Tuesday, November 22, 2016

Panduan Menamakan Bayi

Assalamualaikum,


Memilih nama untuk bayi memang menyeronokkan. Teringat pengalaman pertama kali memilih nama buat Sufiya dahulu. Tetapi dalam keseronokan itu, timbul juga kekeliruan. Al maklumlah, suami ada cadangannya sendiri dan saya pun ada cadangannya sendiri. Akhirnya dapat juga kata sepakat. dan menamakan anak sulung kami dengan nama Nur Sufiya Humaira yang bermaksud Ahli Sufi Yang Berpipi Merah.

Pada ketika itu, kami hanya mencari satu nama untuk bayi lelaki dan satu nama untuk bayi perempuan saja. Selepas mengetahui jantina bayi di dalam kandungan. Terus saja, saya memanggilnya dengan nama yang kami telah pilih.Tetapi nama itu hanya diketahui oleh kami suami isteri saja.

Bagaimana pula dengan pengalaman ibuayah di semasa menamakan anak kesayangan.

Masih tercari-cari nama yang sesuai buat anak anda. Di sini saya kongsikan sedikit panduan bagi menamakan bayi anda. Supaya panduan ini dapat memberi manafaat buat anda. Terutama sekali buat anak yang pertama kali menimang cahaya mata.

Jemput baca ye...

  • Panduan Menamakan Bayi - 1

Pilihlah nama yang mempunyai makna yang baik dan realistik kerana nama inilah yang akan digunakan sepanjang hidupnya kelak.


  • Panduan Menamakan Bayi - 2
Jauhi menggunakan nana-nama khusus untuk Allah melainkan ditambah "Abdul" sebelumnya


  • Panduan Menamakan Bayi - 3
Jangan namakan anak anda dengan nama-nama yang dipakai oleh orang yang zalim dan orang yang tidak percaya kepada Allah



  • Panduan Menamakan Bayi - 4
Jauhi nama yang dikombinasi seperti nama gabungan ibu & ayah jika ia membawa makna yang tidak elok
  • Panduan Menamakan Bayi - 5
Pilihlah nama-nama yang indah didengari dan serasi

  • Panduan Menamakan Bayi - 6
Elakkan memberi memberitahu nama bayi anda kepada sesiapa sehingga kelahirannya.

  • Panduan Menamakan Bayi - 7
Pilihlah nama-nama yang baik seperti Abdullah dan Abdul Rahman

Ibu ayah dah bacakan panduan diatas. Maka, bolehlah praktikkan semasa menamakan bayi anda nanti.Saya sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini.

Jangan diambil mudah ye. Sedar atau tidak, nama inilah merupakan hadiah pertama ibuayah buat bayi anda. Di dalam agama islam pun menganjurkan supaya nama anak dipilih daripada nama yang baik-baik.

Kerana dengan nama tersebut seseorang akan dipanggil oleh Allah pada hari kiamat.

"Sesungguhnya pada hari kiamat kamu sekalian akan dipanggil dengan nama kamu dan nama ayah kamu. Oleh kerana itu buatlah nama kamu yang baik" - Riwayat Abu Daud


Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews