Wednesday, December 14, 2016

Apakah itu Kanser?

Assalamualaikum,



Semasa menaip entry ini. Teringat saya pada seorang sahabat baik sewaktu sekolah dahulu. Seorang yang periang. Jika duduk besembang ataupun study bersama-sama. Pasti tidak kering gusi dibuatnya. Namun, Allah lebih sayangkan beliau. Sehari sebelum Aidilfitri pada tahun ini. Sahabat saya ini, telah pergi di jemput ilahi. kerana di sebabkan KANSER.

Ya, Kanserlah yang menjadi punca utama kematian pada ketika ini. Sekarang ini, ada bemacam-macam jenis kanser. Diantara penyakit kanser yang biasa kita dengar adalah kanser payudara, kanser otak, kanser ovari, kanser paru-paru dan bermacam-macam lagi jenis kanser.  Daripada kanser kulit sehinggalah kanser usus yang merbahayakan kesihatan. Jika tidak dirawat dan tiada pencegahan awal, kanser ini terus menjadi punca kepada kematian.

Penyakit kanser ini tidak mengenal umur, jantina, pangkat dan kedudukan.



Disebabkan itu, marilah kita meningkatkan kesedaran tentang kanser dan mengambil langkah awal dengan mencegah diri daripada terkena daripada penyakit yang bernama kanser ini.

Kanser terjadi disebabkan petumbuhan sel-sel badan yang tidak terkawal. Yang mana sel-sel badan ini tadi mula membiak secara berbeza dan terus berkembang membentuk sel-sel baru yang tidak normal. Sel-sel yang tidak normal ini tebentuk dan menyerang tisu-tisu badan yang lain. Membuatkan sel-sel badan menjadi kanser

Kanser yang terjadi adalah diakibatkan kegagalan sistem imun badan yang tidak befungsi dengan baik. Jika kita mempunyai sistem imun badan yang baik. Pastinya dapat mencegah daripada terjadinya kanser pada tubuh. Selain, daripada mempunyai sistem imun yang lemah. 

Faktor-faktor seperti pencemaran udara, terdedah dengan racun perosak, bahan-bahan perasa di dalam makanan, kekurangan nutrisi di dalam diet seharian dan keturunan. Juga menjadi faktor utama kepada sesorang itu menghidap kanser.


Oleh itu, marilah rakan dan taulan. Kita mengamalkan gaya hidup sihat dan mencegah diri daripada terkena sebarang kanser. Bersama-sama kita mengambil inisiatif menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kesedaran awal yang kita ambil pada hari ini. Pastinya dapat mencegah diri daripada penyakit yang berbahaya ini.

Didoakan juga supaya kita semua terselamat daripada ancaman penyakit kanser yang menjadi punca utama kematian pada hari ini.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews