Friday, December 22, 2017

Pengalaman Mengunakan Bread Maker



Alhamdulillah. Tercapai juga hajat untuk memiliki bread maker. Terima Kasih yang tidak terhingga buat En Suami yang sudi membelikan bread maker .

 Asalnya minta acah-acah kucing je. Tengok-tengok bersetuju pula dia membelinya.

Sememangnya banyak jenis bread maker yang ada dipasaran. Sehinggakan tidak tahu nak memilih yang mana satu. 

Sekiranya anda ingin memiliki bread maker, perkara yang harus dititik beratkan adalah

1) Penyediaan "warranty daripada kilang" terhadap bread maker tersebut - Al maklumlah, kita tidak tahu berapa lama ianya boleh berfungsi. 

Sekiranya terdapat warranty walaupun setahun. Sekurang-kurangnya bread maker kita masih mampu diselamatkan sekiranya rosak dan menjimatkan kos untuk membaikinya.

2) Function yang terdapat pada bread maker tersebut. Kebanyakan bread maker mempunyai function yang sama iaitu menguli dan membakar roti.

 Alang-alang membeli bread maker, anda boleh ler pilih bread maker yang mempunyai function yang lebih banyak seperti boleh menghasilkan jem, yogurt dan kek. 

Agar nanti dengan satu bread maker saja, berbagai-bagai juadah boleh kita hasilkan.

3) Bajet yang di diperuntukkan untuk membeli bread maker. Bila tengok-tengok kat website lazada. Memang berbagai-bagai jenis bread maker yang terdapat di pasaran

.Harganya pula bermula dari ratusan ringgit sehinggalah ribuan ringgit.

Jadinya, tepuk poket, tanya selera. Macam saya yang beginner ini hanya mampu beli yang ratusan ringgit saja. 

Mungkin bread maker yang ribuan ringgit tue akan saya miliki setelah menjadi pakar dalam pembuatan roti. Angan-angan saja ni.

Pertama kali mengunakan bread maker, memang seronok dan teruja. Berbagai-bagai boleh dihasilkan dengan pengunaan bread maker ini. 

Bukan setakat penghasilan doh roti. Perbagai kuih, jem, yogurt dan dodol pun boleh dihasilkan dengan mengunakan bread maker.

Yang penting sekali di dalam pengunaan bread maker ini. Haruslah mengetahui pengunaan function  yang terdapat pada bread maker tersebut. Sekiranya sudah mahir function tersebut. 

Berbagai-bagai jenis roti, kuih boleh dihasilkan mengunakan bread maker ini.

Saya sendiri pun masih belajar lagi. Masih lagi di tahap Beginner. Setakat ini baru mencuba dua function yang terdapat pada bread maker tersebut.



Percubaan pertama membuat roti. Separuh menjadi separuh lagi keras. Disebabkan tidak mengikut resepi dengan betul.

Percubaan kedua, membuat roti pizza. Hasilnya berbagai bentuk rupanya. Setakat untuk makan bersama keluarga sememangnya boleh diluluskan. Tetapi jika untuk berniaga. masih lagi failed.Hehehe



Percubaan ketiga, membuat donut dan burger Malaysia. Alhamdulillah yang ini  dengan jayanya.

 Walaupun donut saya berbagai bentuk tetapi apabila di rasa. Ianya lembut, gebu, gebas dan gembol sekali.



Seterusnya bagi menghasilkan roti yang cantik mengunakan bread maker,kita haruslah mengetahui cara-cara menyukat bahan-bahan yang terdapat di dalam resepi.

 Seperti saya, sememangnya zero pengalaman di dalam pembuatan roti. Dan sebelum ini memang tidak pernah terlibat lansung di dalam pengunaan yis

. Jadinya, saya memang follow sukatan resepi yang saya salin dan perolehi itu.

Sekali gus, saya juga join group "Geng guna breadmaker" di facebook. Di dalam group tersebut terdiri daripada mereka yang berpengalaman membuat roti dan mengunakan breadmaker. 

Disitulah, saya belajar cara-cara penyediaan roti dan menyalin resepi yang berkaitan dengan roti.

Banyak teknik yang diajar oleh otai-otai yang membuat roti dan penguna breadmaker. 

Jika sebelum ini, saya tidak begitu rajin menyalin resepi. Tetapi sejak join dan sertai group "Geng guna bread maker ini. 

Saya sudahpun mempunyai buku  khas untuk menyimpan resepi-resepi roti yang di dapati dalam group tersebut.



Rupa-rupanya satu kepuasan apabila menyalin resepi, mengikuti sukatan resepi yang di perolehi dan membuat roti sehingga terhasilnya hidangan yang bernama roti.

Yang paling seronok, apabila anak-anak memuji tentang kesedapan roti yang di hasilkan.Kembang kuncup hidung dibuatnya.Hahahaha..

Panjang pula cerita saya tentang bread maker ini. Apapun pengunaan bread maker sememangnya membantu di dalam penghasilan kuih, roti dan sebagainya. 

Sekiranya anda berminat di dalam pembuatan roti dan kuih. Memang saya galakkan untuk memiliki bread maker sebagai gajet di dapur dan memudahkan kerja-kerja menguli doh dan sebagainya.

Nanti kita sambung lagi entry tentang bread maker ye.. Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman saya mengunakan bread maker ini.
Kongsikan:

Thursday, December 21, 2017

Jenis-jenis Psoriasis yang Perlu Kita Ketahui



Psoriasis adalah penyakit kulit yang menyerang kitaran hidup sel-sel kulit. Sehingga menyebabkan sel-sel kulit terbina dengan cepatnya dipermukaan kulit sehingga ia menjadi bersisik yang gatal, tebal, kering dan bertompok serta menyakitkan.

Ada berbagai jenis Psoriasis yang yang wujud. Diantaranya adalah 

1) Psoriasis Plak 

Psoriasis ini menyebabkan kulit kering, timbul plak kemerahan yang diselaputi dengan kulit bersisik. Ianya beserta dengan kegatalan dan kepedihan. 

Berpotensi muncul di sekitar tubuh termasuk kemaluan dan tisu lembut didalam mulut. Jika ditahap kronik, kulit di sekeliling sendi akan merekah dan berdarah


2) Psoriasis Kuku 

Memberi kesan kepada kuku jari dan kaki. Ianya menyebabkan kesan lekuk pada kuku, pertumbuhan kuku abnormal dan warna yang tidak sekata pada kuku. 

Di tahap kronik, boleh menyebabkan kuku menjadi longgar dan berpisah daripada dasar sehingga kuku tersebut  boleh berderai.



3) Psoriasis Kulit Kepala 

Kulit kepala akan muncul dengan bentuk kemerahan,gatal dan bersisik. Penghidapnya akan menyedari terdapatnya kepingan kulit mati pada rambut dan bahu. Terutamanya selepas mengaru kulit kepala.

Kebanyakan pesakit tidak menyedari tentang Psoriasis kulit kepala kerana mereka menyangka itu adalah kelemumur. 



4) Psoriasis Sonsang 

Psoriasis ini terjadi dibahagian ketiak, di bawah payudara dan disekeliling kemaluan. Terjadi dengan tompokan merah halus dan kemerahan pada kulit. 

Kebiasaannya terjadi kepada mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan. Sekiranya berlaku pergeseran diantara bahagian kulit dan berpeluh, pesakit akan mengalami kepedihan.


5) Psoriasis Berpustul

Muncul dalam tompokan yang melebar di bahagian tangan,kaki atau hujung jari. Merebak dengan cepat dengan lepuhan yang bernanah dan kulit kelihatan merah sehinggakan ianya sakit apabila disentuh.

Kulit kelihatan seperti melepuh. Ianya akan mengering di dalam masa sehari dan kembali semula setiap beberapa hari atau minggu. 



6) Psoriasis Eritrodermik

Keseluruhan tubuh seakan kelihatan terkena ruam dan mengelupas kemerahan disertakan dengan rasa gatal dan pedih. 

Boleh terjadi apabila psoriasis yang sebelum ini tidak rawat dengan sebaiknya 


7) Psoriasis Artritis

Menyebabkan kuku berlekuk, warna tidak sekata dan sendi membengkak sehingga menyakitkan. Boleh menyebabkan keradangan dan memberi kesan kepada sendi. 

Boleh menyebabkan sendi menjadi kaku dan kerosakan sendi sehingga membawa kepada kecacatan kekal.


8) Psoriasis Guttate

Terjadi di sebabkan jangkitan bakteria. Kulit diselaputi dengan sisik-sisik kecil dan tidak setebal plak biasa. 

Penghidapnya boleh mengalami erupsi kulit yang akan hilang dengan sendirinya atau berulang. 

Proriasis jenis ini boleh di kenali melalui tanda seperti bentuk titisan air kecil pada badan, lengan, kaki, dan kulit kepala



Jika sebelum ini, saya menyangka cuma ada satu jenis Psoriasis saja. Tetapi setelah membuat pembacaan, terdapat berbagai-bagai jenis Psoriasis yang  boleh menyerang kulit. Ianya menyerang individu tidak mengenal usia dan juga jantina.

Rawatan awal pastinya boleh membantutkan Psoriasis ini daripada merebak. Entry seterusnya nanti, kita akan lihat rawatan-rawatan yang diperlukan oleh pesakit Psoriasis ini.

Moga-moga entry ini bermanafaat buat semua.Jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Wednesday, December 20, 2017

Apakah itu Psoriasis



Sebelum ini memang , saya sendiri tidak tahu apakah itu Psoriasis. Sehinggakan pada satu hari, menonton sebuah rancangan TV yang memaparkan tentang Psoriasis. 

Terdetik hati ingin mengetahui apakah itu tentang Psoriasis dan membuat sedikit pembacaan tentang penyakit ini. Daripada pembacaan saya, terus saja tulis di dalam entry ini dan seterusnya nanti. 

Psoriasis ini merupakan penyakit kulit yang tidak normal dimana bahagian kulit tersebut lebih cepat menebal dari kulit yang normal. Sekaligus berkait dengan ganguan sistem autoimun. Yang merupakan penyakit kulit yang terjadi akibat daripada reaksi sistem imun tubuh.

Kebiasaannya kulit pesakit akan kelihatan seperti bersisik dengan lapisan berwarna perak disertai dengan penebalan kulit.

Bahagian badan yang kebiasaannya terjadi Psoriasis adalah seperti kulit kepala,siku,lutut dan kuku dan tulang. Penyakit ini tidak berjangkit seperti kurap.Walaupun penyakit ini tidak berjangkit tetapi mampu menganggu kestabilan emosi pesakit yang menghidapnya.

Membuatkan pesakit merasa rendah diri, stress, menjauhkan diri daripada bersosial dan malu untuk berhadapan dengan khalayak ramai.

Dianggarkan 2 hingga 3 peratus penduduk Malaysia mengalami Psoriasis termasuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Adakah kita tergolong di dalam golongan ini?

Tanda-tanda anda menghidap Psoriasis

1) Terdapat tompok-tompok merah pada kulit kepala,lutut,siku dan bahagian badan yang lain
2) Gatal pada tahap yang berbeza
3) Kulit menebal yang kelihatan seperti bersisik dan gatal

Dibawah adalah gambar Psoriasis yang terjadi di bahagian badan seperti tangan, kulit kepada, kaki dan seluruh tubuh.



Melihatkannya seakan ngeri. Inikan pula pesakit yang menghidapnya. Pasti tidak tertahan kegatalan dan pedih kulit yang disebabkan Psoriasis yang dialami oleh mereka.


Punca-punca sebenar terjadinya Psoriasis ini masih belum dikenalpasti. Namun secara umumnya penyakit ini sering dikaitkan dengan: 

  • Genetik atau keturunan.

Individu yang mempunyai keturunan ataupun ahli keluarga yang menghidap psoriasis mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini.

  • Sistem autoimun yang terlalu cepat bertindak atau aktif
Apabila sistem autoimun yang cepat bertindak, ia menghasilkan kulit baru dengan pantas daripada biasa. Yang menyebabkan penebalan kepada kulit lama dan terus kelihatan bersisik. Sekaligus kulit lama mengambil masa untuk megelupas.

Punca-punca lain yang sering dikaitkan psoriasis adalah seperti pendedahan kulit kepada sinaran UV, pengambilan alkohol, tabiat merokok, perubahan hormon dan kecedraan pada kulit..


" Menurut Journal of the American of Dermatology menunjukkan bahawa penghidap Psoriasis memiliki risiko yang lebih tinggi untuk terkena penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi aataupun hipertensi."

Oleh sebab itu, penyakit ini tidak boleh dibiarkan membelenggu dan dibiarkan begitu saja. Ianya perlu dirawat dan rawatan yang sebaiknya perlu bagi mengelakkan daripada penyakit ini terus menganggu pesakit yang menghidapinya.
Kongsikan:

Thursday, December 14, 2017

10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan bagi Seorang LELAKI

Assalamualaikum, 


Sebut saja insan yang bernama lelaki. Di dalam sesebuah keluarga insan yang bergelar lelaki ini mempunyai gelaran seperti suami, ayah, abang, adik, datuk ataupun bapa mertua.

Pasti terbayang di mata kita tentang tanggungjawab yang dipikul oleh bahu mereka. Bagi ayah ataupun suami, keluar pagi balik senja demi mencari nafkah buat keluarga.

Bagi adik atau abang, sibuk dengan aktiviti harian setiap masa. Begitu jugalah seorang datuk kepada cucu-cucunya, sibuk melayan kerenah cucu tanpa jemu.

Tanpa kecergasan dan badan yang sihat, bagaimana mereka yang bergelar lelaki ini dapat mengharungi aktiviti- seharian. 

Bagi mengekalkan kecergasan buat seorang yang bernama lelaki haruslah

1. Meningkatkan Pengambilan Protein

Seharusnya mengamalkan pengambilan protein seperti daging tanpa lemak, produk tenusu yang rendah lemak dan protein soya yang berasaskan tumbuhan. 

Kebaikan yang bakal diperolehi adalah
  • Membekalkan tenaga dan stamina yang berpanjangan
  • Memastikan anda berasa lebih kenyang diantara waktu makan
  • Membina dan mengekalkan jisim otot badan



2. Pengambilan Multivitamin Vitalea Selepas Sarapan Pagi


Dengan aktiviti harian yang sibuk dan padat. Kurangnya pengambilan nutrisi yang sihat. Jadinya, pengambilan multivitamin ini dapat memenuhi nutrisi yang berkurangan  didalam tubuh

Kebaikan yang bakal diperolehi adalah
  • Meningkatkan penghasilan tenaga
  • Meningkatkan kesihatan


3. Berkawan baik dengan Vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang terbaik untuk tubuh. Ianya menyokong kesihatan imun tubuh, membantu pembaikan tisu dan melindungi sel-sel daripada radikal bebas. Di dalam masa yang sama meningkatkan kesihatan sperma dan peluang untuk persenyawaan.




4. Konsisten mengamalkan Omega 3

Kebaikan yang bakal diperolehi adalah
  • Mengurangkan Kolestrol Jahat dan trigliserida
  •  Merendahkan risiko penyakit jantung
  •  Membantu meningkatkan kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental
  • Mengalakkan sendi yang kuat

5. Bersenam

Dengan bersenam ia mengalakkan peredaran darah yang sihat daan menjadikan anda sihat dan kuat. Sekaligus sewaktu bersenam badan akan merembaskan enzim endorphin yang membuatkan rasa bahagia.





6. Katakan TIDAK pada rokok

Dengan berhenti daripada tabiat merokok ianya dapat mengurangkan penyakit yang merbahaya. Tambahan pula, ia akan membuatkan anda kelihatan lebih  muda serta dapat berjimat daripada membeli sekotak rokok yang mahal harganya.

7. Pilih Makan Sihat @ Bernutrisi

Banyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat di dalam diet seharian. Diantara makanan berkhasiat yang seharusnya diambil seperti:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Lemak yang sihat
  • Protein tanpa lemak
  • Makanan yang rendah indeks glisemik(GI)
  • Serat


8. Pengambilan Vitamin E setiap hari
  • Memastikan sel-sel badan menjadi lebih sihat dengan membantu memusnahkan radikal bebas
  • Mengalakkan peredaran darah yang sihat dengan meningkatkan kenajalan saluran darah
  • Mengandungi Selenium yang membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma



9. Dapatkan perlindungan Polifenol
  • Kelihatan lebih sihat dan bertenaga dengan pengambilan polifenol setiap hari.
  • Cuma satu sudu ianya dapat mengecas sel –sel badan kepada yang lebih sihat dan bertenaga.
  • Merupakan anti oksidan yang hebat dan bersifat anti radang
  • Mengalakkan peredaran darah yang sihat ke seluruh tubuh



10. Aktif ,  Cergas bersama B-Complex
  • Mengalakkan pengeluaran tenaga dari dalam badan
  • Menambahbaik prestasi dan ketahanan otot
  • Memperbaiki memori dan tindak balas anda
  • Meningkatkan mood dan kesihatan kognitif


Sebarang pertanyaan mengenai supplement, boleh menghubungi saya di talian 017 256 9166
Kongsikan:

Wednesday, December 13, 2017

Apakah itu VIVIX Shaklee?


Sana sini bercerita tentang vivix. Jika scroll pada dinding mukabuku. Pasti banyak yang bercerita tentang minuman yang berkhasiat ini. Tetapi apakah itu sebenarnya Vivix Shaklee. Ada kawan saya panggil, minuman jus delima. Maaf, ya kawan. Ini bukan jus delima.

Ada juga kawan saya kata, ini adalah minuman anggur biasa yang kita dapati dipasaraya atau pasar malam rasanya seakan RIbena. Ya, mungkin nampak seakan ribena kesukaan ramai anak-anak kita. Tetapi ini bukan ribena ya. Jadinya, kena buang tanggapan tersebut jauh-jauh.

Jom baca, di sini saya ceritakan serba sedikit tentang Vivix Shaklee.

Vivix Shaklee merupakan minuman botani yang kaya dengan khasiat dan kebaikan. Vivix merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan yang dipanggil polifenol. 

Sebotol vivix mengandungi 4 campuran botani yang unik terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Campuran botani ini menjadikan sebotol vivix kaya dengan khasiat dan unix.

Gabungan keempat-empat bahan ini, maka terhasillah keupayaan Polyphenols. 

Menurut Kajian makmal campuran polifenol terhadap 4 bahan-bahan ini boleh membantu:

  • Membantu sel-sel anda melindungi dan membaiki DNA serta memerangi radikal bebas. Sekaligus, memastikan sel-sel akan sihat sentiasa
  • Mengoptimumkan prestasi sel dengan pembentukan protein AGE (Advances Glycation End Product). Manakala, Protein AGE dikenali sebagai sikap tidak bertoleransi glukosa dan penuaan selular
  • Meningkatkan tenaga selular, membantu memperbaharui dan menyegarkan semula sel anda 
  • Meningkatkan kesihatan Telemores yang merupakan sebahagian penting daripada sel anda 

Selain daripada polifenol (Polyphenols), Resveratrol juga terdapat di dalam sebotol vivix  bertindak sebagai bahan utama.

Lebih daripada 2500 penerbitan penyelidikan telah dibuat mengenai resveratrol termasuklah kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National of Aging dan agensi yang berkaitan.

Manakala, resveratrol bertindak dengan memelihara sel-sel badan daripada jangkitan virus dan bakteria. Sekaligus, ianya mampu menuetralkan radikal-radikal bebas yang menyerang sel-sel badan kita.

Di dalam satu sudu teh vivix yang kita ambil, mengandungi 100mg resveratrol. Yang semulajadi sehingga 98% ketulenannya.

Sebagai kesimpulannya, Didalam sebotol VIVIX  yang kaya dengan khasiat di panggil Resveratrol & Polyphenols yang telah dibuktikan melalui kajian ianya mempunyai kebaikan seperti

  • berupaya meneutralkan radikal-radikal bebas toksik
  • melambatkan proses penuaan di peringkat selular
  • meningkatkan potensi jangka hayat lebih lama & sihat
 Maka, apabila mempunyai sel-sel badan yang sihat, anda akan merasa manafaat seperti :

  • Kelihatan dan rasa muda tidak kira apa usia
  • Kekal bertenaga sepanjang hari
  • Mencapai kesihatan yang optimum, mempunyai imuniti yang lebih kuat dan berupaya mengurangkan risiko kesihatan berkaitan umur untuk kehidupan di masa akan datang
  • Mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan fungsi system detox

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Begitu juga usia. Sampai masanya kita sampai ke peringkat usia TUA. Yang Sememangnya tidak dapat dielakkan. 

Namun, untuk berusaha supaya di berikan kesihatan yang BAIK di usia tua adalah satu kemestian.

Dengan memilih dan mengamalkan diet yang kaya dengan Polyphenols dan Resveratrol adalah sebagai pilihan. Usaha yang terbaik buat diri, Allah jua yang menentukan segalaNya



Promosi Vivix masih lagi berlansung. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Vivix. Boleh dapatkannya segera. Sementara promosi masih ada. Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai Vivix boleh Whatsapp atau hubungi saya di talian 0172569166. In sha Allah, saya sedia membantu.

Jumpa lagi dientry akan datang.  Kita akan bercerita lagi tentang minuman yang kaya dengan khasiat yang bernama Vivix ini.







Kongsikan:

Wednesday, May 10, 2017

Vitamin C Sustained Release Yang Banyak Khasiatnya..

Assalamualaikum..



Dalam banyak -banyak vitamin.Vitamin C inilah merupakan kegemaran saya.Bukan saya seorang saja tau.Ramai lagi peminat vitamin C ini.

Nak tahu kerana apa?Kerana khasiat dan manafaatnya ler...Harga pun berpatutatan.

Jika sebelum berkenalan dengan Shaklee , saya hanya membeli vitamin C yang terdapat difarmasi.

Bertahun mengamalkkannya.Tidak ada perubahan yang dialami.

Setelah berkenalan dengan  vitamin C Sustained Released Shaklee ini.Barulah manafaatnya terasa.

Kurangnya terkena selsema dan demam.Kulit muka kelihatan lebih cerah,parut jerawat pun pudar dan jerawat pun segan nak singgah.

Itu kesan dan manafaatnya pada diri sendiri..Yang sebenarnya banyak lagi khasiat jika mengamalkan vitamin C ini secara beterusan..

Nak tahu khasiatnya.Meh sini saya cerita kan

1)Ianya membentuk kolegen.Bukan hanya untuk kulit.Tetapi untuk tulang,gusi,tulang rawan dan lutut.

Lutut jika kekurangan kolegen ia akan menjadi punca kepada sikit lutut.Kolegen bertindak sebagai pelincir kepada lutut.

Jika bekalan kolegen cukup.Maka akan berkuranglah bestkan tulang diantara lutut tadi dan akan kuranglah juga sakit lutut.

2)Meningkatkan sistem imun badan.Kalau rasa nak selsema atau demam.Lebih baiklah telan Vitamin C ini cepat- cepat. Supaya nanti tidak terjadi demam dan selsema.

Jika terjadi pun tidaklah sehingga menjadi demam dan selsema yang yg teruk.

3)Mengamalkan Vitamin C Sustained Released ini mengelakkan kulit menjadi kasar dan kering.

4)Mempercepatkan luka pembedahan menjadi kering

5) Menghapuskan radikal bebas yang menjadi punca kepada penyakit merbahaya seperti kanser,jantung dan arthritis.

Sememangnya banyak khasiat vitamin C ini.Jika dihuraikan satu persatu sememangnya entry ini akan panjang berjela-jela.

Apa kata, anda amalkan vitamin C ini dan rasai khasiatnya.Sememangnya berbaloi buat kesihatan dan juga kecantikan diri.

Nak dapatkannya sebotol hari ini.Boleh WhatsApp saya ditalian 0172569166.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang..Pastikan anda mencuba vitamin C Sustained Released hari ini...

Terbaik buat kesihatan dan juga kecantikan.....
Kongsikan:

Thursday, March 16, 2017

Supplement Buat Mangsa Kemalangan Yang Patah Kaki atau Tangan

Assalamualaikum,



Tiada siapa yang ingin terlibat dalam kemalangan.Tetapi,malang tidak berbau.Menyebabkan tercetusnya kemalangan

Pastinya kita sudahpun berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan.Namun,jika sudah takdirnya tertulis.Kita terlibat didalam kemalangan.Maka,ianya tetap akan terjadi.

Tetapi,selagi boleh.Marilah kita mengelakkan diri daripada tercetus dan terlibat di dalamkemalangan.

Hari ini,dapat berita tentang seorang sepupu saya terlibat didalam kemalangan semasa pergi kerja.

Motor yang dibawa, dihimpit oleh sebuah kereta yang menyebabkan beliau terjatuh dan lantas terhantuk pada divider ditepi jalanraya.

Kesan daripada kemalangan itu,tangan kiri beliau patah dan jari kelingking dikaki kiri hancur.Disebabkan jari tadi telahpun hancur,jari tersebut terpaksa dipotong.

Aduh..terperanjat apabila mendengarnya.Bertabahlah sepupuku dengan ujian yang menimpa.Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini.

Disebabkan kejadian tadi,saya mencadangkan pengambilan Set Tulang Patah Shaklee supaya dapat mempercepatkan penyembuhan  daripada kemalangan tadi.

Diantara supplement dan khasiat yang terdapat didalam set ini adalah



ESP- Sebagai sumber protein.Yang boleh membantu sel-sel tulang yang  baru.

Ostematrix- Merupakan sumber kalsium yang kaya dengan magnesium,zink,kuprum,fosforus yang membantu menguatkan tulang.

Boron yang terdapat didalam ostematrix ini,membantu didalam penyembuhan tulang yang patah.

Omega guard-sebagai pelincir kepada sendi dan melancarkan pergerakan.Sekaligus membantu penyembuhan luka

Vitamin C- Meningkatkan sistem imun badan dan membentuk kolegen tulang supaya lebih cepat sembuh.

Supplement ini hanya membantu dalam proses penyembuhan.Walaupun dah ambil supplement setiap hari.

Pengambilan ubat yang disarankan oleh doktor pun perlu diambil.Bagi seiring keperluan ubat dan juga nutrisi bagi tulang yang patah tadi.

Kita cuma berusaha untuk penyembuhan seperti sediakala.Dan berdoa kepadaNya agar penyembuhan menjadi milik kita supaya dapat menjalani kehidupan yang ceria seperti sebelum terjadinya kemalangan.

Saya mendoakan mereka yang mengalami tulang patah dan seangkatan dengannya diberi penyembuhan hendaknya..

Sehingga bertemu lagi,dilain entry...




Kongsikan:

Wednesday, March 15, 2017

Serangan Jantung Yang Menjadi Punca Kematian

Assalamualaikum....



Sedang asyik menonton drama TV, ada pulak adegan seorang anak muda terkena serangan jantung yang mengakibatkan kematian.Alahai, kesiannya.

Sememangnya menjadi dan berkesan lakonan pelakon muda yang berbakat besar itu.Maaflah, saya lupa namanya.Nanti saya ingat,saya tulis ye.

Jika dahulu serangan jantung selalu dikaitkan dengan mereka yang telah berumur.Tetapi sekarang tidak lagi.

Mereka yang muda, seusia saya pun berpotensi untuk mendapatkannya.Almaklumlah, bab pemakanan kita tidak menentu. Banyak makanan segera.Banyak perasa dan pewarna.

Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.Ditambah pula,makanan yang mengandungi bahan pengawet. Yang boleh menyumbang kepada serangan jantung.

Bahaya..bahaya..bahaya..Jom semua kita jaga pemakanan.Jom, sebelum tidur kita malam ini. Kita audit makanan yang telah kita ambil pada waktu siang tadi..

Bagi mengelakkan serangan jantung daripada terjadi.

Mengikut Statistik WHO,Penyakit jantung koronari (serangan jantung & kegagalan jantung ) menduduki tempat pertama diikuti pula oleh stroke pada tangga kedua.

Disebabkan itu, saya nak kongsikan tanda-tanda serangan jantung.Supaya apabila ada tanda-tanda ini terjadi,boleh kita dapatkan rawatan segera diklinik atau hospital yang berhampiran..

Tanda-tanda serangan jantung bakal terjadi kepada anda.....

1) Rasa menyucuk-yucuk dibahagian jantung.Ini terjadi kerana otot jantung tidak berfungsi dengan normal

2) Sakit dibahagian luar dada yang disertakan dengan rasa tegang di bahagian belikat,tangan,leher,lengan dan jari

3) Jantung seperti dipulas dan mencengkam

4) Terasa seperti tercekik dan susah bernafas.

Begitulah dia serba sedikit tanda-tanda serangan jantung bakal terjadi.

Sebagai kesimpulannya.Marilah kit a pelihara jantung yang begitu berharga ini.Ianya seumpama enjin kereta.

Tanpa engine,kereta tidak bernyawa.Begitulah perumpamaan yang boleh diibaratkan.

Kita hanya manusia yang ingin mengelak daripada mendapat penyakit yang kronik.
Kongsikan:

Sunday, March 12, 2017

Darimana datangnya Motivasi

Assalamualaikum...



Biasa kita dengar tentang motivasi.Seseorang yang ingin berubah pastinya perlukan motivasi.Tetapi tahukah kita? Dari mana datangnya motivasi yang sebenar-benarnya..

Motivasi yang membawa perubahan secara berterusan.Yang bukan hanya separuh jalan.

Motivasi itu,datangnya dari dalam dari kita sendiri.Daripada kehendak diri.Daripada keinginan dan niat untuk berubah.Seterusnya berjaya dan terus berjaya.

Daripada keinginan untuk mengubah kehidupan supaya lebih berjaya dan bahagia.

Jika sesuatu yang berlaku didalam keadaan memaksa.Ianya bukan motivasi.Ianya akan bertukar menjadi paksaan.Pasti perubahan akan terhenti diseparuh jalan.Seperti kata pepatah "hangat-hangat najis ayam".Begitulah pepatahnya.

Marilah,kita bertanyakan pada diri.Perubahan apa yang ingin kita laksanakan.Kemudian,berubahlah seiring motivasi yang ada dari dalam diri.

Lantas dengan motivasi dalaman inilah menjadikan kita mampu mengapai impian yang kita mimpikan selama ini.

Selamat mencari dan memiliki motivasi dalaman yang jitu.

Sshingga bertemu di entry seterusnya
Kongsikan:

Friday, February 10, 2017

Cerita Tentang Duit itu Sensitif



Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis di blog ini. Nampak penuh dengan sawang-sawang yang tidak sepatutnya. Sebelum sawangnya bertambah menebal. Lebih baiklah saya taipkan satu entry buat bacaan kalian.

Hari ini nak bercerita tentang duit. Sememangnya besar dan kuatnya pengaruh duit di dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih zaman yang semuanya berbayar ketika ini. Huhuhu sangatlah terasa kecilnya nilai duit itu. Kita bukannya mata duitan tetapi itulah hakikatnya.

Tetapi cerita tentang duit ini sangat- sangat sensitif isunya. Hanya kita saja yang mengetahui bagaimanakah tahap kewangan kita. Jarang sekali ataupun tidak pernah sekali kita menceritakannya kepada orang lain.

Apabila berbicara tentang duit. Haruslah berhati-hati.

Tersalah cakap, Adik beradik boleh bermusuhan, rumah tangga boleh berantakan, kawan baik boleh  menjadi musuh ketat dan anak-beranak boleh bercakaran.

Bahaya..bahaya..bahaya.. Semuanya di sebabkan duit.Semuanya boleh menjadi kucar kacir.

Tetapi janganlah pulak kita menjadi hamba duit. Jika tidak mencukupi,kita usahakan sehingga mencukupi.

Peluang mencari income tambahan terbuka luas. Kita hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya. Bersama Shaklee adalah semestinya. Setiap 15 haribulan pasti ada tambahan amount di dalan akaun bank.

Bisnesnya pun mudah, kualiti produk terjamin, produk halal. Syarikat pun sudah di kenali.

Nak tunggu lagi? Tunggu lama-lama sendiri juga yang rugi. Bagi anda yang tercari-cari untuk mencari pendapatan tambahan. Pertimbangkanlah untuk memulakan perniagaan bersama Team Shaklee saya. In Sha Allah kami bantu anda disepanjang perjalanan bisnes ini.

Ini adalah bisnes kita bersama-sama. Bersama kita kita berjaya membina empayar kecemerlangan di dalam bisnes ini.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

Tuesday, January 10, 2017

Pemecah Lemak Yang Selamat Di Makan & Semulajadi

Assalamualaikum,




Masih lagi bercerita tentang azam tahun baru. Biasalah selagi tak habis bulan Januari. Pastinya ada yang berazam pada tahun 2017 nie. Ingin kelihatan lansing dan kurus. Termasuklah saya sendiri. Tidaklah mahu kurus sangat. Tetapi kalau boleh, nak dapatkan berat badan yang ideal.

Begitulah hajatnya. Exercise sudah, kurangkan makan pun sudah. Tetapi, lemak masih tidak berganjak. Lebih-lebih lagi bahagian perut. Masih lagi menonjol. Degil sungguh lemak-lemak ini rupanya.

Di ketika inilah perlunya Lechitin. Please Lechitin ' Come to Mama". Tunjukkanlah khasiatmu. 

Marilah kita amalkan pengambilan Lechitin setiap hari. Tujuannya adalah untuk memecahkan lemak-lemak degil yang bertepek di badan. Lechitin ini merupakan pemecah lemak semulajadi yang selamat dimakan tanpa was-was.

Dengan mempunyai fungsi pemecah lemak dan mempercepatkan pembakaran lemak untuk mendapatkan kesan perlansingan yang seimbang.

Di dalam masa yang sama, Lechitin juga membantu memulihkan kesihatan hati dan menghalang daripada terjadinya darah tinggi. Serta mampu menghurai toksik di dalam usus. Sekaligus menjadi pelembut kepada najis. Lemak-lemak yang degil tadipun, akan keluar bersama najis.


Dengan konsisten mengamalkan Lechitin. Lemak-lemak degil di badan ini dapat di keluarrkan dan dihapuskan dengan selamat. Sekaligus, kita berjaya mencapai salah satu azam 2017 yang telah kita tuliskan tadi.

Badan menjadi ringan kerana sudah tiada lemak-lemak yang tidak diigini.

Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Monday, January 09, 2017

8 Cara Sihat Seperti Rasullulah S.A.W

Assalamualaikum,


Kadangkala kita tercari-cari cara sihat bagaimana yang harus kita utamakan.Saya sendiri pun,sebenarnya tidak tahu dari mana hendak bermula.

Hajat dihati sememangnya ingin kekal sihat sehinggalah diakhir usia.Salah satu sebabnya nak lihat anak-anak membesar.Dan juga mudah untuk beribadat.Sekaligus,tidaklah bergantung pada sesiapa.

 Sekaligus tidak membebankan anak-anak ataupun insan-insan disekekitar.Begitulah hajatnya.

Oleh kerana itulah,saya menjebakkan diri dengan memakan supplement Shaklee ini.Biar sakit pun takde yang kronik.

Namun,kita cuma berusaha dan mencegah selebihnya ketentuan Allah.

Jadinya, ingin sihat sentiasa.Mari kita tengok cara Rasullulah S.A.W sihat.

1- Selalu Bangun Tidur Sebelum Subuh
2- Aktif Menjaga Kebersihan Diri
3- Tidak Makan Berlebihan
4- Gemar Berjalan Kaki
5- Tidak Menjadi Pemarah
6- Menjadi Seorang Yang Pemaaf
7- Tidak Per ah Iri Hati
8- Optimis Dan Tidak Berputus Asa

Itulah dia lapan point yang menjadi punca idola kita sihat sepanjang masa.Mari kita praktikkan bersama-sama.Disamping,kita mengamalkan sunnahNya.

Kita cuma mahukan yang terbaik buat diri dan insan disekeliling.

Sehingga berjumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Sunday, January 08, 2017

Menghilangkan Kotoran Di Muka Bersama Make Up Removal Shaklee

Assalamualaikum,


Hujung minggu tiba lagi. Biasanya di hujung minggu inilah waktu yang sibuk bagi menghadiri jemputan kenduri. Setiap minggu dikatakan ada saja jemputan kenduri yang di terima. Jika tidak kenduri kahwin, kenduri rakan-rakan ibu atau ayah yang akan pergi menunaikan umrah. Paling tidak pun kenduri kesyukuran dan akikah anak kepada kawan-kawan sepejabat ataupun sewaktu sekolah dulu.

Mereka dah menjemput, rezeki nak makan lauk kenduri. Takkan mahu ditolak pula. Rugi pula rasanya.Lagipun apabila pergi kenduri dapatlah lagi merapatkan sirraturahim, hubungan kekeluargaan. Part yang paling best, apabila berjumpa kawan-kawan lama. Masa itulah segala bagai cerita keluar. Sehinggakan tidak sedar masa berlalu. 

Hujung minggu juga hari yang sibuk sebenarnya. Lebih-lebih lagi banyak aktiviti luar daripada rumah. Apabila sampai ke rumah semula. Muka sudahpun terasa sememeh, melekit dan berminyak. Tengok muka kat cermin. Nampak sememehnya dicampur dengan kepenatan.


Namun begitu, tidak dibiarkan begitu saja. Sebelum tidur. Ambil sedikit Make up Removal Shaklee. Tenyeh-tenyehkan kat muka secara pusaran.  Keluar segala kotoran, daki-daki yang melekat dekat muka. Rasa ringan sedikit kulit muka.

Selepas itu, kita cucikan pula muka dengan Pencuci Muka Nutriwhite. Picit sedikit saja, menghasilkan buih yang banyak. Satu tiub pencuci muka ini pengunaannya lebih sehingga enam bulan. Jenuh nak menghabiskannya. Jimat pun jimat.Sebabnya selagi tak habis takkan nak tukar yang baru.

Kemudian bilaskan dengan air yang bersih. Wah, lega rasanya.Kulit muka yang sememeh tadi terasa segar sekali. Terasa lembut saja. Tetiba saja hilang mengantuk disepanjang perjalanan tadi.


Dan disebabkan mata yang sudah hilang mengantuknya tadi. Maka terhasillah entri ini.

 Bagi anda yang tercari-cari Make up Removal yang menghilangkan segala kotoran diwajah berserta daki-daki degil. Memang direkemenkan dapatkan Make up Removal Shaklee ini. 

Bukan untuk golongan isteri saja boleh mengunakan Make up Removal Shaklee ini. Golongan Suami pun boleh memakainya. Lebih-lebih lagi gologan lelaki nie lagi banyak terdedah dengan habuk,debu dan segala bagai kotoran. Memang sesuai sangatlah gunakan Make up Removal ini.

Nak dijadikan cerita, ada kawan saya menghadiahkan suaminya Make up Removal & Pencuci Muka Nutriwhite ini. Setelah suaminya mengunakan Make Up Removal & Pencuci Muka Nutriwhite ini. Kulit suaminya menjadi bertambah cerah dan jerawat pun makin berkurangan. Dan diceritakan lagi, kawan saya rasa seperti menyesal sebab menghadiahkan suaminya dua produk hebat ini.

Macam-macamkan.  Anda pula bagaimana. Ingin mendapatkan Make up Removal Shaklee dan Pencuci Muka Nutriwhite ataupun rangkaian produk Shaklee yang lain. 

Boleh terus menghubungi saya. In Sha Allah, konsultasi terbaik buat anda akan diberikan.

Sehingga berjumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Friday, January 06, 2017

Sihat dan Cantik Bersama Vivix

Assalamualaikum,


Setiap hari cantik dan sihat adalah diantara topik yang sering dibincangkan diantara saya dan rakan-rakan. Apabila usia mencecah 3 series dua perkara tadi menjadi keutamaan. 

Namun, yang utamanya adalah kesihatan. Dan kecantikan itu pula sebagai bonus. Awet muda pula sebagai bonus tambahan. Jika berjaya memperolehi pakej lengkap iaitu Sihat + Cantik + Awet Muda. Wah, sememangnya sangat-sangat bersyukur.

Pastinya apabila bertemu dengan wanita yang berusia tetapi masih kelihatan cantik dan awet muda,sudah tentulah perbagai soalan dan petua dicungkil dan dikorek. Seronok dan bersemangat nak dapatkan petua. Hajat dihati nak juga sihat dan cantik ketika berusia nanti.

Apabila dirisik-risik. Rupa -rupnya penguna dan peminat setia Vivix setelah 2 tahun.



Perasaan ingin mengetahui rahsia kekal muda dan.sihat ini membuatkan saya teruja. Sekaligus membuatkan saya terasa ingin mengamalkan VIVIX setiap hari.

Mengapa VIVIX? Kerana khasiat di dalamnya dan juga feedback positif daripada mereka yang mengamalkannya. Lebih-lebih lagi Vivix ini selamat diminum,halal dan telahpun menjalani ujian klinikal yang berjaya. Membuatkan boleh diminum untuk kesihatan tanpa was-was.



Dari segi ramuannya pula, Adalah daripada bahan-bahan yang berkhasiat, berkualiti dan bermutu tinggi. Di dalam setiap satu ramuan tersebut mengandungi khasiat terbaik buat kecantikan dan juga kesihatan.


Jadinya memang tiada kesilapan, jika mengambil keputusan untuk mengamalkan VIVIX setiap hari.

Bulan ini, January 2017 adalah Promosi Vivix. Setiap pembelian akan memperolehi penjimatan.


Kongsikan:

Thursday, January 05, 2017

Hilangkan Lingkaran Gelap Dibawah Mata Secara Selamat

Assalamualaikum,


Disebabkan kerap kali tidur lewat. menyebabkan dekat bawah mata ini terbentuknya lingkaran gelap Seakan mata panda.Sehinggakan ada kawan-kawan yang menegur.Ada juga yang agak-agak noty sehinggakan mengelarkan mata panda. "Budak mata panda" itulah gelarannya.

Pada permulaannya memang lucu.Namun apabila kerap sangat dipanggil sebegitu,kecil hati juga dibuatnya.

Tapi itu,bukannya kemahuan diri.Pastinya diri sendiri tidak mahu kelihatan seperti panda. Apatah lagi gelaran-gelaran yang tidak sedap di dengar.

Gabungan pengunaan Ovenight Renewal Whitening Cream & Enfuselle Eye Treatment menjadikan mata
kelihatan segar. Tiada lagi lebam di bawah mata

Namun, setelah menemui krim mata Shaklee. Produk yang sangat unik dan dihasilkan daripada bahan semulajadi.Menyegarkan mata yang letih.Sekaligus mengurangkan lingkaran gelap dibawah mata.Dan akhirnya menjadikan kontur mata kelihatan lebih cantik dan berseri.

Kini, mata menjadi cantik berseri.Tiada lagi mata seakan panda, Garis halus di sekitar mata pun turut serta hilang. Kulit pun menjadi cantik dan tegang.

Dan pula, tiada lagi gelaran lucu yang menghiris hati.Malah ada semakin ramai rakan-rakan mengunakan krim mata Shaklee ini.

Yang memberi gelaran pun turut sama, mengunakan Krim Mata Shaklee ini atau lebih dikenali sebagai Enfuselle Eye Treatment dan Overnight Renewal Whitening Krim.

Bagi anda di luar sana, Pastikan tidak menunggu sehingga mempunyai lingkaran mata gelap seperti mata panda.Cubalah Eye Treatment ini sekarang juga.

Anda pasti mengemari dan jatuh cinta dengan kesan yang diperolehi.


Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews