Saturday, November 05, 2016

Doa Melembutkan Hati Anak

Assalamualaikum,

Doa ibubapalah yang merupakan doa yang paling mustajab. Lebih-lebih lagi doa ibubapa kepada anak-anaknya. Sebagai ibu bapa, marilah kita berdoa yang baik-baik saja buat anak-anak kita.

Sedang asyik blogwalking. Terjumpa saya doa ini. Doa melembutkan hati anak. Boleh diamalkan untuk anak-anak supaya mendengar nasihat. Supaya anak tadi lembut hatinya untuk belajar. Supaya anak tadi lembut hatinya untuk menunailan solat. Supaya lembut hati anak-anak kita melakukan perkara-perkara kebaikan

Siapa yang tidak mahukan anak yang soleh ataupun solehah. Berkat daripada amalan doa ini, mungkin anak yang bermasalah juga mampu berubah perangai, Berubah menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak yang mendengar nasihat. Anak yang baik kelakuan dan tutur katanya.

Doa Pelembut Hati Anak

"Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya. Begitulah maksud daripada ayat 200 daripada surah Ali Imran.

Semoga satu hari nanti anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan mampu berbakti kepada Keluarga kelak.

Selamat beramal dan semoga ianya bermanafaat buat diri saya dan anda yang membacanya.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews