Thursday, October 06, 2016

Cara Penjagaan Kebersihan & Kesihatan Vagina

Assalamualaikum, 



Vagina adalah aset terpenting bagi golongan wanita. Diabaikan penjagaan kesihatan dan kebersihan vagina ini, boleh menyebabkan perbagai penyakit dalaman seperti keputihan. Sehinggakan peringat yang paling teruk boleh mengakibatkan kemandulan. Disebabkan itu, usahlah ambil mudah tentang penjgaan kesihatan dan kebersihan vagina ini.

Jadikanlah penjagaan kesihatan dan kebersihan vagina ini sebagai rutin harian. Tanpa mengira berapakah usia anda ketika ini, samada sudah berumah tangga ataupun belum. Penjagaan kebersihan dan kesihatan vagina adalah sangat penting supaya ia berada sentiasa di dalam keadaan yang baik.

Berikut adalah tips bagaimanakah caranya untuk menjaga kesihatan dan kebersihan Vagina.

1. Bersihkan bahagian luar vagina dengan mengunakan air setiap kali selepas membuang air besar ataupun kecil. Lap bahagian tersebut dengan tisu ataupun tuala khas untuk memastikan bahagian tersebut benar-benar kering. Sebaiknya, elakkan pengunaan tisu basah kerana bimbang terdapat kotoran yang melekat pada tisu tersebut dan mengakibatkan jangkitan kuman pada bahagian vagina.

2. Semasa haid, Tukarlah pengunaan tuala wanita dan seluar dalam sekerap yang mungkin terutama sekali pada hari pertama dan kedua haid kerana darah yang keluar biasanya lebih banyak pada hari tersebut . Supaya anda merasa lebih selesa dan bersih. Sekaligus ianya dapat mencegah pembiakan kuman di bahagian vagina.

3. Sekiranya anda memakai panty liner, tukarlah pengunaannya sekerap mungkin supaya tiada kuman ang membiak disebabkan hanya pengunaan panty liner.Dapatkan pantry liner yang benar-benar sesuai buat anda.

4. Gunakan pencuci khas untuk vagina yang terdapat kandungan PH yang sesuai untuk membersih vagina. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi yang bertauliah sebelum membeli pembersih vagina yang terdapat dipasaran. Elakkan pengunaan sabun mandi ataupun krim mandian. Ianya dikhuatiri akan menyebabkan alahan ataupun gatal-gatal pada bahagia vagina kerana mempunyai kandungan PH dan bahan-bahan campuran yang tidak sesuai untuk vagina.

5. Elakkan memasukkan pancutan air paip (douching) selepas membuang air besar ataupun kencing untuk tujuan pembersihan. Ini adalah kerana ianya akan menyingkirkan bakteria Loctobacili dan mendedahkan faraj dan kemaluan kepada iritasi pada kulit.

6. Pilih seluar dalam yang bersesuaian. Jangan memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Sekiranya anda mengalami keputihan, tukar seluar dalam anda sekerap yang mungkin ataupun gunakanlah pantry liner yang bersesuaian.

7. Bagi anda yang sudahpun mendirikan rumahtangga, bersihkan alat sulit anda selepas saja bersama pasangan. Bagi menjamin kebersihan vagina daripada dijangkiti kuman. Adalah disarankan, membuang air kecil selepas setengah jam bersama pasangan bagi mengelakkan jangkitan kuman pada pundi kencing.

8. Dilarang sama sekali berkongsi alat pencukur bersama orang lain. Dengan berkongsi pisau cukur ini dikhuatiri menjadi punca kepada berjangkit penyakit Hepatitis B.

9. Sekiranya terdapat perubahan pada Vagina anda, seperti bengkak, bernanah, keputihan yang berwarna hijau serta berbau busuk ataupun sakit yang berpanjangan. Adalah digalakkan mendapatkan nasihat doktor.


PENJAGAAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN VAGINA MENGIKUT PETUA MELAYU LAMA

Rebus 7 helai daun sirih berserta satu sudu kecil garam sehingga mendidih. Apabila sudah suam-suam kuku, maka cucilah bahagian intim. Ianya dikatakan sangat mujarab bagi mereka yang mengalami keputihan ataupun gatal-gatal dibahagian tersebut.

MENJAGA KESIHATAN & KEBERSIHAN VAGINA DENGAN SUPPLEMENT

Adalah di cadangkan buat anda mengamalkan pengambilan Alfafa setiap hari. Ianya merupakan supplement terbaik buat golongan wanita. Lebih-lebih lagi mereka yang mengalami masalah keputihan. Disamping itu, Alfafa juga merupakan Kacip Fatimah moden yang mampu mengurangkan masalah "kering" ketika bersama pasangan.
Ianya sesuai diamalkan bagi semua golongan tidak kira sudah berumah tangga ataupun belum, lelaki ataupun wanita kerana 1001 khasiatnya terbaik buat kesihatan


Berikut saya bawakan testimoni penguna yang telah mengamalkan Alfafa bagi mengatasi masalah yang mereka alami.

Testimoni 1 : Banyak manafaat yang diperolehi selepas mengamalkan Alfafa ini..Menghasilkan susu, detox dan juga membaiki hubungan bersama suami isteri.



Testimoni 2 : Alfafa yang boleh digunakan oleh suami dan juga isteri. Bagi mengubati resdung, eczema dan keputihan menambahkan susu badan.



Testimoni 3 : Hubungan keintiman semakin mengagumkan. Berita baik bagi mereka yang sudah berumah tangga.


Kesimpulannya, Jika kita seringkali menjaga kecantikan raut wajah. Maka, dengan itu usahlah abaikan kebersihan dan kesihatan vagina supaya ianya lebih sihat. Berbagai cara boleh kita lakukan untuk menjaga aset yang terpenting itu. Semuanya adalah ditangan kita bagi menjaganya. Sesuatu yang bernilai pastinya perlu dijaga dengan sebaiknya.

Ingin mendapatkan sebotol Alfafa bagi kegunaan yang harian. Boleh hubungi saya ditalian 0172569166 bagi pembelian. Konsultasi disertakan selepas pembelian.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews