Wednesday, November 23, 2016

3 Cara Pemakanan Yang Baik Semasa Mengandung

Assalamualaikum,


Hai.. ibu-ibu sekalian. Apa khabar hari ini? Bagaimana dengan kandungan? Alhamdulillah sihat.Waktu mengandunglah masa yang best untuk makan. Sebabnya tak perlu risau tentang diet. Lagipun perut asyik minta diisi saja. Waktu makan pula, tak boleh nak tinggal. Jika tidak, rasa laparnya sehinggakan tidak mampu berbuat apa-apa. Hehehehe. Itulah dia sebahagian pengalaman saya semasa mengandung tempohari.

Ibu-ibu juga pastinya ada menempuh pengalaman yang lebih kurang sama seperti ini jugakkan.

Disebabkan itulah, membuatkan saya terpanggil untuk menulis entry yang berkaitan dengan cara pemakanan semasa mengandung. . Di harap ianya dapat memberi manafaat kepada pembaca.

1) Ibu-ibu yang mengandung haruslah banyakkan makan, makanan yang berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pemakanan ini sangat penting. Sekaligus ianya membantu perkembangan bayi kerana pemakanan bayi di dalam perut ibu bergantung kepada pemakanan ibu.

Pemakanan yang sihat bagi ibu mengandung, membuatkan ibu sihat dan bayi yang berada di dalam kandungan juga sihat. Amalkanlah pemakanan yang seimbang kerana semasa mengandung ini, ibu-ibu lebih memerlukan lebih banyak protein, kalsium, kalori bagi keperluan tenaga,vitamin dan mineral seperti asid folic dan zat besi.

Pengambilan air masak yang mencukupi juga penting. Minulah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ianya dapat mengawal suhu badan dan mengelakk daripada terjadinya sembelit.

Pengambilan pemakanan yang seimbang sangat penting semasa mengandung

2) Ketika mengandung, usahlah difikirkan tentang diet. Ini bukan masa yang sesuai untuk diet.  Bimbang nanti jika anda mengamalkan diet ketika mengandung ini. Akan menyebabkan bayi anda kekurangan nutrisi. Kasihan, kepada anak yang berada didalam kandungan kerana tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya.

Malahan, pertambahan berat badan yang berperingkat pula adalah satu petanda yang baik dan sihat. Secara umumnya, ibu yang mengalami pertambahan berat badan yang berperingkat dengan mengamalkan cara pemakanan yang baik akan melahirkan bayi yang sihat.

Namun, jika anda mengalami moning sickness, elakkanlah masakan yang beminyak dan pedas. Cubalah makan di dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.



3) Pengambilan vitamin sangat penting semasa kehamilan. Sebab itulah setiap kali pulang daripada klinik, doktor ataupun nurse akan membekalkan kita vitamin seperti zat besi, asid folic dan berbagai-bagai lagi jenis vitamin. Vitamin-vitamin ini sangat-sangat diperlukan untuk perkembangan bayi. Sebaiknya. makanlah vitamin-vitamin anda secara teratur. Jangan culas ye . Kerana pengambilan vitamin bertujuan membekalkan nutrisi kepada bayi anda. Sekaligus, ianya membantu perkembangan bayi.

Pilihan saya semasa mengandung adalah Set Kehamilan Shaklee, kerana khasiat yang terkandung di dalamnya. Dan sememangnya kualiti yang terdapat di dalam Set Kehamilan Shaklee ini tidak pernah menghampakan.


Itulah dia sedikit informasi tentang cara pemakanan yang baik semasa mengandung buat perkongsian hari ini. Sememangnya pengambilan pemakanan yang baik sangat penting semasa mengandung. Ianya memberi kesan kepada ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan. Pekembangan bayi pada ketika itu bergantung kepada pemakanan ibu. Maka ibu-ibu sekalian haruslah memilih makanan yang terbaik buat diri dan juga bayi.

Di harap dapat memberi manafaat buat semua yang menbacanya termasuklah diri saya sendiri. 

Sharing is caring. 

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews