Monday, October 24, 2016

Kesan Penyakit Kencing Manis Diabetes

Assalamualaikum,



Pastinya kita selalu terdengar tentang diabetes. Ataupun lebih dikenali sebagai kencing manis. Pada masa kini, di dalam satu keluarga pasti akan ada salah seorang di dalam ahli keluarga yang akan menghidap penyakit ini. Yang mana ianya merupakan penyakit yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

Namun begitu, sejauh mana kita tahu kesan ataupun komplikasi penyakit ini. Kebetulan saya terjumpa artikel berkaitan komplikasi penyakit Diabetis ini. Membuatkan saya terpanggil untuk kongsikan bersama informasi tentang penyakit kencing manis kepada pembaca blog ini.

Jangan dipandang ringan tentang penyakit ini. Ianya boleh membawa maut. Bukan akibat daripada penyakit kencing manis itu, tetapi penyakit-penyakit sampingan yang tiba setelah menghidap kencing manis tersebut. 

Pesakit mungkin akan mengalami masalah kesihatan seperti masalah peredaran darah, kerosakan saraf, stroke dan darah tinggi.

Selain daripada itu, bagi pesakit Diabetes, digalakkan menjalani pemeriksaan mata setiap tahun dan menjaga kesihatan mata dengan sebaiknya. Ini adalah kerana, paras gula yang tinggi mampu merosakkan saluran darah yang menyalurkan khasiat ke retina mata. Ini terjadi kerana kekurangan aliran darah dan oksigen kepada urat saraf yang boleh menjadi punca kepada kerosakan saraf mata.

Titipan dari hati, kepada anda yang menghidap Diabetes, sila dapatkan pemeriksaan mata selengkap ya. Hargai nikmat penglihatan sebelum terlewat.

Pemeriksaan mata buat pesakit diabetes


Penyakit Jantung dan saluran darah juga adalah merupakan kesan kepada diabetes. Dan ianya merupakan penyebab utama kematian kepada pesakit diabetes. Kemungkinan yang tinggi bagi penghidap diabetes untuk mengalami penyakit jantung berbanding mereka yang tidak mengalami diabetes. Menurut statistik, tiga daripada empat kematian yang berkaitan diabetis adalah diakibatkan oleh serangan jantung ataupun kardiovaskular ( Penyakit saluran darah).

Titipan dari hati, buat anda yang menghidap Diabetes, pelihara kesihatan jantung anda ya. Dapatkan  makanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat. Supaya terhindar daripada penyakit yang berkaitan jantung dan kardiovaskular.

Serangan jantung akibat daripada Diabetes


Selain daripada penyakit jantung, pesakit diabetes juga mempunyai potensi untuk menghidap penyakit buah pinggang, Ini terjadi kerana kandungan paras gula yang tinggi mampu merosakan buah pinggang. Apabila buah pinggang rosak, ia tidak dapat membersihkan darah dengan baik. Ketika itu, pesakit perlu menjalani rawatan dialisis ataupun menjalani pembedahan untuk menerima buah pinggang yang baru.

Titipan dari hati, buat anda yang menghidap Diabetes. Kawal kandungan gula ya, Dapatkan pemeriksaan kandungan gula sebaiknya. Kawal pemakanan dan jangan diambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Rawatan Dialisis buat pesakit Diabetes


Pemborokan kaki juga adalah salah satu kesan daripada diabetes. Ini diakibatkan kehilangan fungsi saraf dibahagian kaki. Kesan daripadanya, aliran darah menjadi rendah untuk sampai ke bahagian kaki dan peha. Dan ianya akan menyebabkan pesakit diabetes sering merasa kebas-kebas kaki.

Akibat daripada itu, pesakit diabetes mudah mendapat kecederaan di bahagian kaki dan seterusnya membawa kepada pemborokan kaki, Kesan daripada pemborokan kaki ini, boleh membawa kepada pemotongan anggota. Pesakit diabetes mempunyai potensi yang tinggi untuk mengalami pemborokkan kaki.

Titipan dari hati, buat anda yang menghidap diabetes, Berilah tumpuan khusus pada penjagaan kaki ya. Elakkan daripada sebarang kecederaan atau pun luka. Jika terdapat kecederaan pada kaki. Dapatkan rawatan kecemasan di klinik-klinik dan ubat-ubatan yang sesuai. 

Pemborokan kaki akibat daripada Diabetes
Inilah dia diantara kesan daripada penyakit diabetes. Diharap info yang sedikit ini mampu memberi manafaat buat anda. Beringat sebelum terkena. Mencegah sebelum parah. Sememangnya, mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Bersama- sama kita memelihara kesihatan diri dan keluarga. Dijauhkan penyakit yang bergelar kencing
manis atau diabetes ini. Bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yan sihat. Supaya kesihatan yang baik itu menjadi milik kita.

Mari kita bisikkan pada diri " No Diabetes" dan Pergi Jauh-jauh " Kencing Manis".

Sehingga bertemu ladi dientry akan datang.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews