Wednesday, December 20, 2017

Apakah itu Psoriasis



Sebelum ini memang , saya sendiri tidak tahu apakah itu Psoriasis. Sehinggakan pada satu hari, menonton sebuah rancangan TV yang memaparkan tentang Psoriasis. 

Terdetik hati ingin mengetahui apakah itu tentang Psoriasis dan membuat sedikit pembacaan tentang penyakit ini. Daripada pembacaan saya, terus saja tulis di dalam entry ini dan seterusnya nanti. 

Psoriasis ini merupakan penyakit kulit yang tidak normal dimana bahagian kulit tersebut lebih cepat menebal dari kulit yang normal. Sekaligus berkait dengan ganguan sistem autoimun. Yang merupakan penyakit kulit yang terjadi akibat daripada reaksi sistem imun tubuh.

Kebiasaannya kulit pesakit akan kelihatan seperti bersisik dengan lapisan berwarna perak disertai dengan penebalan kulit.

Bahagian badan yang kebiasaannya terjadi Psoriasis adalah seperti kulit kepala,siku,lutut dan kuku dan tulang. Penyakit ini tidak berjangkit seperti kurap.Walaupun penyakit ini tidak berjangkit tetapi mampu menganggu kestabilan emosi pesakit yang menghidapnya.

Membuatkan pesakit merasa rendah diri, stress, menjauhkan diri daripada bersosial dan malu untuk berhadapan dengan khalayak ramai.

Dianggarkan 2 hingga 3 peratus penduduk Malaysia mengalami Psoriasis termasuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Adakah kita tergolong di dalam golongan ini?

Tanda-tanda anda menghidap Psoriasis

1) Terdapat tompok-tompok merah pada kulit kepala,lutut,siku dan bahagian badan yang lain
2) Gatal pada tahap yang berbeza
3) Kulit menebal yang kelihatan seperti bersisik dan gatal

Dibawah adalah gambar Psoriasis yang terjadi di bahagian badan seperti tangan, kulit kepada, kaki dan seluruh tubuh.



Melihatkannya seakan ngeri. Inikan pula pesakit yang menghidapnya. Pasti tidak tertahan kegatalan dan pedih kulit yang disebabkan Psoriasis yang dialami oleh mereka.


Punca-punca sebenar terjadinya Psoriasis ini masih belum dikenalpasti. Namun secara umumnya penyakit ini sering dikaitkan dengan: 

  • Genetik atau keturunan.

Individu yang mempunyai keturunan ataupun ahli keluarga yang menghidap psoriasis mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini.

  • Sistem autoimun yang terlalu cepat bertindak atau aktif
Apabila sistem autoimun yang cepat bertindak, ia menghasilkan kulit baru dengan pantas daripada biasa. Yang menyebabkan penebalan kepada kulit lama dan terus kelihatan bersisik. Sekaligus kulit lama mengambil masa untuk megelupas.

Punca-punca lain yang sering dikaitkan psoriasis adalah seperti pendedahan kulit kepada sinaran UV, pengambilan alkohol, tabiat merokok, perubahan hormon dan kecedraan pada kulit..


" Menurut Journal of the American of Dermatology menunjukkan bahawa penghidap Psoriasis memiliki risiko yang lebih tinggi untuk terkena penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi aataupun hipertensi."

Oleh sebab itu, penyakit ini tidak boleh dibiarkan membelenggu dan dibiarkan begitu saja. Ianya perlu dirawat dan rawatan yang sebaiknya perlu bagi mengelakkan daripada penyakit ini terus menganggu pesakit yang menghidapinya.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews