Wednesday, November 09, 2016

3 Tips Untuk Berjaya di dalam Bisnes

Assalamualaikum,


Ada yang menjalankan bisnes kerana minat. Ada yang menjalankan bisnes kerana suka-suka. Ada yang menjalankan bisnes kerana ingin menambahkan pendapatan dan ada juga yang menjalankan bisnes kerana terpaksa. Ada juga yang menjalankan bisnes kerana ingin membantu orang lain.

Banyak alasan sebenarnya mengapa perlu kita menjalankan bisnes. Sehinggakan terdapat kata-kata daripada tokoh ternama "Berniagalah kamu, walaupun kamu telah kaya". Ha, tengoklah betapa pentingnya sesuatu perniagaan itu.

Disebabkan itu, hari ini saya nak kongsikan tips untuk berjaya di dalam bisnes. Semoga dengan tips ini boleh membuatkan kita berjaya bersama-sama di dalam perniagaan yang kita ceburi. Berjaya secara berjemaah lebih besar impaknya.

Tips Berjaya Bisnes - 1

  • Tidak Mudah Putus Asa

Sekali anda menceburkan diri didalam bisnes, usahlah menoleh ke belakang lagi. Buang jauh-jauh sifat putus asa. Tanamkan tekad untuk berjaya. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Jangan mudah putus asa. Teruskan usaha,usaha dan usaha anda. Sehingga berjaya. 

Tanamkan sifat sabar. Kejayaan pasti datang bagi yang sabar dan juga berusaha. Jangan  benarkan timbul perasaan putus asa itu. Pandanglah wajah-wajah kesayangan anda seperti anak,ibu,ayah,suami,isteri,adik.Pandanglah mereka.Pastinya akan timbul semangat anda untuk bangkit semula



Tips Berjaya Bisnes - 2

  • Fokus

Fokus dengan apa yang anda lakukan. Jangan cepat mudah beralih arah. Fokus dengan setiap bisnes yang anda lakukan. Dengan fokus anda dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan anda. Hasilnya pasti membanggakan diri anda dan keluarga.

Tips Berjaya Bisnes - 3

  • Rajin Belajar
Perniagaan bukan sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan anda belajar banyak benda baru.Untuk memahami selok-belok dunia perniagaan itu. Maka dengan itu, berlapang dadalah untuk mempelajari ilmu yang baru didalam perniagaan. 

Dengan ilmu tersebut boleh diguna pakai di dalam perniagaan anda. Membantu memajukan bisnes anda. Dengan ilmu tersebut juga, membantu bisnes anda berkembang.
Belajar tentang ilmu bisnes sememangya tiada kesudahannya. Namun ianya memberikan ruang dan peluang untuk kita berjaya di dalam perniagaan.



Itulah sebahagian tips yang dapat saya kongsikan buat anda. Saya sendiri pun masih lagi belajar dan belajar di dalam selok belok perniagaan ini. Apa yang ada kita kongsikan bersama. Supaya mengecapi kejayaan itu bersama-sama. Dapat membangunkan ummah yang berjaya melalui perniagaan.

Bertemu anda dipuncak kejayaan.

Diharap entry ini mampu memberi manafaat buat diri saya dan anda yang membacanya. Jumpa lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews