Sunday, November 20, 2016

3 Tips Mengawal Perasaan Marah

Assalamualaikum,



Tak baik tau, jika selalu marah-marah. Bahaya untuk kesihatan. Lagipun, kalau selalu marah-marah nie. Tak nampak berserinya wajah tue. Nampak berkedut dan berkerut je. Lagipun mudah nampak tua.

Sekaligus, darah tinggi pun naik. Bahayakan. Selain daripada itu, orang sekeliling pun semakin menjarakkan diri dengan kita. Seterusnya, dikenali sebagai orang yang panas baran. Siapa suka pada orang yang panas baran. Semuanya takut.

Sebelum kita marah-marah. Ataupun menjadi orang yang panas baran. Meh baca tips ini. Supaya dapat membendung sikit perasaan marah ataupun panas baran itu.

Tips Mengawal Perasaan Marah 1 - Tenang & Berfikir Sebelum Mengeluarkan kata-kata




Cuba tenangkan perasaan anda terlebih dahulu. Tarik nafas sedalam yang mungkin kemudian hembus. Apabila anda sudah tenang. Barulah keluarkan kata-kata. Jika boleh, elakkan keluar kata-kata yang kesat. Berfikirlah sebelum mengeluarkan kata-kata. Bijak mengawal kemarahan dan mengawal kata-kata menunjukkan anda seorang yang bijak di dalam mengawal situasi.

 Tips Mengawal Perasaan Marah 2 - Banyakkan Beristighfar & Ingat Kepada Allah



Walau apa pun keadaan yang membuat anda marah. Banyakkanlah istighfar dan ingat kepada Allah. Sebab pada ketika anda sedang marah, syaitan sedang membakar-bakar api kemarahan anda. Maka dengan ingat kepada Allah dan beristigfar, dapat mengurangkan gangguan syaitan yang sedang membakar-bakar kemarahan anda tadi.

Tips Mengawal Perasaan Marah 3 - Segera Minum air ataupun mandi




Air merupakan kompenan yang sejuk. Apabila anda marah terasa seperti meluap-luap api kemarahan tadi. Segeralah minum air ataupun mandi. Pertama sekali ianya dapat menyejukkan badan anda. Kedua, ia dapat mengalihkan tumpuan anda daripada marah. Dan ketiga ia dapat mengurangkan kemarahan yang anda alami.


Begitulah sedikit sebanyak tips bagi mengawal perasaan marah. Sememangnya kita tidak dapat lari daripada perasaan marah. Namun dengan cara yang baik bagi mengawal perasaan marah mampu mengubah suasana. Lantas memberikan impak yang positif kepada keadaan dan mereka yang berada disekelilingnya.

Pentingnya mengawal perasaan marah ini supaya kita tidak dikuasai olehnya. Bersama-sama kita mengawal perasaan marah dengan mengunakan cara yang berhemah dan komunikasi yang berkesan.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews