Wednesday, October 19, 2016

Penjagaan Kulit Wajah Di Usia 30an

Assalamualaikum,



Memiliki kulit wajah yang cantik sememangnya membanggakan. Kulit bersih tanpa sebarang jerawat dan parut akibat jerawat. Ia adalah idaman setiap wanita tanpa mengira peringkat umur. Namun, untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik ia memerlukan penjagaan yang rapi.

Bermula daripada menanggalkan sisa-sisa kulit mati ataupun scrub. Membasuh wajah dengan pencuci muka yang bersesuaian, Menyapu toner bagi menutup liang-liang roma.Meletakkan sedikit pelembap bagi melembapkan kulit dan juga pengunaan krim malam yang membantu kulit lebih anjal.

Namun, pada usia 30an, sekiranya tidak dijaga sepenuhmya kulit wajah, ianya akan menampakkan sedikit garis halus dan juga kedutan.Owwhh Tidak!! Ini terjadi kerana penyusutan keanjalan di dalam kulit yang terdapat di sekitar mata dan kulit.

Kesannya, kulit menjadi kurang anjal. Dan ianya menampakkan kesan penuaan sedikit demi sedikit. Di sebabkan itulah penjagaan kulit ketika usia 30an ini, memerlukan penjagaan rapi supaya tidak nampak tua sebelum usia.

Diantara tips yang boleh dikongsikan bagi menjaga kulit diusia ini seperti banyakkan makan sayur-sayuran yang mengandungi beta kerotin yang tinggi. Minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

 Bagi memastikan kulit terawat dari dalam dan membawa seri sehingga ke luaran. Boleh juga diamalkan pengambilan vitamin kesihatan yang mempu menghasilkan kolegen, menganjalkan kulit dan mencantikkan struktur kulit. 

Adalah dicadangkan buat kita yang berumur 30an ini adalah Vitamin C Sustain Release, ESP, Vitamin E dan juga B-Complex. Sememangnya set ini di datangkan khas untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan berseri. Bonusnya, dengan pengambilan set ini ia juga mampu menambahkan tenaga secara berterusan di sepanjang hari. Sekaligus, mengoptimumkan tahap kesihatan.


Manakala tips penjagaan kulit wajah secara luaran pula dapat dikongsikan disini adalah dengan membasuh muka dengan pembersih yang bersesuaian. Tidur tanpa sebarang kesan make up dimuka. Mengunakan pelembap yang mengandungi antioksidan. 

Usah diabaikan pengambilan krim malam. Disamping itu, pengunaan krim mata juga penting. Bagi menghalang kedutan disekitar mata terjadi.

Maka dengan itu set penjagaan kulit wajahNutriwhite, pastinya menjadi pilihan anda. Ianya membuatkan kulit terasa bersih dan licin. Sekaligus mencerahkan kulit wajah secara semula jadi, Bagi anda yang mengalami masalah jeragat juga, sesuai mengunakan set ini kerana ia mampu memudarkan jeragat.



Pengunaan set penjagaan kulit wajah ini amat menjimatkan. Ini adalah kerana dengan sedikit saja pengunaan, ianya akan berbuih banyak. Jangan terperanjat, jika anda boleh mengunakannya sehingga hampir setahun.

Sekaligus bukan hanya sesuai untuk mereka yang 30an saja. Ia juga sesuai untuk perbagai lapisan peringkat umur.Percaya atau tidak, emak kepada kawan saya yang berusia 58 tahun juga mengunakan Set Nutriwhite ini secara konsisten.

Itulah dia serba sedikit tips dan perkongsian setakat hari ini. In sha Allah dientry akan datang saya cuba bawakan testimoni mereka yang telah mengunakan set Nutriwhite dan Set Kecantikan Kulit Shaklee ini. Mendapatkan kulit bersih dan berseri sememangnya idaman semua. Namun, bagaimanakah cara kita menjaganya itu bergantung kepada individu itu sendiri.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews