Friday, December 22, 2017

Pengalaman Mengunakan Bread Maker



Alhamdulillah. Tercapai juga hajat untuk memiliki bread maker. Terima Kasih yang tidak terhingga buat En Suami yang sudi membelikan bread maker .

 Asalnya minta acah-acah kucing je. Tengok-tengok bersetuju pula dia membelinya.

Sememangnya banyak jenis bread maker yang ada dipasaran. Sehinggakan tidak tahu nak memilih yang mana satu. 

Sekiranya anda ingin memiliki bread maker, perkara yang harus dititik beratkan adalah

1) Penyediaan "warranty daripada kilang" terhadap bread maker tersebut - Al maklumlah, kita tidak tahu berapa lama ianya boleh berfungsi. 

Sekiranya terdapat warranty walaupun setahun. Sekurang-kurangnya bread maker kita masih mampu diselamatkan sekiranya rosak dan menjimatkan kos untuk membaikinya.

2) Function yang terdapat pada bread maker tersebut. Kebanyakan bread maker mempunyai function yang sama iaitu menguli dan membakar roti.

 Alang-alang membeli bread maker, anda boleh ler pilih bread maker yang mempunyai function yang lebih banyak seperti boleh menghasilkan jem, yogurt dan kek. 

Agar nanti dengan satu bread maker saja, berbagai-bagai juadah boleh kita hasilkan.

3) Bajet yang di diperuntukkan untuk membeli bread maker. Bila tengok-tengok kat website lazada. Memang berbagai-bagai jenis bread maker yang terdapat di pasaran

.Harganya pula bermula dari ratusan ringgit sehinggalah ribuan ringgit.

Jadinya, tepuk poket, tanya selera. Macam saya yang beginner ini hanya mampu beli yang ratusan ringgit saja. 

Mungkin bread maker yang ribuan ringgit tue akan saya miliki setelah menjadi pakar dalam pembuatan roti. Angan-angan saja ni.

Pertama kali mengunakan bread maker, memang seronok dan teruja. Berbagai-bagai boleh dihasilkan dengan pengunaan bread maker ini. 

Bukan setakat penghasilan doh roti. Perbagai kuih, jem, yogurt dan dodol pun boleh dihasilkan dengan mengunakan bread maker.

Yang penting sekali di dalam pengunaan bread maker ini. Haruslah mengetahui pengunaan function  yang terdapat pada bread maker tersebut. Sekiranya sudah mahir function tersebut. 

Berbagai-bagai jenis roti, kuih boleh dihasilkan mengunakan bread maker ini.

Saya sendiri pun masih belajar lagi. Masih lagi di tahap Beginner. Setakat ini baru mencuba dua function yang terdapat pada bread maker tersebut.



Percubaan pertama membuat roti. Separuh menjadi separuh lagi keras. Disebabkan tidak mengikut resepi dengan betul.

Percubaan kedua, membuat roti pizza. Hasilnya berbagai bentuk rupanya. Setakat untuk makan bersama keluarga sememangnya boleh diluluskan. Tetapi jika untuk berniaga. masih lagi failed.Hehehe



Percubaan ketiga, membuat donut dan burger Malaysia. Alhamdulillah yang ini  dengan jayanya.

 Walaupun donut saya berbagai bentuk tetapi apabila di rasa. Ianya lembut, gebu, gebas dan gembol sekali.



Seterusnya bagi menghasilkan roti yang cantik mengunakan bread maker,kita haruslah mengetahui cara-cara menyukat bahan-bahan yang terdapat di dalam resepi.

 Seperti saya, sememangnya zero pengalaman di dalam pembuatan roti. Dan sebelum ini memang tidak pernah terlibat lansung di dalam pengunaan yis

. Jadinya, saya memang follow sukatan resepi yang saya salin dan perolehi itu.

Sekali gus, saya juga join group "Geng guna breadmaker" di facebook. Di dalam group tersebut terdiri daripada mereka yang berpengalaman membuat roti dan mengunakan breadmaker. 

Disitulah, saya belajar cara-cara penyediaan roti dan menyalin resepi yang berkaitan dengan roti.

Banyak teknik yang diajar oleh otai-otai yang membuat roti dan penguna breadmaker. 

Jika sebelum ini, saya tidak begitu rajin menyalin resepi. Tetapi sejak join dan sertai group "Geng guna bread maker ini. 

Saya sudahpun mempunyai buku  khas untuk menyimpan resepi-resepi roti yang di dapati dalam group tersebut.



Rupa-rupanya satu kepuasan apabila menyalin resepi, mengikuti sukatan resepi yang di perolehi dan membuat roti sehingga terhasilnya hidangan yang bernama roti.

Yang paling seronok, apabila anak-anak memuji tentang kesedapan roti yang di hasilkan.Kembang kuncup hidung dibuatnya.Hahahaha..

Panjang pula cerita saya tentang bread maker ini. Apapun pengunaan bread maker sememangnya membantu di dalam penghasilan kuih, roti dan sebagainya. 

Sekiranya anda berminat di dalam pembuatan roti dan kuih. Memang saya galakkan untuk memiliki bread maker sebagai gajet di dapur dan memudahkan kerja-kerja menguli doh dan sebagainya.

Nanti kita sambung lagi entry tentang bread maker ye.. Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman saya mengunakan bread maker ini.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews