Sunday, November 20, 2016

Set Kurus Shaklee Membantu Untuk Kurus dan Ramping Dengan Cepat

Assalamualaikum, 


Pastinya ramai yang ingin kelihatan kurus dan ramping. Sekaligus, menjadi idaman ramai orang. Termasuklah saya sendiri. Apabila kelihatan ramping yang besesuaian dengan ketinggian. Semestinya sangat cantik pada pandangan mata. Berbagai-bagai fesyen baju boleh dipakai tanpa risau tentang lemak-lemak yang menganggu keterampilan.

Pejam mata sekejap dan bayangkan anda kelihatan kurus dan ramping seperti 10 tahun yang lepas. Wah.. sangat menyeronokkan. Apabila berbalik pada realitinya sekarang. Berapakah berat badan anda?
Hehehe.. Jangan putus asa. Jangan kecewa. Anda mampu mengembalikan semula berat badan anda dan mencapai berat idaman anda.

Tak percaya? Anda ingin tahu bagiamanakah caranya? Jom kita belajar dan lakukannya bersama-sama.

1) Langkah Pertama





Haruslah melakukan senaman. Peruntukan setiap hari sekurang-kurangnya selama 30 minit atau lebih untuk lakukan senaman. Anda boleh lakukan berbagai gerakan seperti lompat bintang, berlari setempat, berjogging. Dapatkan carian video-video aerobik ataupun zumba dan senaman di You Tube.

Sekiranya anda mempunyai lebih masa, boleh juga mendaftarkan diri di gym-gym yang berhampiran supaya dapat merasai suasana exercise itu.

2) Langkah Kedua

Menjaga pemakanan. Kurangkan pengambilan nasi. Jika biasa ambil 3-4 senduk nasi. Kurangkan kepada 1 senduk sahaja setiap hari. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan atau ayam yang telah dibuang kulitnya.

Kurangkan juga pengambilan makanan yang berlemak dan bergoreng. Kita pilih makanan yang disediakan dengan cara kukus dan rebus.

Lebihkan meminum air meminum air masak sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari. 

Ambil kira tentang kalori pemakanan yang anda ambil dan seimbangkannya dengan senaman yang sesuai. Bagi membakar semula kalori tersebut dan mengelakkannya daripada terkumpul menjadi lemak.

Bab makan nie, kadangkala saya tertewas juga. Al maklumlah saya nie suka makan. Bila nampak makanan sedap jer, Tiba-tiba saja lupa tentang diet.Hehehehe. Ada yang serupa seperti saya?. :)

Langkah ketiga





Amalkan Pemakanan Supplement. Supplement ini adalah tujuan untuk membantu anda untuk mendapatkan berat idaman. Jika anda hanya bergantung pada supplement tanpa melakukan langkah pertama & kedua yang saya nyatakan tadi,

Anda mungkin boleh kelihatan ramping dan kurus tetapi ianya mengambil masa. Jika tidak kena pada gayanya. Berat badan akan statik dan tidak berkurangan lansung.

Sebagai membantu anda untuk mendapatkan berat idaman. Set Kurus Shaklee ini akan memainkan peranan seperti 

Detox - membuang segala toksin di dalam tubuh anda. Ianya mencuci usus daripada sebarang toksin-toksin yang terkumpul. Usus yang kotor mengakibatkan proses penyerapan nutrisi dan vitamin pada tubuh terganggu.

Supplement Cadangan - Alfafa & Herbalax

Bakar -Membakar semua lemak yang yang tidak diperlukan oleh tubuh. Almaklumlah lemak-lemak yang telah lama terkumpul dan sebati amat payah di keluarkan. Maka pengunaan Lechitin atau Omega Guard boleh membantu untuk membakar lemak-lemak tersebut.

Supplemet Cadangan - Lechitin berasaskan soya dan Omega Guard pula berasaskan minyak ikan. Bagi tujuan pembakaran lemak-lemak degil. Pengunaan Omega Guard adalah lebih digalakkan.

Bina - Membina semula otot-otot yang telah kehilangan lemak. Sekaligus, mengelakkan otot tersebut kelihatan menggeleber. Ianya juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisma badan. Jadinya apabila metabolisma badan meningkat. Pengumpulan lemak payah nak terjadi.

Supplement cadangan - ESP & Cinch Shake

Berikut pula adalah testimoni mereka yang telah berjaya kurus dan ramping bersama Set Kurus Shaklee

Testimoni 1 : Setelah sebulan lebih BERSHAKLEE dengan SET SLIMMING SHAKLEE. Hasilnya seperti kelihatan didalam gambar


Testimoni 2 : Setelah mengamalkan Lechitin dan Alfafa secara konsisten. Pn Yani memperolehi semula berat badan yang ideal.


 Testimoni 3 : Perbezaan ketara setelah mengamalkan St Slimming Shaklee.


Kesimpulannya, bagi kelihatan ramping dan kurus memerlukan usaha yang berterusan berserta displin diri yang kuat. Apabila hasilnya  memperolehi berat badan idaman pasti sangat mengembirakan. Ditambah pula dengan bertambahnya tahap kesihatan.

Maka dengan itu, Marilah kita kelihatan kurus dan ramping dengan cara yang betul supaya dapat mengekalkan kesihatan diri. Ramping, Cantik dan sihat adalah idaman semua.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.


Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan.  

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews