Thursday, March 16, 2017

Supplement Buat Mangsa Kemalangan Yang Patah Kaki atau Tangan

Assalamualaikum,



Tiada siapa yang ingin terlibat dalam kemalangan.Tetapi,malang tidak berbau.Menyebabkan tercetusnya kemalangan

Pastinya kita sudahpun berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan.Namun,jika sudah takdirnya tertulis.Kita terlibat didalam kemalangan.Maka,ianya tetap akan terjadi.

Tetapi,selagi boleh.Marilah kita mengelakkan diri daripada tercetus dan terlibat di dalamkemalangan.

Hari ini,dapat berita tentang seorang sepupu saya terlibat didalam kemalangan semasa pergi kerja.

Motor yang dibawa, dihimpit oleh sebuah kereta yang menyebabkan beliau terjatuh dan lantas terhantuk pada divider ditepi jalanraya.

Kesan daripada kemalangan itu,tangan kiri beliau patah dan jari kelingking dikaki kiri hancur.Disebabkan jari tadi telahpun hancur,jari tersebut terpaksa dipotong.

Aduh..terperanjat apabila mendengarnya.Bertabahlah sepupuku dengan ujian yang menimpa.Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini.

Disebabkan kejadian tadi,saya mencadangkan pengambilan Set Tulang Patah Shaklee supaya dapat mempercepatkan penyembuhan  daripada kemalangan tadi.

Diantara supplement dan khasiat yang terdapat didalam set ini adalah



ESP- Sebagai sumber protein.Yang boleh membantu sel-sel tulang yang  baru.

Ostematrix- Merupakan sumber kalsium yang kaya dengan magnesium,zink,kuprum,fosforus yang membantu menguatkan tulang.

Boron yang terdapat didalam ostematrix ini,membantu didalam penyembuhan tulang yang patah.

Omega guard-sebagai pelincir kepada sendi dan melancarkan pergerakan.Sekaligus membantu penyembuhan luka

Vitamin C- Meningkatkan sistem imun badan dan membentuk kolegen tulang supaya lebih cepat sembuh.

Supplement ini hanya membantu dalam proses penyembuhan.Walaupun dah ambil supplement setiap hari.

Pengambilan ubat yang disarankan oleh doktor pun perlu diambil.Bagi seiring keperluan ubat dan juga nutrisi bagi tulang yang patah tadi.

Kita cuma berusaha untuk penyembuhan seperti sediakala.Dan berdoa kepadaNya agar penyembuhan menjadi milik kita supaya dapat menjalani kehidupan yang ceria seperti sebelum terjadinya kemalangan.

Saya mendoakan mereka yang mengalami tulang patah dan seangkatan dengannya diberi penyembuhan hendaknya..

Sehingga bertemu lagi,dilain entry...




Kongsikan:

Wednesday, March 15, 2017

Serangan Jantung Yang Menjadi Punca Kematian

Assalamualaikum....



Sedang asyik menonton drama TV, ada pulak adegan seorang anak muda terkena serangan jantung yang mengakibatkan kematian.Alahai, kesiannya.

Sememangnya menjadi dan berkesan lakonan pelakon muda yang berbakat besar itu.Maaflah, saya lupa namanya.Nanti saya ingat,saya tulis ye.

Jika dahulu serangan jantung selalu dikaitkan dengan mereka yang telah berumur.Tetapi sekarang tidak lagi.

Mereka yang muda, seusia saya pun berpotensi untuk mendapatkannya.Almaklumlah, bab pemakanan kita tidak menentu. Banyak makanan segera.Banyak perasa dan pewarna.

Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.Ditambah pula,makanan yang mengandungi bahan pengawet. Yang boleh menyumbang kepada serangan jantung.

Bahaya..bahaya..bahaya..Jom semua kita jaga pemakanan.Jom, sebelum tidur kita malam ini. Kita audit makanan yang telah kita ambil pada waktu siang tadi..

Bagi mengelakkan serangan jantung daripada terjadi.

Mengikut Statistik WHO,Penyakit jantung koronari (serangan jantung & kegagalan jantung ) menduduki tempat pertama diikuti pula oleh stroke pada tangga kedua.

Disebabkan itu, saya nak kongsikan tanda-tanda serangan jantung.Supaya apabila ada tanda-tanda ini terjadi,boleh kita dapatkan rawatan segera diklinik atau hospital yang berhampiran..

Tanda-tanda serangan jantung bakal terjadi kepada anda.....

1) Rasa menyucuk-yucuk dibahagian jantung.Ini terjadi kerana otot jantung tidak berfungsi dengan normal

2) Sakit dibahagian luar dada yang disertakan dengan rasa tegang di bahagian belikat,tangan,leher,lengan dan jari

3) Jantung seperti dipulas dan mencengkam

4) Terasa seperti tercekik dan susah bernafas.

Begitulah dia serba sedikit tanda-tanda serangan jantung bakal terjadi.

Sebagai kesimpulannya.Marilah kit a pelihara jantung yang begitu berharga ini.Ianya seumpama enjin kereta.

Tanpa engine,kereta tidak bernyawa.Begitulah perumpamaan yang boleh diibaratkan.

Kita hanya manusia yang ingin mengelak daripada mendapat penyakit yang kronik.
Kongsikan:

Sunday, March 12, 2017

Darimana datangnya Motivasi

Assalamualaikum...



Biasa kita dengar tentang motivasi.Seseorang yang ingin berubah pastinya perlukan motivasi.Tetapi tahukah kita? Dari mana datangnya motivasi yang sebenar-benarnya..

Motivasi yang membawa perubahan secara berterusan.Yang bukan hanya separuh jalan.

Motivasi itu,datangnya dari dalam dari kita sendiri.Daripada kehendak diri.Daripada keinginan dan niat untuk berubah.Seterusnya berjaya dan terus berjaya.

Daripada keinginan untuk mengubah kehidupan supaya lebih berjaya dan bahagia.

Jika sesuatu yang berlaku didalam keadaan memaksa.Ianya bukan motivasi.Ianya akan bertukar menjadi paksaan.Pasti perubahan akan terhenti diseparuh jalan.Seperti kata pepatah "hangat-hangat najis ayam".Begitulah pepatahnya.

Marilah,kita bertanyakan pada diri.Perubahan apa yang ingin kita laksanakan.Kemudian,berubahlah seiring motivasi yang ada dari dalam diri.

Lantas dengan motivasi dalaman inilah menjadikan kita mampu mengapai impian yang kita mimpikan selama ini.

Selamat mencari dan memiliki motivasi dalaman yang jitu.

Sshingga bertemu di entry seterusnya
Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews