 2016

10 Sebab Mengapa Anda Perlukan Extra Income

Assalamualaikum.


Cerita tentang duit. Semuanya memerlukan duit.Tanpa duit semuanya menjadi buntu, tersekat dan tergendala.

Walaupun sudah menerima gaji bulanan tetapi masih lagi tidak mencukupi. Setelah ditolak dengan komitment bulanan yang tinggi.Hanya tinggal beberapa keping not seratus sahaja yang tinggal untuk perbelanjaan.

Inilah hakikatnya bekerja hanya mengharapkan gaji bulanan semata-mata.

Jika ini terjadi kepada anda dan keluarga, sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan Extra Income ataupun pendapatan tambahan.Kenapa dan apa sebab-sebab yang utama mengapa anda memerlukan pendapatan tambahan adalah seperti berikut:

1) Kos sara hidup yang tinggi

Nilai RM50 yang semakin mengecil.Bayangkan hanya sekeping not RM50 yang anda bawa ke pasaraya bersama anak-anak. Dengan sekeping note RM50 itu hanya mampu membeli sebungkus Pampers dan sebungkus susu yang kegunaannya hanya kurang lebih seminggu. Begitulah perumpamaannya nilai ringgit yang semakin kecil dan peningkatan harga barang harian.



2) Kos pendidikan buat anak tersayang

Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab semestinya ingin memberikan yang terbaik buat anak. Terutama sekali di dalam pendidikan. Jika tiada lebihan duit untuk anak tersayang, bagaimanakah caranya untuk memberikan pendidikan terbaik buat anak kita. 

Buat masa ini,  kos pendaftaran tadika swasta saja mencecah hampir satu ribu. Bayangkan bagaimana pula kos apabila mereka sudahpun bersekolah rendah, menengah dan peringkat pengajian tinggi.

Sekurang-kurangnya perlu ada sedikit simpanan untuk pendidikan anak ini. Supaya mereka berpeluang mendapat pendidikan yang terbaik.

3) Sebagai simpanan semasa kecemasan atau di usia emas

Simpanan sememangnya perlu. Walaupun hanya seratus ringgit sebulan. Siapa sangka diwaktu kecemasan yang tidak di duga. Manakala, untuk jangka masa panjang adalah simpanan semasa di usia emas. Dengan adanya pendapatan tambahan, bolehlah mengandakan simpanan tadi. 

Tiadalah rasa terbeban dengan gaji yang tidak mencukupi setelah membayar segala komitment bulanan.

4) Bebas Hutang & Bebas Kewangan

Mustahil Hidup tanpa hutang. Hutang yang membelenggu hidup kita. Dapat gaji dihabiskan dengan membayar hutang. 

Jika situasi ini terjadi. Maka, jawapannya adalah mencari Extra Income. Dengan lebihan duit yang dapat daripada Extra Income ini, bolehlah di peruntukan untuk membayar hutang yang membelenggu. 
Dan selebihnya diasingkan untuk simpanan.

Apabila tiada hutang yang membelenggu, barulah hidup ini terasa bebas dari bebanan dan juga bebas kewangan.

5) Untuk Memiliki Rumah & Kereta Impian

Pastinya kita mempunyai impian memiliki rumah dan kereta yang selesa. Jika gaji bulanan tidak mencukupi, bagaimanakah kita ingin melaksanakan impian tersebut. Impian hanya tinggal impian sekiranya tidak diusahakan dengan baik. 

Ingin memiliki rumah dan kereta impian anda, tetapi duit masih tidak mencukupi. 

Jawapannya adalah berusahalah mendapatkan pendapatan yang lebih daripada yang diperolehi ketika ini. Berkat usaha anda mencari dan mendapatkan Extra Income, terlaksana impian dengan sempurna dan jayanya. 

Apabila impian telah terlaksana, hati pasti gembira, jiwa pasti tenang. Sekaligus, memperolehi kehidupan yang selesa bersama keluarga.


6) Menunaikan Fardhu Haji & Umrah

Menunaikan rukun Islam yang kelimanya sememangnya dituntut sekiranya berkemampuan. Dengan adanya pendapatan tambahan dapatlah menabung duit lebihan bagi menunaikan ibadah ini. 

Ianya memerlukan perbelanjaan yang bernilai ribuan ringgit. Jika tiada duit simpanan yang diperuntukan khas untuk menunaikan Fardhu Haji & Umrah ini, pastinya hasrat untuk melaksanakannya tersangkut di pertengahan.

Oleh itu, dengan adanya duit lebihan daripada Extra Income ini,dapatlah memenuhi tabungan kita bagi menunaikan Fardhu Haji & Umrah ini.

7) Sumbangan Kepada IbuBapa & Masyarakat

Pastinya kita ingin memberikan sedikit sumbangan pada ibubapa yang telah banyak berbakti kepada kita. Dengan adanya Extra Income ini, dapatlah kita memberikan kepada mereka lebih banyak daripada biasa. 

Jika kebiasaannya kita mampu memberi hanya RM100 saja sebulan. Dengan lebihan duit daripada Extra Income tadi, mampulah kiranya meningkatkan nilai sumbangan kepada ibubapa kita.

Mungkin mereka tidak mahukan duit daripada kita, cuma kasih sayang dan perhatian saja yang diperlukan. 

Tetapi sebagai seorang anak yang meninginkan keberkatan daripada rezeki tadi, maka hulurkanlah sedikit rezeki yang ada sebagai tanda penghormatan. Buat ibuayah yang telah berjasa dan bersusahpayah membesarkan kita.

8) Sebagai Sedekah & Zakat kepada mereka yang memerlukan

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Dapatlah kita memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Sedekah & Zakat sememangnya dituntut. 

Jika kebiasaannya kita hanya berzakat dengan hanya berzakat Fitrah sebelum Syawal. Tetapi dengan lebihan duit yang ada mampu kita membantu golongan yang lebih memerlukan. Bersedekah & Berzakat dengan lebihan duit yang ada mampu membantu lebih ramai yang kurang berkemampuan. Dijadikan sebagai pencen diakhirat nanti.

9) Shopping, Shooping, Shooping

Tiada yang lebih menarik selain daripada shopping, shooping dan shooping.Dengan adanya lebihan duit, bolehlah menjejakkan kaki untuk membeli belah. 

Membeli apa saja yang diingini. Daripada kelengkapan peribadi sehinggalah kelengkapan rumah.


10) Melancong ke lokasi idaman

Tanpa lebihan duit, bagaimanakah untuk pergi melancong. Anggaran kos melancong keluar negara saja menelan belanja ribuan  ringgit buat sekeluarga. 

Jadinya, untuk mendapat lebihan duit pastinya extra income amat diperlukan.

Itulah sebahagian sebab mengapa Extra Income ini diperlukan. Mungkin berlainan asbabnya bagi anda diluar sana. Walupun berbeza asbabnya daripada anda. 

Jangan dipandang remeh tentang extra income ini. Siapa tahu, dengan adanya extra income ini mampu membuatkan anda bebas daripada 1001 masalah yang berkaitan dengan duit.

ANDA TERCARI-CARI PELUANG UNTUK MENDAPATKAN EXTRA INCOME?

Jawapannya adalah SHAKLEE. Perniagaan ini boleh dijadikan sebagai Extra Income. Dengan sistem pembayaran bonus yang menarik daripada 2 angka sehinggalah ribuan ringgit. Sebuah syarikat yang sudahpun lama bertapak di Malaysia. Produk yang diyakini selamat, halal dan semulajadi dan berkesan.



Dengan adanya rakan-rakan bisnes yang saling bekerjasama dan positif di dalam memajukan perniagaan dengan matlamat yang sama. 

Iaitu berkongsi kebaikan produk dan membantu orang ramai untuk kembali sihat,cergas,bertenaga semula. Segala bimbingan dan tunjuk ajar akan diberikan bagi membuka peluang anda mendapatkan Extra Income.

 Terdapat mentor yang membimbing dan memberi tunjuk ajar bagi menjalankan bisnes secara online mahupun offline. Bimbingan diberikan dan galakan diberikan sehinggalah anda berjaya.

Shaklee bukan bisnes paksaan, Shaklee bukannya skim cepat kaya. Shaklee membuka peluang anda untuk mendapatkan Extra Income. Segalanya dengan usaha anda dan binbingan dari mentor yang berpengalaman.

Bagi anda yang berminat untuk sertai Shaklee dan menjadikan Shaklee sebagai sumber untuk mendapatkan Extra Income. Boleh hubungi saya ditalian 0172569166. Bersama-sama kita berusaha untuk memajukan diri. Bertemu kita dipuncak kejayaan.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews