Sunday, January 14, 2018

Informasi Tentang Bayaran Fidyah



Kedua-dua anak saya dilahirkan pada bulan Ramadhan. Anak yang sulung iaitu Sufiya, dilahirkan pada Ramadhan 2013. Manakala Muhaimin pula, dilahirkan pada Ramadhan 2015. Rezeki anak-anak dilahirkan pada bulan Ramdhan.

Sememangnya apabila mengandung dan bersalin pada bulan Ramdhan ini ada banyak pengalaman yang diperolehi.

Diantaranya, sukar untuk mencari  kedai makanan diwaktu makan tengahari.Sekali sekala, singgah juga kedai mamak untuk membeli makanan. Walupun saya sendiri, tidak begitu mengemari makanan yang disediakan di kedai mamak. Tetapi disebabkan tiada pilihan. Terpaksa juga ler membelinya.

Kadang-kadang ada juga singgah di Drive Thru restoren-restoren makanan segera untuk mendapatkan bekalan makanan tengahari. Malu pun ada, Tapi apakan daya, tidak dapat menahan rasa lapar semasa sedang sarat mengandung. Sehinggakan mengigil keseluruhan badan.

Ada juga meminta pertolongan kepada rakan non muslim, memesan makanan segera melalui telefon untuk perkhidmatan penghantaran.Hehehe bila diimbas kembali. Itulah diantara salah satu, pengalaman manis apabila sarat mengandung dan melahirkan anak-anak pada bulan Ramdhan.

Dan yang paling tidak dilupakan mengantikan puasa selama sebulan. Memang memberikan pengalaman yang sangat-sangat bererti kepada diri. Sekaligus mengajak saya mencari sedikit maklumat dan informasi tentang bayaran fidyah yang harus dibayar.

Bersama-sama ini saya kongsikan sedikit info mengenai bayaran fidyah yang harus kita ketahui.

Pengertian Fidyah


Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada)bulan Ramdhan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai satu pemberian sebahagian harta (makanan ) kepada fakir miskin.

Fidyah yang disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan

Sebab-sebab dikenakan Fidyah

Dibahagikan kepada 2 keadaan iaitu

a) Wajib membayar fidyah sahaja

i) Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh dan golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali

ii) Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

b. Wajib qada' puasa dan fidyah

i) Wanita hamil dengan syarat dibimbangi akan keselamatan keatas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.Golongan ini dikehendaki membayar fidyah dan guna mengqada'kan puasa yang ditinggalkan


ii) Ibu yang menyusukan anak dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu.Maka baginya mengqada'kan puasa yang ditinggalkannya itu serta membayar fidyah.

iii) Mereka yang melambatkan qada' puasanya hingga telah melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah  dan juga wajib mengantikan puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Kadar Fidyah


Kadar fidyah puasa  adalah mengikut Mazhab Syafi'e ialah satu cupak beras atau nilai 1/4 daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan dan fidyah puasa ini digandakan sekiranya puasa yang tertinggal itu tidak diqada hingga masuk bulan Ramadhan yang baru.

Contoh 1:

Pada tahun 2009, kadar zakat fitrah RM6.50 (berdasarkan nilai gantang beras atau bersamaan 2.751 kilogram)

1 gantang  bersamaan 4 cupak beras
Nilai satu gantang bersamaan RM 6.50 (berdasarkan zakat fitrah pada tahun 2009)

Kadar fidyah 1 hari pula bersamaan dengan RM6.50 dibahagikan dengan 4, Maka jumlah yang di perolehi untuk sehari adalah RM1.63 sehari.

Contoh 2: 

Jika seseorang wanita meninggalkan puasa selama 5 hari disebabkan keuzuran pada tahun 1428H dan mengqadakannya selepas Ramadhan 1430H

Cara pengiraannya adalah 

Bilangan hari yang ditinggalkan  X bilangan tahun ditinggalkan X kadar fidyah

Fidyah yang dikenakan                       = 5 hari X 2 tahun X RM1.63 
Jumlah fidyah yang diperlu dibayar    =  RM 16.30

Pengagihan Fidyah

Segala pembayaran Fidyah adalah dalam bentuk wang. Pembayaran fidyah boleh dibuat disemua kaunter pusat zakat berhampiran dengan anda.

Segala wang fidyah yang diterima akan diagihkan kepada golongan fakir miskin berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud:

...dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin (al-baqarah :184)

Rasullullah s.a.w bersabda mafhumnya: Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan Fidyah dan diberikan kepada fakir dan miskin. (Riwayat at-Tirmizi)

Hasil kutipan bayaran fidyah akan diserahkan kepada pihak Baitulmal untuk pengagihan kepada fakir miskin.

Itulah dia serba sedikit informasi mengenai pembayaran fidyah yang ingin saya kongsikan buat anda. Informasi ini saya perolehi daripada pamphlet yang saya dapati daripada puzat zakat Negeri Sembilan.

Sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi terus pusat zakat yang terhampir dengan anda. 

Semoga informasi yang saya sertakan ini dapat memberi manafaat buat kita semua. Jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews