Monday, November 14, 2016

3 Tips Menjadi Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum, 


Pastinya semua ingin berjaya di dalam pelajaran. Namun, untuk berjaya di dalam pelajaran memerlukan usaha yang berterusan dan fikiran yang cergas untuk mempelajari sesuatu. Bukan mudah untuk berjaya di dalam pelajaran. Tanpa usaha yang jitu, ungkapan menjadi pelajar yang cemerlang itu hanyalah sekadarlah angan-angan.

Buat entry kali ini, saya sertakan sedikit tips bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Menjadi pelajar cemerlang idaman semua yang begelar pelajar. Memperolehi keputusan cemerlang mampu yang membanggakan. Membuatkan ibuayah tersenyum kegembiraan. Hadiahkanlah ibuayah mu dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan diiringi dengan tangisan kegembiraan dan bukan sebaliknya. 

Tips pelajar Cemerlang  1
  • Memberi Tumpuan Semasa Belajar
Memberikan tumpuan sepenuhnya. Fokus pada pembelajaran. Lebih-lebih lagi ketika guru mengajar di dalam kelas. Ketika ini, perlu diabaikan segala gadjet-gadjet. Lebih banyak tumpuan yang diberikan di dalam kelas, lebih banyak kefahaman terhadap pelajaran yang diperolehi.

Jika tidak faham tentang sesuatu topik, boleh terus bertanyakan kepada cikgu yang mengajar. 80% informasi terhadap sesuatu topik boleh didapati dengan pembelajaran sewaktu didalam kelas. Maka dengan itu, betapa pentingnya memberikan tumpuan semasa belajar. Salah satu resepi pelajar yang telah cemerlang adalah mereka menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar. Fokus itulah yang diutamakan.

Tumpukan sepenuh perhatian semasa belajar dan fokus pada pembelajaran. Pastinya anda akan berjaya memahami sesuatu topik yang dipelajari.



Tips pelajar Cemerlang  2
  • Sediakan Jadual Waktu Untuk Belajar & Berdisplin
Hendak berjaya perlu ada displin. Displin terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Pastikan anda mempunyai jadual untuk belajar. Cuba patuhi jadual belajar ayang anda buat. Supaya seimbang aktiviti harian yang dilakukan. 

Sekurang-kurangnya dengan mempunyai jadual harian. Tidak menjadikan anda kelam kabut. Ianya melatih diri untuk menjadi lebih berdisplin dan tersusun. Menjadikan anda lebih menepati masa dan bijak menguruskan masa dengan sebaiknya.



Tips pelajar Cemerlang  3
  • Dapatkan Makanan yang berkhasiat & Jauhi Makanan yang tidak berkhasiat
Seboleh-bolehnya jauhkan makanan yang tidak berkhasiat. Ianya tidak memberikan khasiat pada badan dan juga otak. Otak yang cergas dan cerdas memerlukan makanan yang baik untuk berfungsi dengan baik. Makanan yang tidak berkhasiat juga mampu menjadi punca kepada lemahnya tahap kesihatan. Apabila tahap kesihatan tidak baik, bagaimana untuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Pastinya pelajaran akan terganggu.

Makanan yang baik untuk pelajar adalah seperti susu,kismis,madu,kurma, kacang badam, minyak ikan yang kaya dengan DHA & EPA. Inilah diantara makanan yang berkhasiat yang boleh diamalkan bagi meningkatkan memori dan daya tumpuan anda semasa pembelajaran.



Itulah dia sedikit sebanyak tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang buat anda. Bagi anda yang bergelar pelajar. Selamat berusaha dan semoga kecemerlangan itu menjadi milik anda. 

Jika gagal. Janganlah berputus asa. Berusahalah sebaiknya. Pasti kejayaan itu akan menjadi milik anda,

Bertemu anda di puncak kejayaan.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews