Sunday, November 06, 2016

Apakah Itu BMI

Assalamualaikum,


Bila sebut saja tentang berat badan,mesti di kaitkan dengan BMI.

Tetapi apakah itu BMI? Adakah kita memiliki BMI yang ideal untuk ketinggian kita.

BMI ini adalah Indeks Jisim Badan ianya adalah ukuran untuk menilai heart badan anda berbanding dengan ketinggian.

Untuk mengira BMI ini pula terdapat formula iaitu 

Berat Badan (kg) / Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Maka dapatlah jumlah BMI badan anda.Berapakah yang anda perolehi.Hehehe adakah ia menunjukkan anda obes atau kurang berat badan.

Jom tengok kategori BMI ini.Di kategori manakah BMI yang anda miliki.
Rasa suspend pun adakan.


1) Kurang berat badan - BMI kurang daripada 18.5

2) Berat Badan Ideal - BMI antara 18.5 - 24.9

3) Berat Badan Berlebihan - BMI 25 - 30

4) Obesiti - BMI 30 ke atas

Opps...sudah tahu dikategori mana BMI anda.Segan nak cerita.Takpe-takpe masih belum terlewat. Anda masih boleh berusaha untuk mencapai berat badan yang ideal.

Yang pentingnya usaha,bersemangat dan tiada istilah putus asa.

Di sini juga ingin saya kongsikan bagaimanakah caranya untuk memperolehi BMI yang sesuai.Seterusnya, dapat mengekalkan BMI yang anda miliki.

  • Tetapkan matlamat untuk turunkan BMI anda.Letakkan sasaran yang harus anda capai
  • Kurangkan berat badan anda
  • Lakukan senaman dengan kerap supaya dapat menurunkan berat badan
  • Sertai program terapi diet ataupun aktiviti fizikal.
  • Kawal pengambilan kalori.
  • Lebihkan makan buah-buahan, sayuran hijau yang tinggi dengan vitamin dan mineral
  • Dapatkan tidur yang secukupnya
  • Sekiranya BMI berada dibawah paras normal makanlah bijirin dan protein dengan lebih kerap
  • Jauhi makanan segera,snek ataupun yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
  • Amalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Sememangnya BMI ini berkait rapat dengan pengawalan berat badan
Sebelum melancarkan aktiviti diet. Adalah lebih baik mengetahui tahap BMI terlebih dahulu. Supaya mudah menyusun strategi untuk berdiet.

Kesimpulannya, BMI terjaga pastinya berat badan idaman boleh diperolehi.Bersama-sama kita mengawal berat badan supaya tidak terjebak didalam kategori obesiti.
Bersama kita memelihara Kesihatan diri.

Semoga entry ini bermanafaat buat anda dan juga diri saya sendiri.

Jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews