Sunday, November 13, 2016

Tips Penjagaan Buat Pesakit Stroke atau Lumpuh

Assalamualaikum


Sememangnya perubahan besar akan terjadi apabila seseorang itu mula menghidap penyakit stroke ataupun lumpuh. Daripada seeorang yang aktif, boleh bergerak ke sana sini menjadi seorang yang tidak boleh bergerak. Malah terbaring saja di katil. 

Pastinya kesedihan itu muncul apabila melihat perubahan sebegitu kepada insan tersayang. Tetapi percayalah, anda perlu lebih kuat bermain emosi daripada mereka. Supaya mereka yang sakit itu tidak nampak kesedihan yang anda alami. Kerana mereka memerlukan anda yang sentiasa berada berhampiran mereka.

Perlukan kesabaran yang tinggi bagi menjaga mereka yang sakit ini. Emosi mereka lebih banyak terganggu kerana diakibat perubahan fizikal terhadap diri mereka. Seperti cepat sensitif, cepat merajuk dan juga marah-marah. Maka, kita sebagai penjaga ibu,ayah,abang,adik ataupun kakak yang terkena stoke atau lumpuh ini. Memerlukan sifat sabar yang tinggi. Pupuklah sifat sabar ketika menjaga mereka. Kerana saba anda pada ketika itu, pasti pahala balasannya daripada Allah SWT

Pengurusan masa juga penting ketika menjaga pesakit stroke ataupun lumpuh ini. Dimana anda perlu membuat jadual harian bagi mereka. Kerana mereka tidak mampu menguruskan diri mereka sendiri.Cuma bergantung harap kepada anda yang menjaganya. Sediakan jadual harian seperti tetapkan waktu mandi, sarapan, makan ubat,berriadah ataupun bersosial dan juga exercise

Jangan diabaikan pengambilan ubat-ubatan ataupun supplement bagi pesakit lumpuh ataupun stroke ini. Jadikan pengambilan ubat atau supplement secara teratur. Bawalah mereka melakukan exercise yang teratur. Kadangkala ianya membantu pesakit untuk cergas dan bergerak. Membawa pesakit keluar beriadah ataupun bersiar-siar supaya tidak berlaku kemurungan terhadap pesakit.

Sediakan jadual harian buat pesakit stroke ataupun lumpuh

Ketika ini, pesakit stroke atau lumpuh ini memerlukan sokongan dan bantuan daripada anda. Maka dengan itu, anda perlulah membantu mereka di dalam menjalani latihan pergerakkan, exercise ataupun fisioterapi. Anda boleh belajar serba sedikit tentang pegerakan ataupun exercise supaya dapat membantu mereka bergerak. Latihan fisioterapi dan exercise yang berterusan mampu mengerakkan semula anggota yang terkena stroke dan lumpuh itu. Semuanya dengan izin Allah.

Pastinya wujud perasaan sedih, rendah diri dan kemurungan kepada pesakit stroke atau lumpuh ini. Sebagai penjaga ataupun ahli keluarga yang terdekat. Anda haruslah memupukkan semangat yang positif kepada mereka. Berilah mereka keyakinan dan harapan untuk berjuang terus di dalam meneruskan kehidupan. Jangan dilemparkan mereka dengan kata-kata yang negetif ataupun kata-kata yang kesat. Kasihan dan bantulah mereka. Anda perlu lebih positif dan menunjukan bahawa anda memiliki sifat positif. Bagi memupuk perasaan semangat juang melawan penyakit kepada mereka yang terkena stroke ataupun lumpuh ini.

Menjadi positive di dalam menjaga pesakit stroke atau lumpuh

Kebersihan juga merupakan faktor terpenting bagi menjaga peakit stroke atau lumpuh ini.Kebersihan terhadap pesakit dan juga kebersihan di sekitar rumah. Jika pesakit memakai lampin pakai buang, haruslah kerap di tukar supaya tidak terjadi sebarang kegatalan di kulit pesakit. Perlu kerap menukar cadar di katil pesakit. Memberikan ruang pengcahayaan matahari masuk ke dalam bilik pesakit.

Perlu juga menitik beratkan kebersihan di dalam rumah. Supaya pesakit lumpuh atau stroke ini tidak mudah terkena jangkitan penyakit lain yang diakibatkan oleh persekitaran yang tidak bersih. Anda perlu juga perlu memastikan supaya lantai rumah  ataupun bilik air, tidak licin. Bagi mengelakkan pesakit ini terjatuh. Pendek kata, jauhi mereka daripada perkara-perkara yang boleh membahayakan mereka.

Berdoa dan berdoalah kepada yang Maha Berkuasa, supaya diberikan kesembuhan buat pesakit stroke ataupun lumpuh ini. Semoga diberikan kekuatan dan semangat kepada mereka untuk pulih seperti sediakala. Anda juga perlu berdoa dan berdoa supaya diberkan kesihatan yang baik dan kekuatan mental dan fizikal. Kerana pesakit stroke dan lumpuh ini memerlukan anda untuk menjaga mereka.

Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan

Itulah dia sedikit informasi buat penjagaan pesakit stroke atau lumpuh ini. Di harap informasi ini dapat memberikan manafaat di luar sana. Sedikit informasi ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri yang pernah menjaga ibu yang terkena serangan stroke. Malah selebihnya adalah melalui pembacaan.

Diharap infomasi ini dapat memberi manafaat buat diri sendiri dan anda yang membacanya. 

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews