Tuesday, October 11, 2016

Rawatan Buat Pesakit Stroke

Assalamualaikum,


Stroke ataupun Angin Ahmar salah satu penyakit yang datang secara tiba-tiba. Penyakit ini terjadi berpunca apabila bekalan oksigen tidak sampai ke otak. Ianya berpunca daripada salur darah yang sempit akibat kolestrol atau lemak-lemak yang terkumpul dibahagian tersebut. Ataupun tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Menyebabkan sel otak mati secara tiba-tiba. 

Merupakan penyakit senyap yang tidak mengira umur dan jantina. Mengikut statistik, penyakit stroke ini merupakan salah satu punca kematian kepada masyarakat Malaysia selain daripada serangan jantung dan kanser. Untuk pengetahuan, setiap minit, pastinya 4 orang akan meninggal dunia disebabkan penyakit ini

Apabila bercerita tentang stroke, sememangnya sangat hampir dengan saya. Ibu saya sendiri menghidap stroke sejak tahun 2008 sehingga kini. Setelah beliau menghidap stroke, semuanya menjadi berubah.Jika dulu beliau seorang yang aktif tetapi sekarang tidak lagi. Apabila tangan kanannya masih tidak boleh digerakkan dan berjalan tidak sepantas dahulu. Itulah kesannya daripada penyakit stroke atau angin ahmar ini.

Selain daripada itu, arwah Pakcik saya juga meninggal akibat serangan penyakit ini.Semenjak daripada dua kejadian terbesar inilah mengakibatkan saya semakin berhati-hati tentang pemakanan dan kesihatan. Disebabkan kejadian itu jugalah, saya mengamalkan vitamin Shaklee sebagai langkah berjaga-jaga. 

Semasa ibu saya terkena serangan stroke pada 8 tahun yang lepas. Pada permulaan sememangnya saya sangat-sangat buntu pada ketika itu.Apabila melihat keadaan ibu yang terbaring memang menyedihkan.Diantara rawatan yang saya sediakan untuk ibu ketika itu adalah setiap pagi memandikan beliau dengan air panas (suam-suam kuku) seperti air mandian ibu yang berpantang, kemudian dibawa pergi berurut, menjalankan fisio therapy dihospital dan di rumah dan mengamalkkan supplement selain daripada ubat doktor. 

Pada ketika itu, saya masih belum berkenalan dengan Shaklee. Jika tidak pastinya saya akan memberikan ibu saya untuk mengamalkannya. Itu dulu, tetapi sekarang, saya sememangnya memberikan ibu saya vitamin shaklee seperti Omega Guard & Vivix. 

Tujuannya, Omega guard supaya kadar kolestrol ibu saya, kembali normal dan Vivix untuk memperbaiki dan memulihkan sel-sel mati yang terjadi akibat daripada serangan stroke.

Kesannya sekarang ini, kolestrol ibu saya berada ditahap yang normal dan tekanan darah tinggi kembali stabil. Kini, ibu saya kembali aktif. Walaupun tidak sepenuhnya, Tangan kanan masih tidak boleh bergerak, tetapi beliau mampu menguruskan diri sendiri. Alhamdulillah.Doakan yang terbaik untuk ibu saya ye.

Diantara rawatan yang boleh dicadangkan buat pesakit stroke ataupun angin ahmar ini adalah seperti berbekam, akupuntur,berurut,ubat-ubatan daripada hospital dan juga supplement yang baik untuk saraf, pengaliran darah ataupun pengawalan terhadap tahap kolestrol. Jangan dilupakan juga berdoa dimintakan penyembuhan kepada Allah SWT.

Disamping sokongan, galakan dan dorongan daripada ahli keluarga terdekat kepada pesakit stroke itu sendiri.

Sememangnya banyak supplement dipasaran, pilihlah yang terbaik dan terbukti keberkesanannya. Rawatan segera meningkatkan potensi penyembuhan.


BAGAIMANA VIVIX & OMEGA GUARD MEMBANTU PESAKIT STROKE

OMEGA GUARD 

 Ianya merupakan minyak Ikan terbaik Dunia yang diestrak daripada ikan laut air sejuk diperairan negara Jepun. Mengandungi 3 kali lebih ganda lebih ketunpatan dari ketumpatan hati minyak ikan.Merupakan pati minyak ikan yang paling tulen di dunia. Mengandungi  rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semula jadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Di dalam Omega Guard ini terdapat DHA & EPA yang boleh menentamg thrombosis, menjadikan tekanan darah tinggi menjadi stabil dan membantu mengawal kepekatan darah.

Berfungsi melincirkan saluran darah dan membuatkan peredaran darah menjadi lancar.

Merendahkan kolestrol dan megekalkan tahap kolestrol LDL menghindarkan pembekuan darah di dalam badan

Membantu mengekalkan tekanan darah normal, ketegangan di leher dan juga tekanan

Mengawal Obesiti , Mencegah arteriosclerosis,myocardial infarction dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung



VIVIX  - Tonik Ajaib

Minuman yang kaya dengan antioksidan, hasil gabungan ramuan semulajadi yang hebat seperti Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum. Setiap satu ramuan ini mempunyyai fungsi tersendiri di dalam memulihkan stroke dan kebaikan kesihatan tubuh.

Polygonum Cuspidatum - Merupakan sumber utama kepada RESVERATROL mengandungi polifenol d akibaan anti oksidan yang dapat membantu merendahkan kolestrol, meredakan tekanan darah, meningkatkan tenaga dan mengawal berat badan.

Mampu mengaktifkan semula DNA dan sel-sel yang mati akibat pecahnya salur darah ketika stroke dan sekaligus membaiki sel-sel mati tersebut.

Muscadine Grape - Membantu sel-sel baru dengan cepat, Sel-sel baru akan cepat terbentuk sekiranya mengamalkan pemakanan yang tinggi oksidan seperti VIVIX

Puprle Carrot - Merupakan sumber terbaik Vitamin A yang kaya dengan antioksidan. Sangat Mujarab. Mengandungi Antocianin yang membantu kesihatan saluran darah dan platlet. Berfungsi mencairkan platlet yang bergumpal di dalam darah dan mengurangkan kepekatan darah.

Elderberry -Mengandungi unsur-unsur Flavonoids yang merupakan sumber antioksida yang sangat baik, mampu melawan jangkitan bakteria dan virus. Sekaligus meningkatkan imunisasi.

Mengandungi rangkaian vitamin A,B.C dan nutrien seperti Asid Amino dan memberi perlindungan kepada penyakit Kardiovaskular seperti serangan jantung & stroke.

Mempu membantu melindungi dan membaiki sel yang mati akibat serangan stroke sehingga ke peringkat DNA.

Mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama dan mengalakkan sel menjadi sihat semula.

Mampu menurunkan kadar kolestrol di dalam darah.




Kesimpulannya, bersama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan semoga dijauhkan daripada penyakit stroke ataupun angin ahmar ini. Jagalah pemakanan, lakukan senaman dan cara hidup yang sihat bagi mengelakkan terjadinya penyakit ini. Kita cuma berusaha untuk mngelakkannya selebihnya ketentuan Allah swt.

Berdasarkan pengalaman saya, Merawat pesakit yang mengalami penyakit stroke bukannya mudah. Ianya memerlukan mainan emosi, mental dan fizikal yang kuat. Walaupun saya sendiri tidak sekuat mana dan tidak setabah yang tertinggi tetapi berhadapan dengan ibu yang menghidap penyakit stroke ini membuatkan saya celik tentang kesihatan. Betapa pentingnya kesihatan yang baik disetiap waktu.

Sekiranya anda sedang tercari-cari rawatan buat pesakit stroke ini, adalah dicadangkan mengamalkan dua supplement diatas. Kita doakan yang baik-baik saja. Supaya memperoleh kesihatan yang baik seperti sediakala buat mereka yang terkena serangan stroke ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Omega & Vivix ini, boleh menghubungi saya melalui whatsapp di talian 017 256 9166 bagi pembelian. Penghantaran ke seluruh Malaysia juga disediakan.

Pesanan Penaja - October 2016 - Promosi Omega Guard sedang berlansung. Beli 2, diskaun 5%. Beli 6, Percuma 1 botol Omega Guard. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.

Sehingga berjumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews