Sunday, October 16, 2016

Apakah Tanda-Tanda Badan Tidak Sihat

Assalamualaikum,


Sebagai manusia biasa, jatuh sakit itu adalah perkara yang normal .Lumrah kehendak badan.Apabila 24 jam bekerja,7 hari seminggu sibuk dengan berbagai tanggungjawab.Tanpa henti-henti.

Akhirnya, diri terpaksa akur dengan kehendak badan yang perlu direhatkan sebentar.

Apabila badan sudah memberi tanda-tanda tidak sihat.Bawa-bawalah pergi berehat,dapatkan tidur secukupnya dan menikmati makanan yang berkhasiat.

Tetapi apakah tanda-tanda kepada badan tidak sihat itu?Mungkin berlainan individu berlainan petunjuknya. Nak tahu apakah petunjuknya.Teruskan pembacaan ye.


Tanda-tanda badan tidak sihat yang pertama adalah apabila tidur malam anda bermasalah.Sekejap-kejap terjaga.Sering mengalami mimpi ngeri ataupun tidak boleh lansung melelapkan mata pada waktu malam.

Tanda-tanda badan tidak sihat yang kedua adalah bibir menjadi kering dan pecah-pecah.Jika ini berlaku tandanya badan anda kekurangan air.

Maka dengan itu,minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari.


Manakala,tanda-tanda badan tidak sihat yang ketiga adalah apabila suhu badan sentiasa berubah.Sekejap panas,sekejap sejuk.

Bila ini terjadi,mulalah rasa tidak selesa.Segeralah dapatkan rawatan ke Klinik yang berhampiran.

Tanda-tanda badan tidak sihat yang keempat pula,adalah apabila terdapat kesukaran membuang air kecil dan besar.Sekiranya berlaku kepada anda.Jangan bertangguh dapatkan rawatan sebaiknya.


Seterusnya,tanda-tanda kepada badan tidak sihat apabila keadaan kulit menjadi kering,bersisik dan berjerawat.

Solusinya,perbaikilah cara pemakanan anda.Dapatkan pemakanan yang seimbang,tidur yang mencukupi dan kuantiti air secukupnya.Dapatkan jugs vitamin-vitamin yang boleh melengkapkan nutrisi tubuh.

Sememangnya,kita manusia tak boleh lari daripada sakit.Tetapi kita mampu mencegahnya sebelum terlambat.Walaupun sakit itu perkara yang normal.Namun,jika dibiarkan melarat,ia mampu menjadi kronik sekiranya tidak dirawat.Penyakit yang melarat pastinya menganggu aktiviti harian.Menjadi punca kepada banyak kerja - kerja yang tertangguh.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Ingin dapatkan Kesihatan yang baik dengan mengamalkan vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan harian.Boleh hubungi saya ditalian 0172569166 bagi pembelian.Konsultasi diberikan percuma selepas pembelian.

Selamat berhujung minggu.Jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews