Friday, December 22, 2017

Pengalaman Mengunakan Bread Maker



Alhamdulillah. Tercapai juga hajat untuk memiliki bread maker. Terima Kasih yang tidak terhingga buat En Suami yang sudi membelikan bread maker .

 Asalnya minta acah-acah kucing je. Tengok-tengok bersetuju pula dia membelinya.

Sememangnya banyak jenis bread maker yang ada dipasaran. Sehinggakan tidak tahu nak memilih yang mana satu. 

Sekiranya anda ingin memiliki bread maker, perkara yang harus dititik beratkan adalah

1) Penyediaan "warranty daripada kilang" terhadap bread maker tersebut - Al maklumlah, kita tidak tahu berapa lama ianya boleh berfungsi. 

Sekiranya terdapat warranty walaupun setahun. Sekurang-kurangnya bread maker kita masih mampu diselamatkan sekiranya rosak dan menjimatkan kos untuk membaikinya.

2) Function yang terdapat pada bread maker tersebut. Kebanyakan bread maker mempunyai function yang sama iaitu menguli dan membakar roti.

 Alang-alang membeli bread maker, anda boleh ler pilih bread maker yang mempunyai function yang lebih banyak seperti boleh menghasilkan jem, yogurt dan kek. 

Agar nanti dengan satu bread maker saja, berbagai-bagai juadah boleh kita hasilkan.

3) Bajet yang di diperuntukkan untuk membeli bread maker. Bila tengok-tengok kat website lazada. Memang berbagai-bagai jenis bread maker yang terdapat di pasaran

.Harganya pula bermula dari ratusan ringgit sehinggalah ribuan ringgit.

Jadinya, tepuk poket, tanya selera. Macam saya yang beginner ini hanya mampu beli yang ratusan ringgit saja. 

Mungkin bread maker yang ribuan ringgit tue akan saya miliki setelah menjadi pakar dalam pembuatan roti. Angan-angan saja ni.

Pertama kali mengunakan bread maker, memang seronok dan teruja. Berbagai-bagai boleh dihasilkan dengan pengunaan bread maker ini. 

Bukan setakat penghasilan doh roti. Perbagai kuih, jem, yogurt dan dodol pun boleh dihasilkan dengan mengunakan bread maker.

Yang penting sekali di dalam pengunaan bread maker ini. Haruslah mengetahui pengunaan function  yang terdapat pada bread maker tersebut. Sekiranya sudah mahir function tersebut. 

Berbagai-bagai jenis roti, kuih boleh dihasilkan mengunakan bread maker ini.

Saya sendiri pun masih belajar lagi. Masih lagi di tahap Beginner. Setakat ini baru mencuba dua function yang terdapat pada bread maker tersebut.



Percubaan pertama membuat roti. Separuh menjadi separuh lagi keras. Disebabkan tidak mengikut resepi dengan betul.

Percubaan kedua, membuat roti pizza. Hasilnya berbagai bentuk rupanya. Setakat untuk makan bersama keluarga sememangnya boleh diluluskan. Tetapi jika untuk berniaga. masih lagi failed.Hehehe



Percubaan ketiga, membuat donut dan burger Malaysia. Alhamdulillah yang ini  dengan jayanya.

 Walaupun donut saya berbagai bentuk tetapi apabila di rasa. Ianya lembut, gebu, gebas dan gembol sekali.



Seterusnya bagi menghasilkan roti yang cantik mengunakan bread maker,kita haruslah mengetahui cara-cara menyukat bahan-bahan yang terdapat di dalam resepi.

 Seperti saya, sememangnya zero pengalaman di dalam pembuatan roti. Dan sebelum ini memang tidak pernah terlibat lansung di dalam pengunaan yis

. Jadinya, saya memang follow sukatan resepi yang saya salin dan perolehi itu.

Sekali gus, saya juga join group "Geng guna breadmaker" di facebook. Di dalam group tersebut terdiri daripada mereka yang berpengalaman membuat roti dan mengunakan breadmaker. 

Disitulah, saya belajar cara-cara penyediaan roti dan menyalin resepi yang berkaitan dengan roti.

Banyak teknik yang diajar oleh otai-otai yang membuat roti dan penguna breadmaker. 

Jika sebelum ini, saya tidak begitu rajin menyalin resepi. Tetapi sejak join dan sertai group "Geng guna bread maker ini. 

Saya sudahpun mempunyai buku  khas untuk menyimpan resepi-resepi roti yang di dapati dalam group tersebut.



Rupa-rupanya satu kepuasan apabila menyalin resepi, mengikuti sukatan resepi yang di perolehi dan membuat roti sehingga terhasilnya hidangan yang bernama roti.

Yang paling seronok, apabila anak-anak memuji tentang kesedapan roti yang di hasilkan.Kembang kuncup hidung dibuatnya.Hahahaha..

Panjang pula cerita saya tentang bread maker ini. Apapun pengunaan bread maker sememangnya membantu di dalam penghasilan kuih, roti dan sebagainya. 

Sekiranya anda berminat di dalam pembuatan roti dan kuih. Memang saya galakkan untuk memiliki bread maker sebagai gajet di dapur dan memudahkan kerja-kerja menguli doh dan sebagainya.

Nanti kita sambung lagi entry tentang bread maker ye.. Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman saya mengunakan bread maker ini.
Kongsikan:

Thursday, December 21, 2017

Jenis-jenis Psoriasis yang Perlu Kita Ketahui



Psoriasis adalah penyakit kulit yang menyerang kitaran hidup sel-sel kulit. Sehingga menyebabkan sel-sel kulit terbina dengan cepatnya dipermukaan kulit sehingga ia menjadi bersisik yang gatal, tebal, kering dan bertompok serta menyakitkan.

Ada berbagai jenis Psoriasis yang yang wujud. Diantaranya adalah 

1) Psoriasis Plak 

Psoriasis ini menyebabkan kulit kering, timbul plak kemerahan yang diselaputi dengan kulit bersisik. Ianya beserta dengan kegatalan dan kepedihan. 

Berpotensi muncul di sekitar tubuh termasuk kemaluan dan tisu lembut didalam mulut. Jika ditahap kronik, kulit di sekeliling sendi akan merekah dan berdarah


2) Psoriasis Kuku 

Memberi kesan kepada kuku jari dan kaki. Ianya menyebabkan kesan lekuk pada kuku, pertumbuhan kuku abnormal dan warna yang tidak sekata pada kuku. 

Di tahap kronik, boleh menyebabkan kuku menjadi longgar dan berpisah daripada dasar sehingga kuku tersebut  boleh berderai.



3) Psoriasis Kulit Kepala 

Kulit kepala akan muncul dengan bentuk kemerahan,gatal dan bersisik. Penghidapnya akan menyedari terdapatnya kepingan kulit mati pada rambut dan bahu. Terutamanya selepas mengaru kulit kepala.

Kebanyakan pesakit tidak menyedari tentang Psoriasis kulit kepala kerana mereka menyangka itu adalah kelemumur. 



4) Psoriasis Sonsang 

Psoriasis ini terjadi dibahagian ketiak, di bawah payudara dan disekeliling kemaluan. Terjadi dengan tompokan merah halus dan kemerahan pada kulit. 

Kebiasaannya terjadi kepada mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan. Sekiranya berlaku pergeseran diantara bahagian kulit dan berpeluh, pesakit akan mengalami kepedihan.


5) Psoriasis Berpustul

Muncul dalam tompokan yang melebar di bahagian tangan,kaki atau hujung jari. Merebak dengan cepat dengan lepuhan yang bernanah dan kulit kelihatan merah sehinggakan ianya sakit apabila disentuh.

Kulit kelihatan seperti melepuh. Ianya akan mengering di dalam masa sehari dan kembali semula setiap beberapa hari atau minggu. 



6) Psoriasis Eritrodermik

Keseluruhan tubuh seakan kelihatan terkena ruam dan mengelupas kemerahan disertakan dengan rasa gatal dan pedih. 

Boleh terjadi apabila psoriasis yang sebelum ini tidak rawat dengan sebaiknya 


7) Psoriasis Artritis

Menyebabkan kuku berlekuk, warna tidak sekata dan sendi membengkak sehingga menyakitkan. Boleh menyebabkan keradangan dan memberi kesan kepada sendi. 

Boleh menyebabkan sendi menjadi kaku dan kerosakan sendi sehingga membawa kepada kecacatan kekal.


8) Psoriasis Guttate

Terjadi di sebabkan jangkitan bakteria. Kulit diselaputi dengan sisik-sisik kecil dan tidak setebal plak biasa. 

Penghidapnya boleh mengalami erupsi kulit yang akan hilang dengan sendirinya atau berulang. 

Proriasis jenis ini boleh di kenali melalui tanda seperti bentuk titisan air kecil pada badan, lengan, kaki, dan kulit kepala



Jika sebelum ini, saya menyangka cuma ada satu jenis Psoriasis saja. Tetapi setelah membuat pembacaan, terdapat berbagai-bagai jenis Psoriasis yang  boleh menyerang kulit. Ianya menyerang individu tidak mengenal usia dan juga jantina.

Rawatan awal pastinya boleh membantutkan Psoriasis ini daripada merebak. Entry seterusnya nanti, kita akan lihat rawatan-rawatan yang diperlukan oleh pesakit Psoriasis ini.

Moga-moga entry ini bermanafaat buat semua.Jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Wednesday, December 20, 2017

Apakah itu Psoriasis



Sebelum ini memang , saya sendiri tidak tahu apakah itu Psoriasis. Sehinggakan pada satu hari, menonton sebuah rancangan TV yang memaparkan tentang Psoriasis. 

Terdetik hati ingin mengetahui apakah itu tentang Psoriasis dan membuat sedikit pembacaan tentang penyakit ini. Daripada pembacaan saya, terus saja tulis di dalam entry ini dan seterusnya nanti. 

Psoriasis ini merupakan penyakit kulit yang tidak normal dimana bahagian kulit tersebut lebih cepat menebal dari kulit yang normal. Sekaligus berkait dengan ganguan sistem autoimun. Yang merupakan penyakit kulit yang terjadi akibat daripada reaksi sistem imun tubuh.

Kebiasaannya kulit pesakit akan kelihatan seperti bersisik dengan lapisan berwarna perak disertai dengan penebalan kulit.

Bahagian badan yang kebiasaannya terjadi Psoriasis adalah seperti kulit kepala,siku,lutut dan kuku dan tulang. Penyakit ini tidak berjangkit seperti kurap.Walaupun penyakit ini tidak berjangkit tetapi mampu menganggu kestabilan emosi pesakit yang menghidapnya.

Membuatkan pesakit merasa rendah diri, stress, menjauhkan diri daripada bersosial dan malu untuk berhadapan dengan khalayak ramai.

Dianggarkan 2 hingga 3 peratus penduduk Malaysia mengalami Psoriasis termasuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Adakah kita tergolong di dalam golongan ini?

Tanda-tanda anda menghidap Psoriasis

1) Terdapat tompok-tompok merah pada kulit kepala,lutut,siku dan bahagian badan yang lain
2) Gatal pada tahap yang berbeza
3) Kulit menebal yang kelihatan seperti bersisik dan gatal

Dibawah adalah gambar Psoriasis yang terjadi di bahagian badan seperti tangan, kulit kepada, kaki dan seluruh tubuh.



Melihatkannya seakan ngeri. Inikan pula pesakit yang menghidapnya. Pasti tidak tertahan kegatalan dan pedih kulit yang disebabkan Psoriasis yang dialami oleh mereka.


Punca-punca sebenar terjadinya Psoriasis ini masih belum dikenalpasti. Namun secara umumnya penyakit ini sering dikaitkan dengan: 

  • Genetik atau keturunan.

Individu yang mempunyai keturunan ataupun ahli keluarga yang menghidap psoriasis mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini.

  • Sistem autoimun yang terlalu cepat bertindak atau aktif
Apabila sistem autoimun yang cepat bertindak, ia menghasilkan kulit baru dengan pantas daripada biasa. Yang menyebabkan penebalan kepada kulit lama dan terus kelihatan bersisik. Sekaligus kulit lama mengambil masa untuk megelupas.

Punca-punca lain yang sering dikaitkan psoriasis adalah seperti pendedahan kulit kepada sinaran UV, pengambilan alkohol, tabiat merokok, perubahan hormon dan kecedraan pada kulit..


" Menurut Journal of the American of Dermatology menunjukkan bahawa penghidap Psoriasis memiliki risiko yang lebih tinggi untuk terkena penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi aataupun hipertensi."

Oleh sebab itu, penyakit ini tidak boleh dibiarkan membelenggu dan dibiarkan begitu saja. Ianya perlu dirawat dan rawatan yang sebaiknya perlu bagi mengelakkan daripada penyakit ini terus menganggu pesakit yang menghidapinya.
Kongsikan:

Thursday, December 14, 2017

10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan bagi Seorang LELAKI

Assalamualaikum, 


Sebut saja insan yang bernama lelaki. Di dalam sesebuah keluarga insan yang bergelar lelaki ini mempunyai gelaran seperti suami, ayah, abang, adik, datuk ataupun bapa mertua.

Pasti terbayang di mata kita tentang tanggungjawab yang dipikul oleh bahu mereka. Bagi ayah ataupun suami, keluar pagi balik senja demi mencari nafkah buat keluarga.

Bagi adik atau abang, sibuk dengan aktiviti harian setiap masa. Begitu jugalah seorang datuk kepada cucu-cucunya, sibuk melayan kerenah cucu tanpa jemu.

Tanpa kecergasan dan badan yang sihat, bagaimana mereka yang bergelar lelaki ini dapat mengharungi aktiviti- seharian. 

Bagi mengekalkan kecergasan buat seorang yang bernama lelaki haruslah

1. Meningkatkan Pengambilan Protein

Seharusnya mengamalkan pengambilan protein seperti daging tanpa lemak, produk tenusu yang rendah lemak dan protein soya yang berasaskan tumbuhan. 

Kebaikan yang bakal diperolehi adalah
  • Membekalkan tenaga dan stamina yang berpanjangan
  • Memastikan anda berasa lebih kenyang diantara waktu makan
  • Membina dan mengekalkan jisim otot badan



2. Pengambilan Multivitamin Vitalea Selepas Sarapan Pagi


Dengan aktiviti harian yang sibuk dan padat. Kurangnya pengambilan nutrisi yang sihat. Jadinya, pengambilan multivitamin ini dapat memenuhi nutrisi yang berkurangan  didalam tubuh

Kebaikan yang bakal diperolehi adalah
  • Meningkatkan penghasilan tenaga
  • Meningkatkan kesihatan


3. Berkawan baik dengan Vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang terbaik untuk tubuh. Ianya menyokong kesihatan imun tubuh, membantu pembaikan tisu dan melindungi sel-sel daripada radikal bebas. Di dalam masa yang sama meningkatkan kesihatan sperma dan peluang untuk persenyawaan.




4. Konsisten mengamalkan Omega 3

Kebaikan yang bakal diperolehi adalah
  • Mengurangkan Kolestrol Jahat dan trigliserida
  •  Merendahkan risiko penyakit jantung
  •  Membantu meningkatkan kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental
  • Mengalakkan sendi yang kuat

5. Bersenam

Dengan bersenam ia mengalakkan peredaran darah yang sihat daan menjadikan anda sihat dan kuat. Sekaligus sewaktu bersenam badan akan merembaskan enzim endorphin yang membuatkan rasa bahagia.





6. Katakan TIDAK pada rokok

Dengan berhenti daripada tabiat merokok ianya dapat mengurangkan penyakit yang merbahaya. Tambahan pula, ia akan membuatkan anda kelihatan lebih  muda serta dapat berjimat daripada membeli sekotak rokok yang mahal harganya.

7. Pilih Makan Sihat @ Bernutrisi

Banyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat di dalam diet seharian. Diantara makanan berkhasiat yang seharusnya diambil seperti:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Lemak yang sihat
  • Protein tanpa lemak
  • Makanan yang rendah indeks glisemik(GI)
  • Serat


8. Pengambilan Vitamin E setiap hari
  • Memastikan sel-sel badan menjadi lebih sihat dengan membantu memusnahkan radikal bebas
  • Mengalakkan peredaran darah yang sihat dengan meningkatkan kenajalan saluran darah
  • Mengandungi Selenium yang membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma



9. Dapatkan perlindungan Polifenol
  • Kelihatan lebih sihat dan bertenaga dengan pengambilan polifenol setiap hari.
  • Cuma satu sudu ianya dapat mengecas sel –sel badan kepada yang lebih sihat dan bertenaga.
  • Merupakan anti oksidan yang hebat dan bersifat anti radang
  • Mengalakkan peredaran darah yang sihat ke seluruh tubuh



10. Aktif ,  Cergas bersama B-Complex
  • Mengalakkan pengeluaran tenaga dari dalam badan
  • Menambahbaik prestasi dan ketahanan otot
  • Memperbaiki memori dan tindak balas anda
  • Meningkatkan mood dan kesihatan kognitif


Sebarang pertanyaan mengenai supplement, boleh menghubungi saya di talian 017 256 9166
Kongsikan:

Wednesday, December 13, 2017

Apakah itu VIVIX Shaklee?


Sana sini bercerita tentang vivix. Jika scroll pada dinding mukabuku. Pasti banyak yang bercerita tentang minuman yang berkhasiat ini. Tetapi apakah itu sebenarnya Vivix Shaklee. Ada kawan saya panggil, minuman jus delima. Maaf, ya kawan. Ini bukan jus delima.

Ada juga kawan saya kata, ini adalah minuman anggur biasa yang kita dapati dipasaraya atau pasar malam rasanya seakan RIbena. Ya, mungkin nampak seakan ribena kesukaan ramai anak-anak kita. Tetapi ini bukan ribena ya. Jadinya, kena buang tanggapan tersebut jauh-jauh.

Jom baca, di sini saya ceritakan serba sedikit tentang Vivix Shaklee.

Vivix Shaklee merupakan minuman botani yang kaya dengan khasiat dan kebaikan. Vivix merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan yang dipanggil polifenol. 

Sebotol vivix mengandungi 4 campuran botani yang unik terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Campuran botani ini menjadikan sebotol vivix kaya dengan khasiat dan unix.

Gabungan keempat-empat bahan ini, maka terhasillah keupayaan Polyphenols. 

Menurut Kajian makmal campuran polifenol terhadap 4 bahan-bahan ini boleh membantu:

  • Membantu sel-sel anda melindungi dan membaiki DNA serta memerangi radikal bebas. Sekaligus, memastikan sel-sel akan sihat sentiasa
  • Mengoptimumkan prestasi sel dengan pembentukan protein AGE (Advances Glycation End Product). Manakala, Protein AGE dikenali sebagai sikap tidak bertoleransi glukosa dan penuaan selular
  • Meningkatkan tenaga selular, membantu memperbaharui dan menyegarkan semula sel anda 
  • Meningkatkan kesihatan Telemores yang merupakan sebahagian penting daripada sel anda 

Selain daripada polifenol (Polyphenols), Resveratrol juga terdapat di dalam sebotol vivix  bertindak sebagai bahan utama.

Lebih daripada 2500 penerbitan penyelidikan telah dibuat mengenai resveratrol termasuklah kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National of Aging dan agensi yang berkaitan.

Manakala, resveratrol bertindak dengan memelihara sel-sel badan daripada jangkitan virus dan bakteria. Sekaligus, ianya mampu menuetralkan radikal-radikal bebas yang menyerang sel-sel badan kita.

Di dalam satu sudu teh vivix yang kita ambil, mengandungi 100mg resveratrol. Yang semulajadi sehingga 98% ketulenannya.

Sebagai kesimpulannya, Didalam sebotol VIVIX  yang kaya dengan khasiat di panggil Resveratrol & Polyphenols yang telah dibuktikan melalui kajian ianya mempunyai kebaikan seperti

  • berupaya meneutralkan radikal-radikal bebas toksik
  • melambatkan proses penuaan di peringkat selular
  • meningkatkan potensi jangka hayat lebih lama & sihat
 Maka, apabila mempunyai sel-sel badan yang sihat, anda akan merasa manafaat seperti :

  • Kelihatan dan rasa muda tidak kira apa usia
  • Kekal bertenaga sepanjang hari
  • Mencapai kesihatan yang optimum, mempunyai imuniti yang lebih kuat dan berupaya mengurangkan risiko kesihatan berkaitan umur untuk kehidupan di masa akan datang
  • Mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan fungsi system detox

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Begitu juga usia. Sampai masanya kita sampai ke peringkat usia TUA. Yang Sememangnya tidak dapat dielakkan. 

Namun, untuk berusaha supaya di berikan kesihatan yang BAIK di usia tua adalah satu kemestian.

Dengan memilih dan mengamalkan diet yang kaya dengan Polyphenols dan Resveratrol adalah sebagai pilihan. Usaha yang terbaik buat diri, Allah jua yang menentukan segalaNya



Promosi Vivix masih lagi berlansung. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Vivix. Boleh dapatkannya segera. Sementara promosi masih ada. Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai Vivix boleh Whatsapp atau hubungi saya di talian 0172569166. In sha Allah, saya sedia membantu.

Jumpa lagi dientry akan datang.  Kita akan bercerita lagi tentang minuman yang kaya dengan khasiat yang bernama Vivix ini.







Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews