Monday, November 07, 2016

Mengurangkan Alahan dan Morning Sickness Ketika Mengandung

Assalamualaikum, 


Sedang alami alahan semasa mengandung. Sememangnya itu perkara biasa bagi ibu yang sedang mengandung di trimester pertama. Saya sendiri pun sudah melaluinya. Berdasarkan pengalaman saya. Setiap kali mengandung pasti akan mempunyai tahap alahan yang berbeza.

 Semasa mengandungkan Sufiya, saya cuma pening,loya dan mual di awal pagi sehinggalah ke tengahari. Jika tersilap makan pula, pasti akan termuntah keluar semua makanan tadi. Manakala semasa mengandungkan Muhaimin pula, pening nya tidak menentu, sekejap pagi di bawa sehingga ke petang. Sekejap malam dibawa sehingga ke pagi. Pada masa ini, boleh makan apa saja. Cuma sekali sekala saja rasa mual itu tiba.

Jika ibu ayah kita dikampung. mereka menamakan situasi itu sebagai "pembawakan budak". 

Namun kadangkala, terdapat juga ibu yang mengandung tidak mengalami sebarang alahan.Relax saja menikmati makanan. Pastinya rasa bahagia sebabnya tidak ada pening-pening, loya-loya dan mual-mual. Syok gitu.

Dan ada pula keadaannya, isteri tidak mengalami sebarang alahan tetapi suami pula yang mengalami alahan seperti loya-loya, muntah-muntah dan juga pening. Jangan tak percaya. Saya sendiri pernah melihat kejadian ini.

Ceritanya seorang kawan saya yang bernama N, Beliau tidak mengalami sebarang alahan. Sebaliknya suaminya pula asyik pening-pening dan muntah-muntah. Ketika N sedang asyik menjamu selera. Si suami pula bergegas ke tandas untuk muntah.

Nampak macam pelikkan, tapi itulah kenyataannya.

Bagi ibu yang mengalami masalah alahan  ataupun moning sickness ini. Janganlah risau ye, Alahan ini hanya kerap belaku semasa di trimester pertama kehamilan. Hanya jarang-jarang berlaku di sepanjang kehamilan.

Sekiranya anda mengalami alahan semasa mengandung samaada teruk ataupun tidak. Persiapkanlah diri dengan tahap kesabaran yang tinggi, rehat yang mencukupi dan supplement yang sesuai.

Cadangan produk Shaklee yang boleh membantu ibu yang mengalami masalah alahan ataupun morning sickness ini adalah BComplex + Ostematrix + Papermint. Gabungan Supplement ini mampu memberikan tenaga kepada ibu mengandung. Serta, mampu mengurangkan rasa mual dan loya yang dialami.


Mengapa saya cadangkan anda mengamalkan Supplement diatas. Ini adalah kerana khasiat di dalam setiap satu Supplement itu. Jom kita intai-intai khasiat yang terdapat di dalamnya

B- Complex

- Merupakan supplement yang kaya dengan Vitamin B & Asid Folic
Terdapat Pyridoxine yang merupakan kompenan di dalam Vitamin B & B6 dimana mampu mengurangkan alahan ataupun morning sickness yang dihadapi oleh ibu mengandung
- Ianya juga mampu membantu perkembangan bayi secara sihat dan normal.
- Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru seta mengurangkan risiko kecatatan otak atau tulang belakang
- Menurangkan tekanan pada ibu yang mengandung dan meredakan sakit kepala ataupun pening
- membantu pembentukan darah merah yang sihat
- Mengurangkan keletihan, muntah-muntah, mabuk darat, mabuk laut dan migrain

Ostematrix 

- Gabungan Kalsium dan Magnesium serta lengkap vitamin D. Membekalkan kepeluan kalsium.
- Mampu mengelakkan kekejangan kaki, sakit pinggang, sakit belakang kepada ibu mengandung
- Mengelak daripada terjadinya sembelit
- Menguatkan kuku dan gigi. Mengelakkan kerapuhan gigi dan tulang semasa mengandung 
- Mengalakkan ibu mengandung mendapatkan tidur yang lena

1 tablet ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

Papermint Ginger Plus

- Merupakan kombinasi 4 herba yang semulajadi. Pudina + Halia + Pokok Adas (fennal) + Cekur Manis (anise)
- Mengamalkannya semasa mengandung tidak memudharatkan bayi kerana ianya daripada bahan semulajadi dan juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Ianya sangat membantu merawat dan mencegah loya, gastrik,mabuk laut, sendawa dan penghadaman
- Halia berfungsi untuk menghalang rasa loya,mual dan angin ketika mengandung
- Melegakan kembung perut, sakit perut dan masalah alergi pada saluran usus

Kesimpulannya, alahan alahan ataupun morning sickness ini merupakan salah satu dugaan semasa mengandung. Namun begitu, usah dibiarkan diri kita di belenggu olehnya. Jangan di sebabkan alahan ini boleh menganggu aktiviti seharian. Jadikanlah pengambilan supplemnt ini sebagai salah satu usaha buat mengatasi masalah alahan ataupun morning sickness ini. Supaya bebas dari alahan.
Lagipun supplement Shaklee ini terkenal dengan Semulajadi, Berkesan dan Mesra Alam

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang. Selamat menempuh fasa kehamilan buat anda yang bergelar ibu.


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews