Follow Us @soratemplates

Monday, October 10, 2016

Rawatan Kecemasan Ketika Hidung Berdarah

Assalamualaikum



Alamak, Hidung awak berdarahlah! Spontan je perkataan itu keluar. Pernah alami situasi begini tak? Yang mana tiba-tiba saja rakan kita hidungnya berdarah. Kadang-kadang, kawan kita itu pun tak sedar yang darah keluar daripada hidungnya. Jika ini terjadi. Sebagai rakan yang terhampir apa seharusnya kita lakukan.

Pertama sekali, nasihatkan diri anda supaya JANGAN PANIK,

Nasihatkan pesakit supaya duduk dan tunduk ke hadapan

Bernafas melalui mulut dan picit hidung dibahagian yang keras selama 10 minit

Terus picit dan letakkan pek ais dibahagian hidung antara mata

Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa samaada darah telah berhenti

Elakkan daripada bersin, menghembus atau mengorek hidung

Pergi ke klinik yang berhampiran untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

Kebiasaannya terjadinya Hidung berdarah ini berlaku apabila salur darah kecil kapilari dirongga hidung pecah. Ianya berpunca daripada beberapa faktor seperti kecederaan dihidung, udara yang terlalu sejuk atau kering, terlalu kerap bersin dan ketumbuhan dalam hidung.

Walaubagaimanapun, di nasihatkan dapatkanlah rawatan dan nasihat daripada doktor setelah terjadinya hidung berdarah ini.

Semoga sedikit info ini bermanafaat buat anda

Jumpa lagi dientry akan datang.

No comments:

Post a comment