Sunday, October 16, 2016

Resepi Menu Sihat - Ayam Bakar

Assalamualaikum.


Selamat berhari minggu.Sebenarnya tak ada idea nak masak apa.Tengok dalam peti ais.Nampak ikan cencaru.Hati terus terdetik "Masak ikan,bakar sajalah".

Tiba-tiba pulak ternampak ayam disebelah ikan cencaru tadi.Seakan memanggil-manggil untuk dimasak.Terus saja dapat idea.Kita buat ayam bakar untuk santapan tengahari ini.

Orang kata,memasak mengunakan kaedah bakar lebih sihat.Jadinya kita makan, menu sihat iaitu Ayam Bakar pada hari minggu yang bertuah ini.

Inilah pertama kali saya buat Ayam Bakar,sebab itulah berasa teruja nak berkongsi resepi.

Resepi saya ambil daripada Facebook tetapi saya olah-olah sedikit mengikut citarasa saya sendiri.He he he.

Resepinya adalah

1 ekor ayam yang telah dipotong,dibasuh bersih dan ditoskan airnya
Gula 1 sudu
Garam 1 sudu kecil
Madu 2 sudu
Serbuk kunyit anggaran dalam 3 sudu
Bawang besar 1 ulas - dikisar
Bawang Putih 4 ulas - dikisar
Halia 1 inci -dikisar
Serai 4 batang dikisar
Lada hitam 2 sudu dikisar

Setelah dikisar, campurkan kesemua bahan diatas bersama ayam yang telah ditoskan.

Letakkan juga sedikit sos chili,sos tiram dan kicap mengikut selera anda.Kemudian gaulkan sehingga sekata.Kemudian perapkan dan masukkkan kedalam peti ais selama 1 satu jam.Jika mahu lebih sedap boleh dibiarkan perapan selama semalaman didalam peti ais.



Kaedah membakarnya.150 celcius selama 10 minit,kemudian terbalikkan ayam tersebut.Bergantung pada oven anda.Pandai-pandailah adjust mengikut kesesuaian ye.

Tarrraa!! Maka terhasillah menu sihat kita hari ini.Ayam Bakar. Itu saja.Memang mudah disediakan dan lazat dinikmati.


Selamat mencuba.Jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews