Wednesday, March 15, 2017

Serangan Jantung Yang Menjadi Punca Kematian

Assalamualaikum....



Sedang asyik menonton drama TV, ada pulak adegan seorang anak muda terkena serangan jantung yang mengakibatkan kematian.Alahai, kesiannya.

Sememangnya menjadi dan berkesan lakonan pelakon muda yang berbakat besar itu.Maaflah, saya lupa namanya.Nanti saya ingat,saya tulis ye.

Jika dahulu serangan jantung selalu dikaitkan dengan mereka yang telah berumur.Tetapi sekarang tidak lagi.

Mereka yang muda, seusia saya pun berpotensi untuk mendapatkannya.Almaklumlah, bab pemakanan kita tidak menentu. Banyak makanan segera.Banyak perasa dan pewarna.

Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.Ditambah pula,makanan yang mengandungi bahan pengawet. Yang boleh menyumbang kepada serangan jantung.

Bahaya..bahaya..bahaya..Jom semua kita jaga pemakanan.Jom, sebelum tidur kita malam ini. Kita audit makanan yang telah kita ambil pada waktu siang tadi..

Bagi mengelakkan serangan jantung daripada terjadi.

Mengikut Statistik WHO,Penyakit jantung koronari (serangan jantung & kegagalan jantung ) menduduki tempat pertama diikuti pula oleh stroke pada tangga kedua.

Disebabkan itu, saya nak kongsikan tanda-tanda serangan jantung.Supaya apabila ada tanda-tanda ini terjadi,boleh kita dapatkan rawatan segera diklinik atau hospital yang berhampiran..

Tanda-tanda serangan jantung bakal terjadi kepada anda.....

1) Rasa menyucuk-yucuk dibahagian jantung.Ini terjadi kerana otot jantung tidak berfungsi dengan normal

2) Sakit dibahagian luar dada yang disertakan dengan rasa tegang di bahagian belikat,tangan,leher,lengan dan jari

3) Jantung seperti dipulas dan mencengkam

4) Terasa seperti tercekik dan susah bernafas.

Begitulah dia serba sedikit tanda-tanda serangan jantung bakal terjadi.

Sebagai kesimpulannya.Marilah kit a pelihara jantung yang begitu berharga ini.Ianya seumpama enjin kereta.

Tanpa engine,kereta tidak bernyawa.Begitulah perumpamaan yang boleh diibaratkan.

Kita hanya manusia yang ingin mengelak daripada mendapat penyakit yang kronik.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews