Monday, January 15, 2018

5 Tips Menjadi Surirumah Yang Berjaya


Menjadi surirumah bukannya satu kesalahan. Walaupun segelintir masyarakat memandang rendah kepada seorang surirumah. Namun hakikatnya, inilah jawatan yang paling murni buat anda yang bergelar surirumah.
Walaupun ada ayat-ayat sentap sering dikeluarkan oleh mereka yang tidak memahami "Belajar sampai Universiti, tetapi akhirnya jadi surirumah juga".Namun, cekalnya hati mereka yang menghadapi kata-kata ini.

Betapa pentingnya jawatan surirumah ini buat sesebuah keluarga. Buat anda yang bergelar surirumah usah sesekali merasa rendah diri . Malah, inilah sebuah tanggungjawab yang lebih bermakna daripada segala jawatan yang ada diluar sana.

Keadaan sesebuah rumah akan lebih terurus dan teratur dengan adanya anda yang boleh digelar sebagai pengurus rumahtangga. 

Dari segi kewangan pula, lebih terurus dan teratur kerana adanya anda yang boleh digelar sebagai menteri kewangan keluarga.

Seandainya anda pandai manafaatkan masa dan peluang yang ada berbagai-bagai aktiviti yang boleh dilakukan walaupun hanya daripada rumah.

Kini, zaman dah canggih, surirumah juga mampu menjana pendapatan seiring dengan mereka yang berjawatan tinggi. Sebelum kita pergi lebih jauh, Jom kita tengok bagaimanakah tips untuk menjadi surirumah yang berjaya.

Tips 1 - Menjadi Surirumah yang Berjaya - Mengetahui Potensi Diri

Setiap dari kita mempunyai potensi yang tersendiri. Cuba renung-renungkan semula, apakah potensi dan kelebihan yang ada pada diri kita. 

Sebagai contoh, anda seorang yang mahir dalam bidang masakan. Mungkin anda boleh memulakan perniagaan masakan dari rumah. 

Dengan cara ini, potensi dan kelebihan yang ada pada anda tidak terbiar dan pupus begitu saja.

Ataupun, memulakan perniagaan online yang tidak memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh berdaftar keahlian Shaklee melalui saya. Modal yang diperlukan hanya RM80 dan bimbingan disertakan buat anda.

Tips 2 - Menjadi Surirumah yang Berjaya  - Membahagikan Tugas Bersama Suami dan anak-anak

Kerja-kerja rumah sememangnya tidak akan pernah putus. Dari pagi sehingga ke malam, ada saja tugas yang belum selesai. Maka, dengan itu cuba agihkan sedikit kerja-kerja rumah kepada suami atau anak-anak anda. 

Contohnya seperti membuang sampah atau membersihkan bilik air. Serba sedikit ia akan memupuk sikap tanggungjawab suami  dan anak-anak terhadap kebersihan dan kerja-kerja rumah yang tersedia ada.

Tips 3 - Menjadi Surirumah yang Berjaya - Menentukan Keutamaan Di dalam Kerja-Kerja rumah

Sebagai surirumah perlu bijak didalam pengunaan dan pembahagian masa. Letakkan keutamaan kepada aktiviti yang lebih penting daripada penting. 

Selesaikan terlebih dahulu kerja yang dianggap lebih penting dengan masa yang minima agar lebih banyak kerja-kerja rumah yang lain dapat diselesaikan. Sekaligus, membezakan pekerjaan yang harus diselesaikan dengan segera atau tidak.

Kesilapan meletakkan keutamaan didalam melakukan kerja-kerja rumah akan mengakibatkan banyak kerja-kerja rumah yang lain tertangguh dan memberikan risiko yang berbeza.

Tips 4 - Menjadi Surirumah yang Berjaya - Bijak Menguruskan Emosi

Usah sesekali terdetik di dalam hati anda bahawa kerja-kerja dirumah ini adalah berat dan membebankan.Jika ini yang ada di dalam fikiran anda, maka ia akan mempengaruhi psikologi anda dan menjadikan setiap perkerjaan  yang anda lakukan itu terasa berat dan memenatkan.

Mulalah membuat kerja-kerja rumah dengan bijak membuat perancangan. Sebaiknya anda mempunyai jadual harian yang tetap bagi mencapai hasil yang maksimum.

Pupuklah rasa seronok dan gembira kerana ini adalah peluang yang ada untuk anda berbakti kepada suami dan anak-anak demi sebuah keluarga yang disayangi. Tidak semua diantara kita berpeluang menjadi surirumah yang boleh berbakti kepada keluarga.

Tips 5 - Menjadi Surirumah yang Berjaya - Mahir Menguruskan Perbelanjaan Keluarga 

Sebagai surirumah seharusnya mahir di dalam menguruskan perbelanjaan keluarga.Usah biarkan perbelanjaan melebihi pendapatan yang diperolehi dari suami. Sekiranya kesilapan didalam perbelanjaan terjadi. Ini akan mengakibatkan kedudukan kewangan keluarga menjadi kucar kacir.

Biasakan, berbelanja mengikut keperluan, bukannya nafsu semata. Membuat tabungan bulanan buat semua ahli keluarga. Merancang perbelanjaan dapur dengan sebaiknya dan mengajar anak-anak untuk bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Kesimpulannya, bagi anda yang memilih untuk menjadi surirumah. Ini adalah sebuah pengorbanan yang tinggi nilainya. Demi membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri. Demi sesebuah keluarga yang disayangi. Anda sanggup berkorban masa dan tenaga dan segalanya

Saya sebenarnya bangga dengan anda yang bergelar seorang surirumah kerana anda mengalas tanggungjawab yang besar demi keluarga dan sessinya. Ini bukannya satu pilihan yang salah buat anda. 

Peluang dan kejayaan sentiasa ada walau didalam apa pun bidang yang kita ceburi. Ambil peluang dan gunakan sepenuhnya. Pasti berjaya juga satu hari nanti.

Semoga anda yang bergelar surirumah terus success dan diberikan kesihatan yang baik dalam menguruskan rumahtangga.




Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews