Friday, December 16, 2016

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah

Assalamualaikum,



Salam Jumaat buat semua. Sekejap je hampir habis seminggu. 2017 pun hampir menyapa beberapa minggu lagi. Hari ini nak bercerita tentang kelebihan surah Al-Waqiah. Pastinya ramai yang sudah mengetahui kelebihan membaca surah ini. 

Namun, ianya tetap menjadi pilihan saya. Untuk membuatkan satu entry tentang surah ini didalam blog ini. Supaya ianya menjadi manafaat kepada saya sendiri dan juga peminat setia blog ini.

Rasullullah bersabda " Sesiapa membiasakan membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Menarikkan, oleh itu marilah kita membacanya setiap malam selepas saja solat Isyak. Dan harus diingat juga. Membaca surah ini. Haruslah ikhlaskan hati untuk beribadat. Jangan hanya fikirkan tentang kekayaan dan kemewahan dan duit. Jika itu yang difikirkan. Tak ikhlas namanya. Allah tak suka dengan orang yang tak ikhlas.

Niatkan juga, apabila kita berada ditahap kemewahan nanti. Supaya dapatlah kita memberi lebih daripada kebiasaan. Buat mereka yang lebih memerlukan.

Niat itu yang harus diutamakan.

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah -1

Ianya merupakan amalan terbaik bagi wanita & gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan.


Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah -2

Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid. Dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah -3

Apabila surah ini dijadikan amalan oleh seseorang pada setiap malam sebanyak satu kali, maka ianya akan terhindar dari kemiskinan

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah - 4

Jika dibaca surah ini disisi mayat ataupun orang sedang nazak. In Sha Allah, dipermudahkan rohnya keluar daripada jasad. 

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah - 5

Boleh juga dijadikan dibacakan kepada ibu yang ingin bersalin ataupun dibacakan kepada orang yang sedang sakit. In Sha Allah, diringankan penderitaan yang dialami.



Begitulah dia serba sedikit kelebihan membaca surah Al-Waqiah ini. Bolehlah dijadikan amalan. Sedikit sebanyak apabila kita membaca surah ini. Ianya membuatkan kita mendekatkan diri dengan ayat-ayat Al-quran. 

Marilah kita bersama-sama beramal secara konsisten dengannya. Semoga bermanafaat buat anda.

Sehingga bertemu lagi di entry akan datang
Kongsikan:

Wednesday, December 14, 2016

Apakah itu Kanser?

Assalamualaikum,



Semasa menaip entry ini. Teringat saya pada seorang sahabat baik sewaktu sekolah dahulu. Seorang yang periang. Jika duduk besembang ataupun study bersama-sama. Pasti tidak kering gusi dibuatnya. Namun, Allah lebih sayangkan beliau. Sehari sebelum Aidilfitri pada tahun ini. Sahabat saya ini, telah pergi di jemput ilahi. kerana di sebabkan KANSER.

Ya, Kanserlah yang menjadi punca utama kematian pada ketika ini. Sekarang ini, ada bemacam-macam jenis kanser. Diantara penyakit kanser yang biasa kita dengar adalah kanser payudara, kanser otak, kanser ovari, kanser paru-paru dan bermacam-macam lagi jenis kanser.  Daripada kanser kulit sehinggalah kanser usus yang merbahayakan kesihatan. Jika tidak dirawat dan tiada pencegahan awal, kanser ini terus menjadi punca kepada kematian.

Penyakit kanser ini tidak mengenal umur, jantina, pangkat dan kedudukan.



Disebabkan itu, marilah kita meningkatkan kesedaran tentang kanser dan mengambil langkah awal dengan mencegah diri daripada terkena daripada penyakit yang bernama kanser ini.

Kanser terjadi disebabkan petumbuhan sel-sel badan yang tidak terkawal. Yang mana sel-sel badan ini tadi mula membiak secara berbeza dan terus berkembang membentuk sel-sel baru yang tidak normal. Sel-sel yang tidak normal ini tebentuk dan menyerang tisu-tisu badan yang lain. Membuatkan sel-sel badan menjadi kanser

Kanser yang terjadi adalah diakibatkan kegagalan sistem imun badan yang tidak befungsi dengan baik. Jika kita mempunyai sistem imun badan yang baik. Pastinya dapat mencegah daripada terjadinya kanser pada tubuh. Selain, daripada mempunyai sistem imun yang lemah. 

Faktor-faktor seperti pencemaran udara, terdedah dengan racun perosak, bahan-bahan perasa di dalam makanan, kekurangan nutrisi di dalam diet seharian dan keturunan. Juga menjadi faktor utama kepada sesorang itu menghidap kanser.


Oleh itu, marilah rakan dan taulan. Kita mengamalkan gaya hidup sihat dan mencegah diri daripada terkena sebarang kanser. Bersama-sama kita mengambil inisiatif menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kesedaran awal yang kita ambil pada hari ini. Pastinya dapat mencegah diri daripada penyakit yang berbahaya ini.

Didoakan juga supaya kita semua terselamat daripada ancaman penyakit kanser yang menjadi punca utama kematian pada hari ini.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang
Kongsikan:

Kebaikan Alfafa Shaklee

Assalamualaikum,



  • Anda ingin kurus, boleh amalkan pengambilan Alfafa Complex
  • Anda ingin membuang toksin di dalam badan, mengamalkan Alfafa Complex adalah jawapannya
  • Anda ingin hilangkan jerawat, boleh juga mengamalkan Alfafa Complex 
  • Anda ingin menghilangkan keputihan, boleh juga mengamalkan Alfafa Complex
  • Anda ingin membanyakkan susu ibu, pastinya dengan mengamalkan Alfafa Complex ini, ianya membantu untuk membanyakkan susu ibu
  • Anda mempunyai masalah keintiman, Alfafa Complex adalah solusinya. Ianya berperanan seperti kacip fatimah bagi wanita


Jika diringkaskan cerita, sememangnya Alfafa Complex ini mengandungi 1001 kebaikan dan juga khasiat. Bukan saja untuk wanita tetapi golongan lelaki juga boleh mengamalkannya. Namun, tidak digalakkan pengambilannya buat ibu yang sedang mengandung dan juga mempunyai darah tinggi.



Alfafa Complex Shaklee ini telah dibangunkan oleh Dr Shaklee pada tahun 1950an lagi yang merupakan "Formula Shaklee Signature" pada ketika itu. 

Pokok Alfafa juga lebih dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Merupakan tumbuhan yang kaya dengan nutrisi dan juga zat galian. Kandungan yang terdapat di dalamnya adalah protin, asid amino, klorofil, serat, 15 jenis zat galian, 10 jenis vitamin, 8 enzim dan Fitokimia.

Penghasilan Alfafa Complex ini, mengunakan pokok Alfafa ( Medicago Sativa) yang ditanam secara oganik di California dengan mengunakan baja yang bebas daripada bahan kimia.Daun-daun pokok Alfafa yang telah matang, akan dikeringkan secara semulajadi dengan udara sebelum ianya menjadi serbuk dan dicompresskan menjadi tablet. Dengan pengawalan mutu dan kualiti yang ketat. Maka, terhasillah tablet Alfafa.

 Dimana setiap tablet Alfafa Shaklee ini mengandungi 300mg Alfafa. Jika memakan 10 biji Alfafa Complex ini khasiatnya seperti meminum segelas susu .

Setelah berkenalan dengan Kebaikan dan Bagaimana Alfafa Complex ini dihasilkan. Marilah kita intai-intai pula testimoni penguna yang telah mengamalkan Alfafa Complex ini.

Testimoni 1: Keputihan menjadi kering dan tumit kaki tiada lagi pecah-pecah. 

Testimoni Alfafa Complex 1 - Keputihan

Testimoni 2 : Mengetatkan faraj dan membantu masalah keintiman

Tsetimoni Alfafa Complex 2 - Masalah keintiman

Testimoni 3 : Menghilangkan masalah Ekzema, resdung dan memekatkan lagi air mani bagi lelaki


Testimoni Alfafa 3 - Merawat masalah Ekzema, resdung dan memekakan air mani

Testimoni 4 - Menghilangkan bau badan 

Testimoni Alfafa 4 - Bebas bau badan
Begitulah sedikit sebanyak infomasi dan testimoni tentang Alfafa Complex ini. Bukan setakat boleh dimakan. Alfafa Shaklee ini juga boleh di gunakan sebagai scrub di muka. Untuk menjadikan kulit muka lebih licin dan berseri. 

Banyakkan manafaat jika mengamalkkannya. Merawat secara dalaman dan juga luaran. Jika diamalkan secara konsisten. Pastinya masalah yang dihadapi berkurangan. Bagi anda yang ingin mengatasi masalah berbagai masalah kesihatan dalaman. Bolehlah mengamalkan Alfafa Complex ini. In Sha Allah dengan izin Allah. Anda berjaya pulih sepenuhnya dengan mengamalkan Alfafa Complex ini.


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan
Kongsikan:

Monday, December 12, 2016

Koleksi Gambar Hiasan Bilik Untuk Anak Lelaki dan Perempuan

Assalamualiakum,

Hari nie kita cerita bab mak-mak sikit yea. Bercerita tentang hiasan ataupun dekorasi bilik untuk anak. Anak-anak yang semakin membesar.  Setiap hari ada saja keletahnya. Kadang-kadang rasa seperti tak cukup tangan untuk menangani keletah mereka. Walaupun penat tapi terhibur. Betul tak, mak-mak sekalian. 

Pejam celik, pejam celik anak- anak sudah pun membesar. Bila melihatkan anak sendiri membesar. Alahai, rasa cepatnya masa berlalu. Rasa seperti semalam je, tapak kaki mereka besar 2 jari. Tapi sekarang. Panjangnya sudahpun sejengkal.

Di sebabkan itu, marilah kita intai-intai dekorasi bilik untuk anak lelaki dan perempuan. Gambar ini saya geogle je. Berangan-angan nak dekorasikan bilik Sufiya dan Muhaimin nanti. Ada rezeki. Bolehlah kita dekorasikan seakan gambar-gambar di bawah.

Tanpa membuang masa. Jomlah kita intai-intai gambar-gambar yang menarik hati itu. Kita tengok dekorasi untuk bilik anak perempuan dulu yea..


Susun atur yang kemas. Part yang paling saya suka rak buku tue. Nampak tersusun je. Kombinasi warna yang
menyerlah dan menarik. Cantikkan?


Nampak kemas. Warna pink dan putih yang melembut tue, rasa menaikkan seri bilik.
Cantik dan Simple. Cair hati dibuatnya.
Jika bilik anak perempuan penuh dengan warna pink. Maknya dah lah suka warna pink. Cair hati dibuatnya. Jom! Tanpa berlengah lagi, kita tengok dekorasi pilihan bilik untuk anak lelaki pula. 

Kemas dan teratur. Tak memerlukan ruang yang besar

Cantik dengan gambar Super hero di dinding. Menarik juga nih.
Simple tapi menarik. Tak kombinasi warna hitam nampak kemas

Menarik..Menarik dan Tertarik..Hati mak jatuh cinta sudah. Memang kecairan hati dibuatnya. Beginilah angan-angan untuk dekorasi bilik anak-anak. Kita kumpulkan dulu idea. Bila sampai masanya, kita deko mengikut kesesuaian dan kegemaran anak-anak. Hehehe. Harap entry ini juga dapat memberi idea kepada kawan-kawan yang ingin mendeko bilik buat anak.


Selamat mendekorasi bilik anak anda. Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

Penapis Air Mudah Alih Yang Boleh Di Bawa Ke Mana Sahaja - Water Pitcher Shaklee

Assalamualaikum,



Jom! minum air bersih. Dimana-mana saja. Rasanya sedap setelah di tapis. Harganya pula tidak mencecah ribuan ringgit. Kos penyelenggaraannya juga, tidak memakan belanja yang besar.

Jom! Kita minum air bersih dimana-mana. Dengan mengunakan Water Pitcher Shaklee. Anda akan memperolehi air yang bersih. Malah, ianya boleh dibawa kemana-mana saja. Untuk dibawa ketika balik ke kampung, di bawa ketika bercuti, di bawa semasa berkelah. 

Apakah itu Water Pitcher Shaklee?

Ianya meupakan sistem penapisan air multipaten yang mengunakan teknologi terbaru. Dengan mengunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air dengan mengurangkan bahan pencemaran di dalam air seperti plumbum, merkuri dan berbagai bendasing sehingga 99%.

Dengan mengunakan karbon yang boleh diisi semula, Walaupun nampak kecil dan boleh dibawa kemana-mana. Pengunaan Water Pitcher ini berupaya menapis sehingga 303 liter air ataupun 80 gelen air bagi setiap penapisan.



Sememangnya banyak kelebihan Water Pitcher ini. 

Jika dari segi keselamatan, Ianya telah pun diiktiraf oleh Persatuan Air (Water Quality Association) kerana berjaya mengurangkan plumbum, klorin dan berbagai lagi bendasing lain.

Manakala dari segi kos pula. Sememangnya menjimatkan kerana ianya hanya memelukan penyelengaraan yang minimum. Tidak perlu memanggil Technician bagi penyelengaraan. Penyelengaraan boleh dilakukan sendiri.

Mempunyai alat gantian yang murah dan juga berpatutan. Harga yang tidak mencecah sehingga ratusan ringgit.Jika dikira, dianggarkan kos bagi mendapatkan air bersih dengan mengunakan Water Pitcher Shaklee adalah hanya RM 15 -RM16 sehari..( Murah dah tu, tak sampai puluhan ringgit pun)

Dari segi kualiti air yang telah ditapis pula. Air yang telah ditapis ini akan menghasilkan air yang lebih sedap rasanya. Bebas daripada rasa klorin. Bebas daripada bahan cemar yang terdapat di dalam air yang tidak kita nampak daripada pandangan mata

 Kadang-kadang selepas meminum air, kita akan rasa perit saja tekakkan. tetapi dengan meminum air tapisan daripada Water Pitcher ini, Rasa perit itu tidak ada sama sekali.

Dan paling BEST mengunakan Water Pitcher ini. Ianya boleh dibawa kemana-mana saja. Pengunaannya yang tidak terhad. Bentuknya seakan jag air. Memudahkan kita membawanya untuk pergi ke mana saja. Jadinya, peluang menikmati air bersih tanpa ragu-ragu boleh didapati dimana-mana saja.

Jom kita lihat, apakata mereka yang telah menguna dan meminum air tapisan Water Pitcher ini.

Apa kata Testimoni 1: 

Air dalam glass kanan tu direct dari paip pagi tadi pukul 6.30. Air dalam glass kiri diect dari paip tapi telah difilter oleh SHAKLEE SET CLEAN WATER PITCHER. Sebab tu lah sebelum ni tak nak minum air paip. Tengok kaler pun dah takut..Huhu tapi sekarang dah tak lagi. Minum air tak masak pun senang hati. Bagi kat Qaid pun laju dia minum..




Apakata Testimoni 2

 Senang giler hidup pakai Water Pitcher, Tidak membazirkan letrik, tidak payah  panggil servis nahal-mahal, nak tukar filter pun tak payah harapkan suami, Boleh buat sendiri. Rasa pun tak payau. Sedap. Boleh dibawa pergi jalan-jalan. Yang penting ,Murah dan berbaloi. Anak takde cirit-birit.


Begitulah kebaikan yang terdapat jika mengunakan Water Pitcher ini. Saya sememangnya amat mengemari air tapisan Water Pitcher ini. Sebab tidak ada rasa klorin. Tekak pun tidak terasa perit selepas meminumnya. Rasa selesa dan nyaman saja tekak nie serta boleh diminum terus tanpa ragu-ragu.

Jom! Minum Air bersih dengan Water Pitcher Shaklee. Air Bersih, Bebas dari pencemaran. Badan sihat, Keluarga sihat. Hidup sihat tanpa sebarang penyakit.


Kongsikan:

Saturday, December 10, 2016

Vitamin C Yang Bagus Diamalkan Setiap Hari

Assalamualaikum,



Jika bercerita tentang vitamin. Mesti ramai diantara kita kurang berminat. Ada yang kata "lecehlah makan vitamin nie", Tak kurang juga ada yang kata "tak makan vitamin pun, saya boleh sihatlah". Ia memang ada benarnya kata-kata diatas.

Tapi, bukankah lebih baik mencegah dari mengubati. Vitamin ini hanya menampung keperluan nutrisi tubuh. Makanya, jika anda sihat ianya akan meningkatkan lagi tahap kesihatan anda. Jika anda mengatakan "leceh atau rumit untuk makan makanan yang berkhasiat. Cuba renung-renungkan semula di tahap kesihatan bagaimanakah yang anda inginkan lima hingga ke sepuluh tahun akan datang.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan ye. Niat dihati hanya membantu anda memperolehi kesihatan yang baik. Bukan untuk menunjuk pandai atau selebihnya..

Sekurang-kurangnya untuk kesihatan tubuh anda. Amalkanlah memakan Vitamin C setiap hari. Vitamin C Sustaines Release Shaklee ini, rasanya tidaklah pahit, Cuma ada rasa masam-masam sedikit saja. Lebih-lebih lagi Vitamin C Shaklee ini dilengkapkan dengan "Citrus Biolavonoids Complex & "Sustained Release System"

Sustain Release System ini membolehkan vitamin itu diserap kedalam tubuh di sepanjang 5 jam bagi memastikan badan mengandungi Vitamin  C ketika diperlukan, yang mana ianya akan dilepaskan secara berperingkat-peingkat.

Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C dengan sendirinya sebab itulah kita memerlukan makanan tambahan untuk melengkapkan Vitamin C di dalam tubuh. Lebih-lebih lagi, Vitamin C ini mudah terhapus dan tersingkir. Maka pengambilannya sememangnya digalakkan.



Bagi yang kerap demam dan selsema. Letih makan paracetamol. Namun, masih lagi kerap demam dan selsema. Boleh ambil Vitamin C ini sehingga 4 biji dan bawalah berehat. In Sha Allah dengan izin Allah. Unsur-unsur demam tadi beransur pulih. Sihat semula. Yang mana salah satu khasiat Vitamin C ini adalah untuk meningkatkan imunisasi badan. Sebab itulah boleh diambil ketika rasa seperti mahu demam.

Selain itu, ia juga mampu mencantikkan kulit. Dengan menghasilkan kolegen untuk kulit. Dengan kolegen yang terbentuk, maka terhasillah kulit yang bersih tanpa jerawat dan putih berseri. Sekaligus, menjaga kulit secara dalaman.

Jika anda ingin tahu, Pengambilan Vitamin C ini juga mampu membantu mengekalkan kolestrol yang sihat, melindungi sel-sel tubuh yang rosak akibat pencemaran dan diet yang tidak seimbang dan juga menyokong kesihatan gigi, tulang, gusi serta salur darah.

Banyakkan khasiatnya. Sebab itulah saya sarankan pengambilan Vitamin C Sustained Release ini buat anda. Untuk kesihatan anda dan keluarga.

 Saya sendiri sudah hampir 4 tahun mengamalkannya. Alhamdulillah sangat-sangat berpuas hati dengan kesannya. Terutama sekali jika terasa seperti mahu demam ataupun selsema. Memang cepat-cepat capai botol Vitamin C ini dan telan sehingga 4 hingga ke 6 biji. Lagipun ianya boleh diamalkan semasa mengandung dan semasa berpantang.

Dan secara ringkasnya, dapat saya katakan Pengambilan vitamin C setiap hari dapat membantu anda memelihara dan mendapatkan hidup yang sihat. 

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang. Ingin dapatkan Vitamin C Sustained Release dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang khasiat dan manafaat yang terdapat di dalamnya. Usahlah segan silu menghubungi saya. 




Kongsikan:

Thursday, December 08, 2016

Supplement untuk Mengatasi Kebas-Kebas Kaki dan Tangan

Assalamualaikum, 

Aduh, payahnya nak bangun. Kaki sudah mula terasa kebas. Tepaksalah duduk semula. Tunggu hilang kebas-kebas kaki ini. Barulah boleh berjalan semula. Jika berjalan ketika kaki sedang kebas-kebas. Jatuh terjelepoklah jawabnya.

Sememangnya selalu terjadi. Apabila duduk lama sedikit, mulalah kaki terasa kebas-kebas. Nak bangun dan berjalan semula. Punyalah payah. Ataupun apabila mengunakan tandas cangkung, terlalu lama sangat mencangkung. Derita sangat rasanya untuk bangun dan berjalan semula. Semuanya itu akibat kebas-kebas kaki yang dialami.

Kawan-kawan pula bagaimana? Pernah terkena kebas-kebas kaki dan tangan tak? 

Salah satu sebab mengapa terjadinya kebas-kebas kaki dan tangan ini adalah kerana kekurangan kalsium di dalam tubuh. Sekiranya anda seorang pengemar susu. Yang mengamalkan minum susu setiap hari.Pastinya masalah kebas-kebas kaki dan tangan ini tidak terjadi. 

Anda tidak mengemari susu? Tidak mengapa, masih lagi berpeluang untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi,

Tidak minum susu setiap hari? Masih lagi punya cara untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi.

Saya pula, seorang yang mengemari susu tetapi tidak rajin untuk meminum dan membancuh susu. Minum susu pun sekali sekala saja. Mungkin sebab itulah kebas-kebas kaki ini sering terjadi pada saya.

Tetapi apa yang saya perasan. Perubahan yang berlaku setelah konsisten mengamalkan Ostematrix Shaklee. Merupakan pil kalsium yang pastinya mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D , Mangan, Zinc & Fosfurus.

 Kebas-kebas kaki seperti sudah tidak lagi menghampiri saya. Sekaligus, tiada sembelit apabila membuang pada waktu pagi. Rasa lawas gitu.

Bagi anda yang ingin mengatasi masalah kebas-kebas kaki, saya sarankan amalkanlah Ostematrix Shaklee ini. Pastinya ada manafaat yang bakal anda perolehi buat tubuh dan kesihatan diri.
Saya sendiri sudah merasai perubahannya setelah mengamalkan Ostematix Shaklee ini. 





Kongsikan:

Thursday, December 01, 2016

Derita Sembelit Ketika Berpantang

Assalamualaikum,


Sembelit ketika berpantang memang salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Rasa ingin membuang tetapi apabila duduk di tandas. Tiada apa yang keluar. Nak diteran, bimbang nanti luka bersalin terkoyak semula. Silap hari bulan terpaksa menyerah diri semula kepada doktor. Untuk dijahit luka bersalin tadi. Eeeee ngerinya. 

Bab jahit-menjahit, sakit dan doktor ini. Saya ini penakut sikit. Bagi saya, cukuplah sekadar menyerah diri pada doktor sewaktu bersalin. Selepas itu, kalau boleh memanglah nak dielakkan.

Ibu-ibu yang sekalian pernah ataupun sedang mengalami alami derita sembelit ketika berpantang?

 Pastinya cerita saya, diatas itu lebih kurang sama dengan pengalaman yang pernah ibu-ibu alamikan. 
Jika diingatkan semula, kalau boleh memang nak dielakkan derita sembelit ketika berpantang ini.

Kebiasaannya terjadinya sembelit ketika berpantang di sebabkan kurangnya pengambilan air. Sewaktu berpantang inilah, banyak air yang berkurangan di dalam tubuh kerana ibu kerap menyusukan bayi. Itulah menyebabkan najis tadi menjadi agak keras.

Di samping itu, kurangnya pengambilan sayur ataupun buah-buahan ketika berpantang. Inipun menjadi punca kepada sembelit ketika berpantang.

Jadinya ibu-ibu sekalian, ingin menjauhi derita sembelit ketika berpantang.

Maka haruslah lebihkan sedikit pengambilan air masak. Tujuannya supaya dapat mengelakkan sembelit ketika berpantang. Sekaligus ,air yang mencukupi di dalam tubuh dapat memperbanyakkan susu ibu. Selain itu, pengambilan sayur yang tidak mempunyai unsur-unsur sejuk seperti sawi ataupun lobak merah. Boleh juga diambil ketika berpantang. 

Manakala buah-buahan pula, ibu berpantang bolehlah memakan buah oren Sunkist ataupun Epal. 

Khasiat buah oren Sunkist ini terdapat vitamin C di dalamnya, sekaligus cepat menyembuhkan luka bersalin.

Jika tanyakan kepada saya, pastinya menu pilihan saya ketika bepantang adalah sup sawi dicampur bersama soo hoon dan lobak merah dan di makan pula bersama beberapa potongan buah oren sunkist. Sedap dan menyelerakan. Cubalah yea..

Dan tidak dilupakan juga, pengambilan 4 biji Ostematrix Shaklee setiap hari. Di ambil sebelum tidur. bagi mengelakkan terjadinya derita sembelit di keesokan paginya.


Ostematrix ini adalah Kalsum Magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Dengan khasiat Magnesium yang terdapat di dalam Ostematix ini, ianya mampu melembutkan najis dan mengalakkan pergerakan najis terus kepada usus besar. 

Di samping itu, Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrix juga bertindak sebagai julap. Yang mampu melembutkan dan mengurangkan ketegangan yang berlaku pada dinding usus dan seterusnya mampu melembutkan dinding usus. Sekaligus, menjadikan proses "membuang" tadi berjaya tanpa menderita akibat sembelit.

Inilah dia gambar ostematrix yang saya ceritakan tadi. 


Selain, daripada melawaskan. Pengambilan Ostematrix ini juga mampu mengelakkan daripada terjadinya kekejangan kaki sewaktu tidur. Sekaligus, ianya mampu melengkapkan keperluan kalsium tubuh buat ibu yang sedang bepantang

Bagi ibu yang ingin menjauhkan diri daripada derita sembelit ketika berpantang. Bolehlah mengamalkan Ostematrix di samping menu-menu berpantang yang lain.

Selamat berpantang buat ibu yang baru melahirkan bayi. Pengalaman berpantang inilah merupakan saat-saat yang tidak boleh dilupakan. Teringat pula, ketika saya berpantangkan Sufiya dan Muhaimi tempohari. :).

Jadikan tempoh berpantang ini pengalaman yang manis buat anda dan jauhilah derita sembelit ketika berpantang.


Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews