Friday, November 11, 2016

5 Idea Untuk Kekal Romantis Di dalam Rumahtangga

Assalamualaikum


Suasana romantik di dalam rumahtangga perlu di pupuk dan dibaja. Kadangkala di sebabkan tuntutan kerjaya dan tanggungjawab. Menyebabkan kita terlupa akan membentuk suasana romantis bersama pasangan. Bagi merapat hubungan rengang itu, marilah kita menciptakan suasana romantis di dalam rumahtangga. Bagi mewujudkan perasaan kasih sayang.

Banyak cara untuk kekal romantis di dalam rumahtangga. Asalkan ada usaha daripada anda untuk membahagiakan pasangan. Ianya tidak memerlukan jadual. Apa yang perlu adalah sedikit kreativiti dan rasa tanggungjawab bagi memupuk kasih sayang. Lantas, kasih sayang itu bercambah mekar pada setiap hari

Idea Romantis 1

  • Dating Bersama 

Luangkan masa untuk keluar berdua. Hanya anda dan pasangan. Tidak perlu membawa anak-anak dan tidak perlu juga sarat dengan aktiviti. Seperti berjalan berdua sambil berpegangan tangan di pesisiran pantai, makan malam istimewa bersama pasangan ataupun menonton wayang.

Pastinya idea ini akan mampu merapatkn hubungan anda dan pasangan. Sekaligus, ianya menciptakan suasana romantis seakan  saat-saat cinta berputik sebelum ini. 


Idea Romantis 2

  • Hiasi Bilik Tidur

Pemilihan corak dan warna cadar di dalam bilik tidur juga memainkan peranan bagi mewujudkan suasana romantis. Maka, pilihlah cadar yang berwarna lembut dan redup bagi mewujudkan suasana romantis. Selain daripada itu, wangian yang harum dan sejambak bunga juga boleh diletakkan di bilik tidur, Bagi mewujudkan suasana romantis

Idea Romantis 3

  • Mengingati Tarikh Istimewa

Jangan lupa tentang tarikh istimewa anda dan pasangan. Seperti tarikh ulang tahun perkahwinan, hari lahir, tarikh perkenalan. Buatlah sedikit sambutan berserta hadiah yang istimewa. Kadangkala hadiah atau sambutan ini, tidak perlu peruntukan yang mahal. Cuma yang diperlukan hanyalah ingatan sebagai tanda romantis anda kepada pasangan.



Idea Romantis 4
  • Sentuhan Mesra 
Dengan sentuhan mampu mewujudkan suasana romantis. Hanya perlu gerakkan sedikit jari jemari anda kepada pasangan. Dengan sentuhan ini mampu membangkitkan suasana romantis. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada pasangan.

Disamping sentuhan, pelukan juga mampu mewujudkan suasana romantis di dalam rumahtangga. Contohnya, peluklah pasangan anda sebelum pergi ke tempat kerja ataupun sebelum melangkah keluar daripada rumah. Ianya juga dapat menunjukkan kasih sayang dan mencipta suasana romantis.

Idea Romantis 5
  • Mengadakan aktiviti bersama
Rancang aktiviti yang menarik bersama pasangan. Seperti perkelahan, bermain catur, UNO, dam ataupun Sahibba. Dengan aktiviti ini, ia dapat merehatkan minda dan gelak tawa bersama itu, pastinya akan mencetus suasana gembira dan romantis buat anda dan pasangan. Sekaligus merapatkan hubungan kalian.

Rancanglah aktiviti bersama yang berlainan pada setia hujung minggu. Ini bagi mengelakkan kebosanan. Anak-anak juga akan memperolehi manafaatnya jika aktiviti bersama ini sentiasa diamalkan di dalam rumahtangga. Pastinya hubungan kekeluargaan itu akan bertambah erat. Sekaligus, mencetus suasana romantis didalam rumahtangga.


Kesimpulannya, perlunya kasih sayang dan suasana romantis di dalam setiap rumahtangga. Untuk mewujudkan perasaan bahagia. Lantas, ahli keluarga seperti anak-anak juga dapat merasakan kasih sayang itu kepada mereka. Bagi mewujudkan suasana romantis ini, tidak perlu menelan perbelanjaan yang besar. Yang penting adalah keativiti anda membuat pasangan merasa bahagia dan dihargai pada setiap masa.

Ceriakan hari anda, Ceriakan pasangan pastinya kasih sayang itu juga muncul bersama kebahagiaan.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews