Tuesday, October 25, 2016

Resepi Menu Sihat - Susu Badam

Assalamualaikum,


Mesti ramai diantara kita sangat mengemari kacang badam. Betul tak? Termasuklah saya sendiri. Pernah tak terfikir untuk membuat air minuman daripada kacang badam tersebut. Selalunya beli dan kunyah-kunyah sehinggalah letih mulut mengunyahnya.. :) 

Tetapi setelah menonton rancangan "Assalamualaikum" di TV Al- Hijrah  pagi tadi. Teringin pula mencuba susu badam bauatan sendiri. Minuman kesihatan yang banyak pula manafaatnya Cara membuatnya pun ringkas dan senang. Tak sampai 30 minit. Siap segelas minuman berkhasiat anda.. 

Nak tahu resepinya. Marilah teruskan pembacaan ye.

Susu Badam

1 Mangkuk Kecil Badam yang telah direndam sekurang-kurangnya 4 jam.
Tujuan merendam badam ini adalah untuk meleraikan asid yang terdapat pada badam tersebut

7-8  biji kurma yang telah dipotong halus dan telah dibuang bijinya

2 Cawan air masak ataupun air mineral.

1 Cawan susu segar

2 sudu ESP Shaklee (Bagi dewasa)

1 1/2 sudu mealshake (bagi kanak-kanak)

1 Sudu madu.(Pilihan)

1 sudu Chia Seed

1 cawan ais

Cara-caranya

Masukkan badam, kurma,air dan ke semua bahan-bahan (kecuali Chia Seed) ke dalam blender dan kisar sehingga halus. Apabila badam dan kurma tadi telah halus. Tuangkan ke dalam gelas. Taburkan satu sudu Chia Seed. Maka terhasillah susu badam. Yang lazat, berkrim dan enak diminum.

Kuantiti kurma bergantung kepada anda.Jika anda inginkan rasa yang lebih manis. Boleh letakkan lebih kurma di dalam kisaran tadi ataupun madu sebagai penganti kepada gula.



Jika ingin mendapatkan warna merah, adalah digalakkan anda kisarkan sekali ubi bit. Dengan campuran ubi bit, ia akan menghasilkan warna merah seakan air bandung. Pasti menyelerakan. yang pentingnya juga berkhasiat dan mengenyangkan.

Dan pastinya minuman ini merupakan minuman yang sihat, lazat dan berkhasiat. Jika diamalkan pasti kita memperolehi manafaatnya. Minuman hasil gabungan makanan yang berkhasiat ini, akan membekalkan nutrisi kepada tubuh. 

Walaupun ia sekadar minuman. Susu badam ini mampu mengenyangkan. Ia sangat sesuai kepada semua peringkat umur. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet, ibu yang menyusukan anak,wanita hamil,kanak-kanak, pelajar universiti. Pendek kata, semua golongan sesuai menikmati susu badam ini.

Selamat mencuba.

Jumpa lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

2 comments :

  1. TQ for the tips.

    ni entry terbaru saya. jemput baca.. done follow
    http://mummyjasmeen.blogspot.my/2016/10/spa-murah-di-shah-alam-airellyn-beauty.html

    ReplyDelete
  2. Inshaallah..tnnt saya datang singgah diblog puan ye dan

    terima kasih kerana sudi bertamu diblog saya.

    ReplyDelete

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews