Thursday, December 01, 2016

Derita Sembelit Ketika Berpantang

Assalamualaikum,


Sembelit ketika berpantang memang salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Rasa ingin membuang tetapi apabila duduk di tandas. Tiada apa yang keluar. Nak diteran, bimbang nanti luka bersalin terkoyak semula. Silap hari bulan terpaksa menyerah diri semula kepada doktor. Untuk dijahit luka bersalin tadi. Eeeee ngerinya. 

Bab jahit-menjahit, sakit dan doktor ini. Saya ini penakut sikit. Bagi saya, cukuplah sekadar menyerah diri pada doktor sewaktu bersalin. Selepas itu, kalau boleh memanglah nak dielakkan.

Ibu-ibu yang sekalian pernah ataupun sedang mengalami alami derita sembelit ketika berpantang?

 Pastinya cerita saya, diatas itu lebih kurang sama dengan pengalaman yang pernah ibu-ibu alamikan. 
Jika diingatkan semula, kalau boleh memang nak dielakkan derita sembelit ketika berpantang ini.

Kebiasaannya terjadinya sembelit ketika berpantang di sebabkan kurangnya pengambilan air. Sewaktu berpantang inilah, banyak air yang berkurangan di dalam tubuh kerana ibu kerap menyusukan bayi. Itulah menyebabkan najis tadi menjadi agak keras.

Di samping itu, kurangnya pengambilan sayur ataupun buah-buahan ketika berpantang. Inipun menjadi punca kepada sembelit ketika berpantang.

Jadinya ibu-ibu sekalian, ingin menjauhi derita sembelit ketika berpantang.

Maka haruslah lebihkan sedikit pengambilan air masak. Tujuannya supaya dapat mengelakkan sembelit ketika berpantang. Sekaligus ,air yang mencukupi di dalam tubuh dapat memperbanyakkan susu ibu. Selain itu, pengambilan sayur yang tidak mempunyai unsur-unsur sejuk seperti sawi ataupun lobak merah. Boleh juga diambil ketika berpantang. 

Manakala buah-buahan pula, ibu berpantang bolehlah memakan buah oren Sunkist ataupun Epal. 

Khasiat buah oren Sunkist ini terdapat vitamin C di dalamnya, sekaligus cepat menyembuhkan luka bersalin.

Jika tanyakan kepada saya, pastinya menu pilihan saya ketika bepantang adalah sup sawi dicampur bersama soo hoon dan lobak merah dan di makan pula bersama beberapa potongan buah oren sunkist. Sedap dan menyelerakan. Cubalah yea..

Dan tidak dilupakan juga, pengambilan 4 biji Ostematrix Shaklee setiap hari. Di ambil sebelum tidur. bagi mengelakkan terjadinya derita sembelit di keesokan paginya.


Ostematrix ini adalah Kalsum Magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Dengan khasiat Magnesium yang terdapat di dalam Ostematix ini, ianya mampu melembutkan najis dan mengalakkan pergerakan najis terus kepada usus besar. 

Di samping itu, Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrix juga bertindak sebagai julap. Yang mampu melembutkan dan mengurangkan ketegangan yang berlaku pada dinding usus dan seterusnya mampu melembutkan dinding usus. Sekaligus, menjadikan proses "membuang" tadi berjaya tanpa menderita akibat sembelit.

Inilah dia gambar ostematrix yang saya ceritakan tadi. 


Selain, daripada melawaskan. Pengambilan Ostematrix ini juga mampu mengelakkan daripada terjadinya kekejangan kaki sewaktu tidur. Sekaligus, ianya mampu melengkapkan keperluan kalsium tubuh buat ibu yang sedang bepantang

Bagi ibu yang ingin menjauhkan diri daripada derita sembelit ketika berpantang. Bolehlah mengamalkan Ostematrix di samping menu-menu berpantang yang lain.

Selamat berpantang buat ibu yang baru melahirkan bayi. Pengalaman berpantang inilah merupakan saat-saat yang tidak boleh dilupakan. Teringat pula, ketika saya berpantangkan Sufiya dan Muhaimi tempohari. :).

Jadikan tempoh berpantang ini pengalaman yang manis buat anda dan jauhilah derita sembelit ketika berpantang.


Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews