Wednesday, November 16, 2016

Panduan Memilih Supplement

Assalamualaikum,


Pengambilan supplement adalah perkara biasa di zaman yang serba moden ini. Ianya bertujuan bagi menampung keperluan nutrisi tubuh. Oleh kerana cara hidup yang serba pantas,makanan yang terdedah dengan berbagai bahan kimia, pencemaran yang berlaku di sana sini dan juga cara memasak yang tidak betul. Mengakibatkan nutrisi yang diperolehi oleh badan hanya sedikit sahaja. Badan pula, tidak mendapatkan nutrisi yang secukupnya.

Memang banyak lambakkan supplement dipasaran. Sehinggakan tidak tahu bagaimanakah untuk memilihnya. Kadang-kadang terkeliru juga dibuatnya. Bermacam-macam jenama. Buatan tempatan sehinggalah buatan antarabangsa.

Bagi mengatasi kekeliruan di dalam pemilihan supplement. Disini saya sertakan beberapa panduan yang perlu anda titik beratkan semasa pemilihan supplement ini. Sekurang-kurangnya panduan ini mampu memberikan manafaat kepada anda ketika membuat pemilihan supplement yang ingin dimiliki.

  • Panduan Memilih Supplement 1
  • Mendapatkan Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia & Memiliki Sijil HALAL
Jika saya, perkara inilah yang saya utamakan terlebih dahulu. Al maklumlah makanan ini menjadi darah daging dan juga mencari supplement untuk kesihatan. Maka, Kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan Pengesahan sijil Halal. Saya titik beratkan. Dengan cara ini dapat memastikan kualiti supplement yang diambil. Sekaligus ianya tidak terdapat bahan-bahan yang terlarang dan juga meragukan.

Terdapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia


  • Panduan Memilih Supplement 2
  • Memastikan Pengilang Supplement Mematuhi Prosedur FDA @ GMP

GMP adalah garis panduan kawalan kualiti bahawa industri farmaseutikal perlu mematuhi undang-undang. FDA pula, Prosedur pengilangan terbaik. Pengilang yang mematuhi prosedur ini akan menambahkan lagi keyakinan penguna untuk mengamalkan supplement yang dihasilkan. Kerana kualitinya terjaga. . 

Pastinya syarikat nutrisi yang mengamalkan prosedur ini dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan bermutu


  • Panduan Memilih Supplement 3
  • Memastikan Supplement yang bakal dimiliki daripada bahan semulajadi

Saya akan memilih supplement daripada bahan semula jadi. Kemudian ianya diestrak sehinggalah menjadi supplement. Bahan-bahan semulajadi ini, lebih mudah bertindak balas dengan tubuh. Memberi manafaat yang baik buat tubuh. Sekaligus, dapat mengelakkan tubuh daripada pengambilan bahan kimia. Pengambilan bahan kimia yang berterusan mampu merosakkan buah pinggang.

Hasil gabungan bahan semulajadi bagi menghasilkan Vivix


  • Panduan Memilih Supplement 4
  • Terdapat Tarikh Luput Pada Botol Supplement Tersebut
Memastikan supplemnt tersebut memiliki sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput. Ini bermakna supplement tersebut masih sempat dihabiskan sebelum tarikh luput. Jadi tiada lah berlaku pembaziran. 

  • Panduan Memilih Supplement 5
  • Mengenalpasti Syarikat & Pengilang Supplement tersebut
Dengan mengenal pasti syarikat dan pengilang supplement yang bakal dimiliki adalah untuk menambahkan keyakinan tentang pengambilan supplement tersebut. Semakin lama syarikat supplement tersebut, pastinya semakin baik reputasi kualiti di dalam penghasilan supplement

Bagi menjamin kualiti yang terdapat pada supplement tersebut. Pastikan pengilang dan syarikat pengeluar supplement anda daripada syarikat yang sama.

  • Panduan Memilih Supplement 6
  • Membuat sedikit bacaan tentang supplement yang bakal dimiliki
Pastinya sebelum membeli, kita harus tahu produk apakah yang akan dimiliki. Buatlah sedikit bacaan dan dapatkan serba sedikit info tentang supplement yang bakal anda miliki. Serta dapatkan juga testimoni mereka yang telah mengamalkannya. Daripada situlah, akan timbul keyakinan anda. Bagi memiliki seterusnya mengamalkan supplement yang dibeli.

Inilah dia serba sedikit panduan yang boleh anda titikberatkan di dalam pemilihan supplement. Bagi saya pemilihan supplement yang baik dan berkualiti itu adalah perkara yang dititikberatkan. Untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum.

Membaca dan mengenali supplement yang dimiliki terlebih dahulu

 Mungkin anda juga mempunyai cara anda sendiri di dalam pemilihan supplement. Namun apapun cara yang mempengaruhi anda untuk memiliki supplement tersebut. Pastikan ianya daripada syarikat yang boleh dipercayai, tidak mengandungi bahan terlarang dan juga tidak memudharatkan kesihatan.

Tujuan pengambilan supplement adalah untuk menambahbaik tahap kesihatan. Biarlah kesannya lambat diperolehi asalkan tidak memudharatkan kesihatan. Biarlah ianya dipilih daripada gabungan makanan berkhasiat dan bermutu tinggi serta mahal sedikit harganya. Asalkan khasiatnya mampu memberikan kesihatan yang baik pada tubuh.

TERBAIK buat kesihatan diri sendiri dan keluarga tersayang

Sehingga berjumpa lagi dientry akan datang

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews