Tuesday, November 01, 2016

Amalan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur

Assalamualaikum,


Kebiasaannya apa yang kita lalukan sebelum tidur. Adakah anda jenis yang susah hendak lelapkan mata. Ataupun letakkan saja terus saja lena.

Disebabkan oleh itu, hari ini saya ingin berkongsikan amalan Rasulullah sebelum tidur. Sebagai panduan kita bersama. Semoga ia bermanafaat buat saya sendiri dan juga anda yang singgah diblog saya ini.

Amalan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur yang pertama

Ambil Wudhuk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat di dalam riwayat

Sabda Nabi Muhammad s.a.w di dalam hadis riwayat Ibnu Hibban

"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga ) kecuali berkata malaikat (berdoa): " Ya Allah berilah keampunan kepada hamba-Mu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci"

Amalan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur yang kedua

Membaca doa tidur. "  Dengan Menyebut nama-Mu Ya Allah aku dihidupkan dan aku dimatikan"

Sebenarnya banyak lagi doa harian yang berkait dengan aktiviti seharian. Maka dengan itu,janganlah kita memperlekehkan amalan doa harian. Kerana Allah swt menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan doa harian.



Amalan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur yang ketiga
Amalkan membaca surah As-Sajdah dan Surah Al- Mulk sebelum tidur

Amalan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur yang keempat
Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan ketika tidur dan mengiring badan ke kanan

Amalan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur yang kelima
Menutup bekas air yang terbuka. Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka.Walaupun dengan sebatang kayu. Jangan biarkan ianya terdedah.

Amalan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur yang keenam
Jangan tidur menghadap Qiblat kerana ia merupakan kedudukan tidur orang yang telah mati

Amalan Rasulullah S.A. Sebelum Tidur yang ketujuh
Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan. Supaya dapat menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Sementara tunggu terlelap, berzikirlah.

Amalan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur yang kelapan
Maafkan semua kesalahan orang yang telah lakukan kepada kita.

Sekian, sehingga bertemu lagi dientry akan datang
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews