Friday, December 16, 2016

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah

Assalamualaikum,



Salam Jumaat buat semua. Sekejap je hampir habis seminggu. 2017 pun hampir menyapa beberapa minggu lagi. Hari ini nak bercerita tentang kelebihan surah Al-Waqiah. Pastinya ramai yang sudah mengetahui kelebihan membaca surah ini. 

Namun, ianya tetap menjadi pilihan saya. Untuk membuatkan satu entry tentang surah ini didalam blog ini. Supaya ianya menjadi manafaat kepada saya sendiri dan juga peminat setia blog ini.

Rasullullah bersabda " Sesiapa membiasakan membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Menarikkan, oleh itu marilah kita membacanya setiap malam selepas saja solat Isyak. Dan harus diingat juga. Membaca surah ini. Haruslah ikhlaskan hati untuk beribadat. Jangan hanya fikirkan tentang kekayaan dan kemewahan dan duit. Jika itu yang difikirkan. Tak ikhlas namanya. Allah tak suka dengan orang yang tak ikhlas.

Niatkan juga, apabila kita berada ditahap kemewahan nanti. Supaya dapatlah kita memberi lebih daripada kebiasaan. Buat mereka yang lebih memerlukan.

Niat itu yang harus diutamakan.

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah -1

Ianya merupakan amalan terbaik bagi wanita & gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan.


Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah -2

Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid. Dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah -3

Apabila surah ini dijadikan amalan oleh seseorang pada setiap malam sebanyak satu kali, maka ianya akan terhindar dari kemiskinan

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah - 4

Jika dibaca surah ini disisi mayat ataupun orang sedang nazak. In Sha Allah, dipermudahkan rohnya keluar daripada jasad. 

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah - 5

Boleh juga dijadikan dibacakan kepada ibu yang ingin bersalin ataupun dibacakan kepada orang yang sedang sakit. In Sha Allah, diringankan penderitaan yang dialami.



Begitulah dia serba sedikit kelebihan membaca surah Al-Waqiah ini. Bolehlah dijadikan amalan. Sedikit sebanyak apabila kita membaca surah ini. Ianya membuatkan kita mendekatkan diri dengan ayat-ayat Al-quran. 

Marilah kita bersama-sama beramal secara konsisten dengannya. Semoga bermanafaat buat anda.

Sehingga bertemu lagi di entry akan datang
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews