Thursday, December 21, 2017

Jenis-jenis Psoriasis yang Perlu Kita Ketahui



Psoriasis adalah penyakit kulit yang menyerang kitaran hidup sel-sel kulit. Sehingga menyebabkan sel-sel kulit terbina dengan cepatnya dipermukaan kulit sehingga ia menjadi bersisik yang gatal, tebal, kering dan bertompok serta menyakitkan.

Ada berbagai jenis Psoriasis yang yang wujud. Diantaranya adalah 

1) Psoriasis Plak 

Psoriasis ini menyebabkan kulit kering, timbul plak kemerahan yang diselaputi dengan kulit bersisik. Ianya beserta dengan kegatalan dan kepedihan. 

Berpotensi muncul di sekitar tubuh termasuk kemaluan dan tisu lembut didalam mulut. Jika ditahap kronik, kulit di sekeliling sendi akan merekah dan berdarah


2) Psoriasis Kuku 

Memberi kesan kepada kuku jari dan kaki. Ianya menyebabkan kesan lekuk pada kuku, pertumbuhan kuku abnormal dan warna yang tidak sekata pada kuku. 

Di tahap kronik, boleh menyebabkan kuku menjadi longgar dan berpisah daripada dasar sehingga kuku tersebut  boleh berderai.



3) Psoriasis Kulit Kepala 

Kulit kepala akan muncul dengan bentuk kemerahan,gatal dan bersisik. Penghidapnya akan menyedari terdapatnya kepingan kulit mati pada rambut dan bahu. Terutamanya selepas mengaru kulit kepala.

Kebanyakan pesakit tidak menyedari tentang Psoriasis kulit kepala kerana mereka menyangka itu adalah kelemumur. 



4) Psoriasis Sonsang 

Psoriasis ini terjadi dibahagian ketiak, di bawah payudara dan disekeliling kemaluan. Terjadi dengan tompokan merah halus dan kemerahan pada kulit. 

Kebiasaannya terjadi kepada mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan. Sekiranya berlaku pergeseran diantara bahagian kulit dan berpeluh, pesakit akan mengalami kepedihan.


5) Psoriasis Berpustul

Muncul dalam tompokan yang melebar di bahagian tangan,kaki atau hujung jari. Merebak dengan cepat dengan lepuhan yang bernanah dan kulit kelihatan merah sehinggakan ianya sakit apabila disentuh.

Kulit kelihatan seperti melepuh. Ianya akan mengering di dalam masa sehari dan kembali semula setiap beberapa hari atau minggu. 



6) Psoriasis Eritrodermik

Keseluruhan tubuh seakan kelihatan terkena ruam dan mengelupas kemerahan disertakan dengan rasa gatal dan pedih. 

Boleh terjadi apabila psoriasis yang sebelum ini tidak rawat dengan sebaiknya 


7) Psoriasis Artritis

Menyebabkan kuku berlekuk, warna tidak sekata dan sendi membengkak sehingga menyakitkan. Boleh menyebabkan keradangan dan memberi kesan kepada sendi. 

Boleh menyebabkan sendi menjadi kaku dan kerosakan sendi sehingga membawa kepada kecacatan kekal.


8) Psoriasis Guttate

Terjadi di sebabkan jangkitan bakteria. Kulit diselaputi dengan sisik-sisik kecil dan tidak setebal plak biasa. 

Penghidapnya boleh mengalami erupsi kulit yang akan hilang dengan sendirinya atau berulang. 

Proriasis jenis ini boleh di kenali melalui tanda seperti bentuk titisan air kecil pada badan, lengan, kaki, dan kulit kepala



Jika sebelum ini, saya menyangka cuma ada satu jenis Psoriasis saja. Tetapi setelah membuat pembacaan, terdapat berbagai-bagai jenis Psoriasis yang  boleh menyerang kulit. Ianya menyerang individu tidak mengenal usia dan juga jantina.

Rawatan awal pastinya boleh membantutkan Psoriasis ini daripada merebak. Entry seterusnya nanti, kita akan lihat rawatan-rawatan yang diperlukan oleh pesakit Psoriasis ini.

Moga-moga entry ini bermanafaat buat semua.Jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews