Friday, October 28, 2016

8 Jenis Makanan Yang Mampu Menurunkan Kadar Kolestrol

Assalamualaikum


Sepertimana yang kita tahu, tahap kolestrol yang tinggi boleh membahayakan kesihatan. Ianya boleh membawa kepada penyakit kronik seperti serangan jantung, darah tinggi, stroke dan perbagai penyakit kadiovaskular yang membahayakan. Disebabkan itu, marilah kita berwaspada dengan tahap kolestrol yang tinggi.

Kolestrol terbahagi kepada dua. Kolestrol baik atau lebih dikenali sebagai HDL yang memberi manafaat kepada tubuh dan mencegah kolestrol jahat daripada terbentuk.
Manakala, kolestrol jahat (LDL) mampu membahayakan tubuh sekiranya ianya tidak dikawal, dengan terlekat di dalam saluan darah. Sekaligus, menjadi punca kepada penyakit kronik dan harus dihindari.

Jadinya, kita benteras kolestrol jahat dengan pengambilan makanan yang mampu mengurangkan  kadarkolestrol. Sebagai usaha pencegahan daripada penyakit kronik.

Makanan yang harus anda amalkan di dalam misi mengurangkan kolestrol ini adalah



1) Oat - ianya mengandungi serat yang tinggi, Yang dapat menyerap kadar kolestrol jahat di dalam tubuh,Amalkannya setiap hari sebagai sarapan. Pasti tedapat perubahan pada tahap kolestrol anda. Lagipun, ia membekalkan rasa kenyang yang berpanjangan.

Selain daipada oat, pisang,kacang merah, buah prune, epal dan pir juga merupakan makanan yang tinggi serat.



2) Omega 3 - mempunyai khasiat yang mampu menurunkan kolestol jahat. Berperanan memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan tejadinya pembekuan darah di dalam salur darah.Mampu mengurangkan risiko serangan jantung


3) Yogurt - di dalam yogurt terdapat bakteria baik yang mampu menurunkan kadar kolestol. Ianya bebas lemak, kaya dengan protein dan juga kalsium



4) Beras Merah - Kebiasaannya kita makan beras putihkan. Apakata di dalam misi menurunkan kolestrol ini. Kita betukar selera. Kita menikmati pula hidangan bersama beras merah. Yang mana ianya mengandungi serat yang tinggi yang dapat menurunkan kandungan lemak dan gula di dalam darah.
Di dalam beras merah ini mengandungi vitamin B, magnesium,fitonutrien dan selenium.



5) Minyak Zaiton - Mengandungi antioksida yang tinggi yang mampu menentang kolestrol jahat. Mengandungi khasiat yang dinamakan "low density lipopotein" yang sangat berguna bagi meurunkan kolestrol jahat



6) Soya - Yang kebiasaannya kita ambil secara minuman ataupun makanan yang telah diproses seperti tahu dan tempe, Ianya kaya dengan mineral dan kalsium. Membantu memecahkan lemak. Menghindarkan penyakit jantung dan diabetes.



7) Kismis dan Buah Tin - Buah-buahan kering ini mempunyai khasiat yang tersendiri seperti zat besi, vitamin B6, vitamin E dan potassium yang mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat, Sekaligus membantu fungsi penghadaman




8) Epal - Amalkan meminum jus epal setiap hari. Ianya boleh mengurangkan kolestrol dalam badan. Khasiat Epal yang mengandungi "Phytonutrient" yang berfungsi malambatkan pengoksidaan kolestrol yang tidak baik, Manakala epal hijau bagus diamalkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana ia mampu mencegah pembentukan lemak.


Inilah dia sebahagian makanan yang mampu menurunkan kadar kolestrol yang dapat saya senaraikan pada hari ini. Buat anda yang mempuyai kadar kolestrol yang tinggi. Bolehlah mengamalkan makanan yang tersenarai diatas.


Moga memperolehi tahap kolestrol yang normal buat anda. Moga kesihatan terpelihara daripada sebarang penyakit yang berkaitan dengan kolestrol. Bersama kita mencegah kolestro yang jahat daripada terbentuk. Sekaligus, memyebabkan penyakit kronik berani menghampiri tubuh kita.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews