Monday, October 24, 2016

Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya.

Assalamualaikum, 



Nasihat... Nasihat luqman Al-Hakim kepada anaknya. Hari ini saya tuliskan di dalam blog kesayangan ini. Supaya dapat dijadikan bacaan  buat anda. Semoga ia juga mampu memberi manafaat kepada semua termasuk diri saya sendiri.

Sememangnya kita sebagai insan yang lemah. Kita memerlukan nasihat. Nasihat yang berguna, dijadikan panduan dan sebaliknya dijadikan pengajaran. Fikir-fikirkan yang terbaik buat diri. Tanpa nasihat, lebih-lebih lagi dari mereka yang berpengalaman. Maka, pincanglah kehidupan.

Asas utamanya, nasihat diambil daripada Al-Quran dan As-sunnah. Pasti selamat hidup dunia dan akhirat.

Jom baca nasihat Luqman Al-Hakim kepada Anaknya.

1) Hai anakku: Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jangan karam.Layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah swt.

2) Hai anakku: Orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadat dan taat kepada Allah,makanya dia tawadhu kepada Nya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu menghindarkan maksiat kepadaNya.

3) Hai anakku: Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu), maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman

4) Jauhkanlah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam

5) Hai anakku: Bila engkau menghadapi dua pilihan takziah orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan. Maka hendaklah engkau memilih untuk memilih menziarahi orang mati. Sebab menjenguk orang mati itu meningatkan kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi saja.

6) Hai anakku: Jangan engkau lansung menelan saja kerana manisnya barang dan janganlah lansung memuntahkan pahitnya barang. Kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kemanisan dan yang pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


7)  Hai anakku: Bila engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan pura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha meninsafkan atau menyedarkan kamu,maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya

8) Hai anakku: Usahakanlah mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk dan kotor serta kasar kerana engkau lebih selamat bila berdiam diri.Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manafaat bagi orang lain.

9) Hai anakku: Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu disusahkan dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia saja. Sesungguhnya tidak ada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya oleh dunia.

10) Hai annakku: Janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,janganlah engkau berjalan tanpa tujuan pasti,janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu

11) Hai anakku: Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan nafkanlah yang selebihnya untuk bekal akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan jadi pengemis yang membuat beban kepada orang lain.Sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu tanah belaka.Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bermuka dua, kerana ia membahayakanmu.

Inilah dia diantara Nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya. nasihat yang banyak memberi manafaat. Sekaligus boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.Sesungguhnya hidup tanpa nasihat boleh diibaratkan seperti layang-layang yang tiada tali. Hilang arah dan tujuan.


Oleh itu, marilah kita saling nasihat menasihati kearah kebaikan. Demi manafaat bersama.

Sekian, jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews