Saturday, October 15, 2016

Kelas Blogging Bersama Kekasih Google - En Eizil

Assalamualaikum


Hari ini berkesempatan menghadirkan diri kelas blog yang dikelolakan oleh  Kekasih Google iaitu Encik Eizil. Terima kasih juga pada En Suami kerana memberi keizinan untuk saya menghadiri kelas ini. Perjalanan dari Seremban ke Subang Jaya melalui Dengkil. Sampai saja Puchong. Jalan sesak. Sebenarnya, dah lama tak melalui kesesakan lalulintas. Semenjak berpindah ke Seremban.

Teringat satu masa dulu, menghadap kesesakan lalu lintas setiap hari untuk pergi dan balik kerja.

Walaupun menghadap kesesakan lalulintas. Alhamdullillah sempat juga sampai di HQ Shaklee pada tepat masanya.HQ Shaklee yang terletak di bangunan Pinaccle, Subang Jaya.


Kelas blog bermula dengan pengenalan daripada Encik Eizil.Katanya beliau seorang blogger tua.Tapi realitinya beliau tidaklah tua usia yang disangka-sangkakan.Rupa-rupanya,tua usianya didalam bidang blogging dan banyak pengalamannya.

Banyak topik yang menarik dikupas sepanjang kelas berlansung.Sememangnya perniagaan online dan blog tidak dapat dipisahkan.Ianya diibarat seperti kereta dan petrol.

Diantara tips yang dipelajari adalah bagaimana untuk menulis blog dengan mudah,Bagaimana meningkatkan pemasaran melalui blog dan bermacam-macam lagi ilmu tentang blog yang diajar.


Diantara tips blogging yang boleh saya kongsikan disini.Apabila menulis blog,anda perlulah menulis daripada hati dan sentiasa menghasilkan artikel yang bermanafaat kepada pembaca diluar sana.

Sememangnya kelas blogging bersama Kekasih Google En Eizil ini sangat memberi manafaat dan input kepada saya dan rakan-rakan yang hadir.

Begitulah untungnya menjadi sebahagian daripada Keluarga Shaklee.Peluang menuntut ilmu sentiasa terbuka.Peluang menjaga Kesihatan pula terbuka luas.Peluang menjana pendapatan sampingan pun turut terbentang. Bimbingan sentiasa diberikan. Tunjuk ajar dan galakan sentiasa menemani.Terpulang pada kita saja untuk menerimanya ataupun tidak.

On the way balik Seremban,Kita singgah Cyberjaya sekejap.Kita tapau Nasi Arab di Restoren Saba.Nyummmy sebagai buah tangan untuk anak-anak dirumah.


Sekian saja untuk kali ini,berjumpa lagi. Dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews