Sunday, January 08, 2017

Menghilangkan Kotoran Di Muka Bersama Make Up Removal Shaklee

Assalamualaikum,


Hujung minggu tiba lagi. Biasanya di hujung minggu inilah waktu yang sibuk bagi menghadiri jemputan kenduri. Setiap minggu dikatakan ada saja jemputan kenduri yang di terima. Jika tidak kenduri kahwin, kenduri rakan-rakan ibu atau ayah yang akan pergi menunaikan umrah. Paling tidak pun kenduri kesyukuran dan akikah anak kepada kawan-kawan sepejabat ataupun sewaktu sekolah dulu.

Mereka dah menjemput, rezeki nak makan lauk kenduri. Takkan mahu ditolak pula. Rugi pula rasanya.Lagipun apabila pergi kenduri dapatlah lagi merapatkan sirraturahim, hubungan kekeluargaan. Part yang paling best, apabila berjumpa kawan-kawan lama. Masa itulah segala bagai cerita keluar. Sehinggakan tidak sedar masa berlalu. 

Hujung minggu juga hari yang sibuk sebenarnya. Lebih-lebih lagi banyak aktiviti luar daripada rumah. Apabila sampai ke rumah semula. Muka sudahpun terasa sememeh, melekit dan berminyak. Tengok muka kat cermin. Nampak sememehnya dicampur dengan kepenatan.


Namun begitu, tidak dibiarkan begitu saja. Sebelum tidur. Ambil sedikit Make up Removal Shaklee. Tenyeh-tenyehkan kat muka secara pusaran.  Keluar segala kotoran, daki-daki yang melekat dekat muka. Rasa ringan sedikit kulit muka.

Selepas itu, kita cucikan pula muka dengan Pencuci Muka Nutriwhite. Picit sedikit saja, menghasilkan buih yang banyak. Satu tiub pencuci muka ini pengunaannya lebih sehingga enam bulan. Jenuh nak menghabiskannya. Jimat pun jimat.Sebabnya selagi tak habis takkan nak tukar yang baru.

Kemudian bilaskan dengan air yang bersih. Wah, lega rasanya.Kulit muka yang sememeh tadi terasa segar sekali. Terasa lembut saja. Tetiba saja hilang mengantuk disepanjang perjalanan tadi.


Dan disebabkan mata yang sudah hilang mengantuknya tadi. Maka terhasillah entri ini.

 Bagi anda yang tercari-cari Make up Removal yang menghilangkan segala kotoran diwajah berserta daki-daki degil. Memang direkemenkan dapatkan Make up Removal Shaklee ini. 

Bukan untuk golongan isteri saja boleh mengunakan Make up Removal Shaklee ini. Golongan Suami pun boleh memakainya. Lebih-lebih lagi gologan lelaki nie lagi banyak terdedah dengan habuk,debu dan segala bagai kotoran. Memang sesuai sangatlah gunakan Make up Removal ini.

Nak dijadikan cerita, ada kawan saya menghadiahkan suaminya Make up Removal & Pencuci Muka Nutriwhite ini. Setelah suaminya mengunakan Make Up Removal & Pencuci Muka Nutriwhite ini. Kulit suaminya menjadi bertambah cerah dan jerawat pun makin berkurangan. Dan diceritakan lagi, kawan saya rasa seperti menyesal sebab menghadiahkan suaminya dua produk hebat ini.

Macam-macamkan.  Anda pula bagaimana. Ingin mendapatkan Make up Removal Shaklee dan Pencuci Muka Nutriwhite ataupun rangkaian produk Shaklee yang lain. 

Boleh terus menghubungi saya. In Sha Allah, konsultasi terbaik buat anda akan diberikan.

Sehingga berjumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews