Saturday, October 29, 2016

Mencuci Rumah Baru Bersama Basic H

Assalamualaikum,


 Berbunga-bunga rasa hati apabila dapat kunci rumah baru. Melangkah masuk rumah baru dengan 1001 perasaan syukur dan gembira. Seronok rasanya. Sudah terbayang dekorasi yang patut di letakkan di bahagian dapur, ruang tamu serta bilik utama dan bilik anak-anak. 

Sehinggakan tidak tahu gaya apakah yang menjadi pilihan. Warna apakah yang sesuai untuk di cat diruang-ruang yang berkenaan. Sememangnya banyak persoalan yang timbul, Sekaligus, rambang mata dibuatnya.

Tetapi sebelum mendeko di sana- sini. Perlulah bersihkan rumah terlebih dahulu. Al maklumlah rumah baru. Terdapat banyak habuk dan kotoran selepas pembinaan. Sekurang-kurangnya perlu dicuci lantainya, dibersihkan segala cermin tingkap dan kotoran yang terdapat di bilik air.

Jadinya, pilihan saya adalah mengunakan pencuci serbaguna Basic H. Yang boleh membantu di dalam semua aktiviti kerja pembersihan.Sememangnya, Basic H inipun boleh digunakan dengan perbagai kegunaan. Menjimatkan duit. Lagipun Basic H ini, mempunyai kepekatan yang tinggi.

Tak perlu lagi membeli berbagai-bagai jenis pencuci untuk kegunaan membersih dan mencuci rumah.Tidak perlu dibilas,Lembut pada tangan, Tanpa klorin dan berkesan menanggalkan kotoran yang berminyak.


Boleh dikatakan, pengunaannya adalah serba guna. Lagipun, Basic H ini juga tidak merbahayakan kesihatan. 


  • Jika pencuci biasa mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam kulit dan sistem pernafasan, ianya tidak terdapat di dalam Basic H
  • Jika pencuci biasa mengandungi pelarut sintetik yang boleh mengganggu keseimbangan hormon, ianya tidak terdapat di dalam Basic H
  • Jika pencuci biasa mengandungi Morfolin yang merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal, ia tidak terdapat di dalam Basic H
  • Jika pencuci biasa mengandungi Ammonia yang merupakan bahan racun yang boleh merengsakan kulit,mata dan pernafasan, Ia tidak terdapat di dalam Basic H
Nyata ianya selamat digunakan. Basic H ini tidak mengandungi bahan-bahan kimia seperti yang disebutkan diatas dan bahan-bahan kimia yang lain. Basic H ini terhasil daripada ramuan semulajadi iaitu daripada ekstrak daripada jagung dan kelapa,

Jika di dalam rumah mempunyai anak-anak yang sedang membesar seperti didalam rumah saya ini. Takkan nak didedahkan anak dengan bahan kimia yang mampu memudharatkan kesihatan. Maka, pilihannya adalah dengan mengunakan Basic H. Yang mampu menghindarkan anak-anak daripada bahan kimia.

Demikianlah ceritanya tentang sebotol Basic H yang digunakan untuk mencuci rumah baru.Oklah, tugasan membersih dan mencuci bersama Basic H telah pun memanggil-manggil saya untuk meneruskan usaha membersih, Jadinya, tugasan perlu diselesaikan.

Maka, penulisan blog terpaksa ditangguhkan sebentar.

Sehingga kita bertemu lagi dientry akan datang.


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews