Monday, December 12, 2016

Koleksi Gambar Hiasan Bilik Untuk Anak Lelaki dan Perempuan

Assalamualiakum,

Hari nie kita cerita bab mak-mak sikit yea. Bercerita tentang hiasan ataupun dekorasi bilik untuk anak. Anak-anak yang semakin membesar.  Setiap hari ada saja keletahnya. Kadang-kadang rasa seperti tak cukup tangan untuk menangani keletah mereka. Walaupun penat tapi terhibur. Betul tak, mak-mak sekalian. 

Pejam celik, pejam celik anak- anak sudah pun membesar. Bila melihatkan anak sendiri membesar. Alahai, rasa cepatnya masa berlalu. Rasa seperti semalam je, tapak kaki mereka besar 2 jari. Tapi sekarang. Panjangnya sudahpun sejengkal.

Di sebabkan itu, marilah kita intai-intai dekorasi bilik untuk anak lelaki dan perempuan. Gambar ini saya geogle je. Berangan-angan nak dekorasikan bilik Sufiya dan Muhaimin nanti. Ada rezeki. Bolehlah kita dekorasikan seakan gambar-gambar di bawah.

Tanpa membuang masa. Jomlah kita intai-intai gambar-gambar yang menarik hati itu. Kita tengok dekorasi untuk bilik anak perempuan dulu yea..


Susun atur yang kemas. Part yang paling saya suka rak buku tue. Nampak tersusun je. Kombinasi warna yang
menyerlah dan menarik. Cantikkan?


Nampak kemas. Warna pink dan putih yang melembut tue, rasa menaikkan seri bilik.
Cantik dan Simple. Cair hati dibuatnya.
Jika bilik anak perempuan penuh dengan warna pink. Maknya dah lah suka warna pink. Cair hati dibuatnya. Jom! Tanpa berlengah lagi, kita tengok dekorasi pilihan bilik untuk anak lelaki pula. 

Kemas dan teratur. Tak memerlukan ruang yang besar

Cantik dengan gambar Super hero di dinding. Menarik juga nih.
Simple tapi menarik. Tak kombinasi warna hitam nampak kemas

Menarik..Menarik dan Tertarik..Hati mak jatuh cinta sudah. Memang kecairan hati dibuatnya. Beginilah angan-angan untuk dekorasi bilik anak-anak. Kita kumpulkan dulu idea. Bila sampai masanya, kita deko mengikut kesesuaian dan kegemaran anak-anak. Hehehe. Harap entry ini juga dapat memberi idea kepada kawan-kawan yang ingin mendeko bilik buat anak.


Selamat mendekorasi bilik anak anda. Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews