Tuesday, October 18, 2016

Petua Untuk Menghilangkan Jeragat

Assalamualaikum,



Masalah jeragat menganggu lagi, Pada mulanya, nampak tompokan kecil. Semakin hari, nampak membesar pula tompokan jeragat nie.  Kali ini kita usahakan dengan mengunakan bahan-bahan alami yang terdapat dirumah pula.

 Petua lama usah dilupakan. Dengan pengunaan bahan-bahan yang mudah didapati. Mungkin dengan mengamalkan petua ini membebaskan kita daripada masalah jeragat yang dialami.

Petua Untuk Menghilangkan Jeragat 1

Ambil segengam hampas kelapa dan gosokkan hampas kelapa tersebut dibahagian yang berjeragat. Selepas itu bilas dengan mengunakan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua Untuk Menghilangkan Jeragat 2

Kisar segengam oat sehingga halus. Selepas itu campurkan bersama putih telur dan diadun sehingga ssebati. Selepas itu, sapukan ke wajah dan tunggu sehingga kering. Selepas kering, bolehlah dibasuh dengan air bersih.

Hasil daripada parutan kulit limau, maka terhasillah masker kulit limau
Petua Untuk Menghilangkan Jeragat 3

Ambil sebiji oren dan kulitnya diambil. Kisar kering kulit oren tersebut sehingga separa hancur.Kemudian, gosokkan kulit oren tersebut ke wajah terutama sekali dibahagian yang berjeragat anggaran di dalam 2 minit.

Bilas wajah dengan air sejuk sehingga bersih Amalkan sebanyak 3 kali 
seminggu.

Petua Untuk Menghilangkan Jeragat 4

Ambil seketul ubi kayu dan lobak merah yang bersaiz kecil. Kemudian diparut halus. Campurkan parutan tadi dengan perahan limau nipis. Kemudiannya sapukan diwajah. Setelah kering boleh dibilas dengan air bersih

Bagi membuat masker beras & kunyit ini. Pastikan anda merendam beras terlebih dahulu
Petua Untuk Menghilangkan Jeragat 5

Ambil segengam beras dan direndam di dalam air sehingga lembut. Kemudian ditumbuk bersama kunyit hidup yang bersaiz kecil.Campurkan bersama perahan limau nipis dan putih telur.

Gaulkan sehingga sebati dan gunakan ia sebagai masker diwajah. Apabila kering, boleh dibilas dengan air bersih.Cuci sehingga bersih.

Petua ini juga bagus diamalkan untuk meghilangkan jerawat diwajah. Saya sendiri pernah mengamalkannya.

Pastikan dibasuh dengan bersih, ye. Jika tidak dibasuh dengan bersih, warna kuning kunyit akan kelihatan diwajah anda. Nanti ada yang terperanjat tengok muka anda kekuningan.Heheheehe

Itulah dia serba sedikit petua untuk menghilangkan jeragat di wajah yang dapat saya kongsikan bersama pembaca.

Kesemua bahan-bahannya amat mudah didapati. Hanya di dapur rumah saja,

Walaupun ianya nampak mudah, tetapi untuk melaksanakannya . Kadang-kadang 1001 satu alasan kita letakkan. 

Ish.. tak bolehlah begitu..Nak cantik tak boleh beralasan. Buat saja secara konsisten sehingga ianya berhasil.Usah biarkan masalah jeragat menganggu penampilan anda.

Hindarilah jeragat. Kita berusaha membenteras jeragat sebelum ianya menjejaskan penampilan.

Ingin tahu cara yang lebih mudah untuk menghilangkan jeragat? Saya tahu jawapannya..

Selamat mencuba. Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews