Monday, November 07, 2016

Resepi Menu Sihat - Makaroni Sup

Assalamualaikum,

Makaroni sup yang telah siap dimasak

Dah lama rasanya tidak berkongsi resepi.Hari ini saya nak berkongsi resepi makaroni sup.


Juadah ini juga merupakan kegemaran Sufiya dan Muhaimin. Berselera makannya.Hati pun rasa seronok melihat mereka berselera.Sekaligus,hilang rasa letih selepas memasak.

Sup memang merupakan kegemarn mereka.Tekun menghadapnya jika dibuatkan sup.

Lagipun harga minyak dah naik sekarang nih,terpaksalah fikir-fikirkan bagaimanakah caranya untuk mengurangkan pengunaan minyak ketika memasak.

Ish..tak mahulah cerita pasal harga barang.Sememangnya,kita tak mampu mengawal kenaikan harga barang tetapi apa yang mampu adalah mengubah cara pengunaan kita dan sekaligus menambahkan pendapatan yang sedia ada.

Anda ingin menambahkan pendapatan bersama bersama Shaklee.Boleh sertai team saya.Bersama-sama kita menambahkan pendapatan keluarga.

Jom...Jom..tengok resepi makaroni sup saya.Sesuai dimakan pada sarapan pagi,makan Tengahari,malam.Sesuai juga untuk mereka yang sedang berdiet.

Bahan-Bahannya

Makaroni - direbus dengan 2 sudu minyak masak.Tujuan pengunaan minyak masak,supaya makaroni tadi tidak melekat di periuk dan antara satu sama lain

3 ulas bawang putih -dikisar
1 ulas bawang Holland sederhana besar - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu besar Lada Hitam - dikisar
Sedikit rempah ratus tiga beradik-bunga lawang,kulit kayu mania dan cengkih
6 ketul ayam bahagian isi - dipotong dadu bersaiz sederhana besar
1 batang lobak di hiris panjang
1 biji tomato dipotong dadu
6 batang sawi dipotong sederhana kecil
1 biji telur

Bahan-bahan yang belum ddikisar
Cara-caranya.
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.Masukkan rempah ratus tiga beradik.
Masukkan isi ayam,gaulkan sehingga sebati.Anggaran didalam 3 minit,masukkan air didalam 1 liter.

Isi ayam ditumis bersama bahan-bahan yang telah dikisar

Kemudian, masukkan sawi,lobak dan tomato
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Apabila menggelegak.Pecahkan telur.
Kacau sebentar dan tutup api.

Kemudian sup ini boleh dihidangkan bersama makaroni.

Makaroni yang telah direbusl
Itulah dia perkongsian resepi makaroni sup daripada dapur saya.Supaya ianya bermanafaat buat anda.

Selamat mencuba.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews