Thursday, December 08, 2016

Supplement untuk Mengatasi Kebas-Kebas Kaki dan Tangan

Assalamualaikum, 

Aduh, payahnya nak bangun. Kaki sudah mula terasa kebas. Tepaksalah duduk semula. Tunggu hilang kebas-kebas kaki ini. Barulah boleh berjalan semula. Jika berjalan ketika kaki sedang kebas-kebas. Jatuh terjelepoklah jawabnya.

Sememangnya selalu terjadi. Apabila duduk lama sedikit, mulalah kaki terasa kebas-kebas. Nak bangun dan berjalan semula. Punyalah payah. Ataupun apabila mengunakan tandas cangkung, terlalu lama sangat mencangkung. Derita sangat rasanya untuk bangun dan berjalan semula. Semuanya itu akibat kebas-kebas kaki yang dialami.

Kawan-kawan pula bagaimana? Pernah terkena kebas-kebas kaki dan tangan tak? 

Salah satu sebab mengapa terjadinya kebas-kebas kaki dan tangan ini adalah kerana kekurangan kalsium di dalam tubuh. Sekiranya anda seorang pengemar susu. Yang mengamalkan minum susu setiap hari.Pastinya masalah kebas-kebas kaki dan tangan ini tidak terjadi. 

Anda tidak mengemari susu? Tidak mengapa, masih lagi berpeluang untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi,

Tidak minum susu setiap hari? Masih lagi punya cara untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi.

Saya pula, seorang yang mengemari susu tetapi tidak rajin untuk meminum dan membancuh susu. Minum susu pun sekali sekala saja. Mungkin sebab itulah kebas-kebas kaki ini sering terjadi pada saya.

Tetapi apa yang saya perasan. Perubahan yang berlaku setelah konsisten mengamalkan Ostematrix Shaklee. Merupakan pil kalsium yang pastinya mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D , Mangan, Zinc & Fosfurus.

 Kebas-kebas kaki seperti sudah tidak lagi menghampiri saya. Sekaligus, tiada sembelit apabila membuang pada waktu pagi. Rasa lawas gitu.

Bagi anda yang ingin mengatasi masalah kebas-kebas kaki, saya sarankan amalkanlah Ostematrix Shaklee ini. Pastinya ada manafaat yang bakal anda perolehi buat tubuh dan kesihatan diri.
Saya sendiri sudah merasai perubahannya setelah mengamalkan Ostematix Shaklee ini. 





Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews