Wednesday, February 28, 2018

5 Punca Yang Menyebabkan Seseorang Itu Menjadi Pelupa



Alamak, Macamana boleh terlupa nie. Tertinggal pulak fail tue kat rumah. File penting untuk mesyuarat petang nanti. Aduhai, disaat-saat begini boleh terlupa pulak.

Nak dikatakan sudah berumur?  Masih lagi belia remaja. Tetapi tahap pelupa mengalahkan mereka yang berumur pulak.

Memang tak boleh dibiarkan begini. Jika berlarutan memang padah dibuatnya. 

Pernah tak anda mengalami masalah lupa. Mesti pernahkan. Kadang-kala ianya kerap terjadi. Dan apabila ianya terjadi sedikit sebanyak menimbulkan massalah bagi aktiviti seharian.

Sekiranya di pejabat, Lupa nak menghadiri mesyuarat. Merupakan satu kesilapan yang agak besar. Boleh membuatkan ketua menjadi marah.

Sekiranya di rumah,  lupa nak tutup api di dapur, Lagilah bahaya. Boleh mengundang kebakaran..Bahaya..Bahaya,, dan sangat-sangat bahaya....

Jangan dibiarkan sifat pelupa nie. Sikap yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri kita sendiri dan juga mereka yang berada disekekeliling kita.

Sebelum menjadi-jadi sifat pelupa kepada yang lebih parah. Jom kita intai punca yang menjadikan seseorang itu menjadi pelupa.

Sebab 1 - Kerja Yang Tidak Bersistematik.

Tidak merancang kerja dengan sebaiknya. Kerja yang dibuat tidak tersusun dan berjadual. Dan ditambah pula pengurusan masa yang tidak betul.

 Kerja-kerja yang penting tidak diletakkan di dalam kalendar ataupun nota sebagai panduan.

Cadangan.. Sediakan sebuah buku nota atau planner. Kemudian, senaraikan kerja-kerja yang harus dilaksanakan menikut keutamaan.



Sebab 2 - Terlalu Banyak Berfikir

Disebabkan terlalu banyak berfikir pun boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa. Dengan kerja lambakan kerja yang tidak menentu dan membuatkan lupa untuk menyelesaikan kerja yang lebih penting.

Fikiran menjadi tidak fokus dan keliru. Sehinggakan tidak tahu yang mana satu harus diselesaikan terlebih dahulu.

Cadangan.. Selesauikan kerja satu persatu mengikut keutamaan. Focus kepada sesuatu perkara dan laksanakan sesuatu dengan sempurna sehingga selesai.

Sebab 3 - Rehat Yang Tidak Mencukupi

Apabila rehat tidak mencukupi, membuatkan otak menjadi letih dan tidak dapat berfikir dengan rasional. Membuatkan semua perkara diminda hilang dan menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa.

Cadangan.. Pastikan mendapatkan rehat secukupnya didalam menjalani aktiviti seharian. Jika terlalu sibuk, peruntukan cuma 5-10 minit untuk berehat sebentar sambil menikmati minuman kegemaran.



Sebab 4 - Kecuaian Sendiri

Pastinya sifat lupa ini tidak boleh dipandang remeh. Lantas, kitatidak boleh meletakkan semuanya diatas kesalahan orang lain. Kadangkala, kerana kecuaian sendiri yang menjadikan kita menjadi seorang pelupa. Sikap ambil mudah terhadap sesuatu perkara dan tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Cadangan.. Menjadi seorang yang lebih peka dengan keadaan sekeliling. Cara mudah, letakkan "sticky note" yang mengingatkan kepada sesuatu perkara di tempat yang mudah dilihat.

Sebab 5 - Tekanan

Memang tidak dinafikan, apabila stress otak tidak dapat berfikir dengan baik. Terlalu banyak perkara yang membebankan fikiran. Dan berbagai masalah yang dihadapi harus diselesaikan.

Dengan bebanan tekanan yang dialami boleh juga membuatkan seseirang itu menjadi pel

Ok, kita dah mengetahui punca-punca yang menjadikan seseorang itu pelupa, Maka, marilah kita mengatasi sifat pelupa ini agar ianya tidak menganggu gugat aktiviti seharian kita.

Bersama-sama kita elakkan dan jauhi sifat pelupa ini. Agar hari-hari kita lebih produktif dan bersemangat.

Selamat menjalani hari-hari yang produktif buat anda. Moga-moga dijauhkan dengan sifat pelupa. Walaupun ia sifat pelupa ini kelihatan agak tidak penting tetapi apabila sifat pelupa  tadi menjadi parah ia mampu mengundang bahaya dan mempu meragut nyawa dan keselamatan diri dan keluarga..

Nyahkan sifat pelupa dari dalam diri.............






Kongsikan:

Tuesday, February 27, 2018

Supplement Untuk Tulang Bagi Yang Mereka Tidak Mengemari Susu



Sendi-sendi manusia terdiri daripada tulang. Tanpa tulang yang tumbuh dengan sempurna akan menimbulkan kecacatan atau ketidakseimbangan pada badan.

Manakala, semakin hari usia semakin bertambah. Membuatkan tulang semakin menipis dan rapuh. Jika dibiarkan akan menjadi punca kepada Osteoporosis.

Apabila tulang menjadi rapuh membuatkan tulang menjadi lebih mudah retak dan juga patah. Bagi memastikan tulang tidak mudah rapuh ataupun patah. Keadaan tulang itu haruslah padat dengan dan tumpat dengan kalsium dan juga fosforus.

Tetapi bagaimana untuk mendapatkan tulang yang padat dengan kalsium, sedangkan saya tidak meminum susu? Lantas, dapat mengelakkan daripada terkenanya Osteoporosis.

Usah bimbang, usah khuatir. Kita ikhtiarkan dengan pengambilan supplement yang semulajadi, berkesan dan selamat diamalkan setiap hari. Dan pastinya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Di dalam set produk rangkaian Shaklee ini terdapat supplement yang boleh membantu anda untuk menguatkan tulang bagi mengelakkan daripada terjadinya tulang yang rapuh, mudah patah mahupun Osteoporosis.

Supplement Shaklee Untuk Tulang Bagi Yang Tidak Mengemari Susu

Vivix 


Kandungan Vivix yang kaya dengan antioksidan berupaya membaiki sel-sel tubuh sehingga ke peringkat DNA. Sebagai tambahan, berperanan sebagai pengahalang kepada radikal bebas untuk merosakkan sel-sel tubuh.

Kaya dengan Resveratrol sekaligus mampu menjaga kesihatan jantung, otak dan sistem imun. 

Sekaligus meningkatkan kesihatan sendi.


ESP


Merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh secara keseluruhannya. Mengandungi asid amino penting yang perlu bagi keperluan perbagai organ manusia termasuk tulang.

Berperanan membantu pembentukan tulang. Memperbaiki sel-sel badan dan mengantikan sel-sel tulang yang telah rosak.

Ostematrix




Merupakan sumber kalsium yang lengkap mengandungi Magnesium, Vitamin D, Boron, Kopper dan Zinc

Mengandungi vitamin D yang mampu menyerap kalsium secara optimum ke dalam darah dan tulang. Kalsium dan magnesium di dalam ostematrix pula berperanan mengekalkan dang memguatkan lagi kesihatan tulang.

Minyak Ikan Omega Guard 




Mengandungi Lemak Omega 3 yang berperanan meningkatkan ketahanan tulang. Mampu memelihara pergerakan sendi yang membuatkan pergerakan sendi menjadi lebih lancar.

Sebagai tambahan, ia membantu memelihara funsi-fungsi sendi dengan lebih efectif. Bertindak sebagai pelincir dan membekalkal kolegen yang baik buat sendi-sendi dan pergerakan tulang,

Bagi pesakit gout, supplement ini membantu mengawal keradangan dengan lebih baik.

Pengunaan 4 supplement diatas iaitu Vivix, ESP, Ostematrix dan Minyak Ikan Omega Guard adalah digalakkan buat anda. Namun, anda masih boleh memilih supplement yang sesuai untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan anda.

Supplement ini juga sesuai bagi mereka yang mengalami patah tulang atau keretakan tulang semasa kemalangan jalan raya ataupun jatuh.

Anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami sebagai pengedar Shaklee?

Dengan berlatar belakang syarikat yang KUKUH, Bersama kualiti Produk yang terjamin, berkesan dan selamat digunakan. Permintaan produk yang cukup tinggi serta pulangan yang berbaloi seperti untung runcit, bonus bulanan, percutian dan juga konvensyen tahunan. 

Saya memerlukan anda sebagai pengedar yang berada di seluruh negara termasuk Sabah dan Serawak. Termasuk juga negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee kami, boleh hubungi saya ditalian 017-2569166. Kehadiran dan penglibatan anda amat kami alu-alukan.

Kongsikan:

Thursday, February 22, 2018

Tips Mengatasi Morning Sickness



Morning sickness dan kehamilan memang tidak dapat dipisahkan. Kebiasaannya ianya terjadi diperingkat awal kehamilan. Kebiasaanya terjadi pada waktu pagi. Namun, ada ketikanya morning sickness ini terjadi di dalam keadaan yang tidak menentu masanya.

Setiap kali mengandung, pasti berbeza pengalamannya. Maka, morning sickness juga bergantung kepada pembawakan bayi dan kesihatan ibu yang mengandung pada ketika itu. 

Bagi bakal ibu yang mengandung buat pertama kali, usah khuatir jika  mengalami morning sickness. Ini adalah merupakan satu pengalaman manis semasa mengandung anak pertama. Yang mungkin akan anda ingati dihari -hari seterusnya.

Kebiasaanya, morning sickness ini akan hilang pada akhir trimester pertama.

Bagi membantu ibu-ibu yang menghadapi morning sickness. Di sini saya sertakan sedikit tips mengatasi morning sickness. 

TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #1

 Memang tidak dinafikan sewaktu mengandung kerap merasa lapar. Namun ibu perlu bijak mengawal dan memilih makanan supaya tidak terasa mual di tekak dan memuntahkan semua makanan yang diambil. 

Dengan itu, ibu yang mengandung perlulah mengambil makanan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap pengambilannya.


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #2

Pilihlah makanan yang tinggi karbohidrat dan protein supaya dapat mengatasi rasa mual yang terjadi.


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #3

Sewaktu bangun dari tidur, jangan terburu-buru. Duduk dahulu dan kemudian bangun perlahan-lahan. Jika anda berasa sangat mual ketika bangun dari tidur pagi. Siapkan snek atau biskut di tempat tidur supaya dapat memakan snek tersebut sebelum berdiri.


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #4

Hindari makanan yang berlemak, berminyak, pedas yang akan menambahkan lagi rasa mual


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #5

Minum air secukupnya. Jika muntah semakin menjadi-jadi minumlah air putih ataupun jus. Hindari minuman yang berkafein dan berkarbonat


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #6

 Jika terasa mual untuk meminum susu, cuba cari susu yang berperisa coklat atau strawberi yang boleh membuka selera


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #7

 Luangkan sedikit masa untuk bersantai dan berehat seperti mendengarkan muzik, membaca buku yang berkaitan dengan bayi dan majalah.

 Elakkan stress kerana ianya tidak membantu untuk menghilangkan rasa mual.

Sekiranya morning sickness menyebabkan anda tidak dapat minum atau makan secara berterusan sebaiknya pergi mendapatkan nasihat doktor. 

Itulah dia serba sedikit tips tentang mengatasi morning sickness yang boleh dikongsikan bersama. Agar ia bermanafaat buat anda. Moga-moga dipermudahkan segala urusan disepanjang tempoh kehamilan dan diberikan kesihatan yang baik buat anda dan bayi.

Sehingga berjumpa lagi dientry akan datang...
Kongsikan:

Wednesday, February 21, 2018

Mengapa Sarapan Pagi Itu Penting



Dah sarapan ke? Sarapan apa tue?. Jika belum lagi bersarapan. Marilah kita sarapan bersama-sama. 

Jika ditanya sarapan apakah yang paling saya minati. Pastinya nasi lemak yang dibungkus bersama daun pisang dan ada pula ikan masin. Sambal nasi lemaknya pula, tidak terlalu pedas dan ada sedikit rasa manis..

Wah, sangat membuka selera rasanya. Tapi tidaklah setiap hari  saya mengambil nasi lemak, risau juga kesan dan akibatnya.

 Kawan-kawan pula bagaimana. Apakah pilihan menu sarapan pilihan kalian pula?

Apapun sarapan pilihan kita, tetapi disebabkan kesuntukan masa di pagi hari. Tatkala masa sangat mencemburui. Sehinggakan tidak sempat nak bersarapan pagi. 

Tengok-tengok saja jam, alamak dah pukul 11.00 pagi. Terus saja terfikir, makan saja sewaktu tengahari nanti. 

Sehinggakan terjadinya Bruch. Iaitu kombinasi Breakfast dan Lunch.

Demi kesibukan juga, membuatkan kita lupa tentang kepentingan sarapan pagi.

Kita abaikan pengambilan sarapan pagi yang mempunyai manafaat tersendiri. Di antara manafaat yang boleh kita perolehi dengan bersarapan pagi.

Meningkatkan kadar Metabolisma

Sebaik saja kita bangun daripada tidur paras gula di dalam badan dan kadar metabolisma adalah sangat rendah. Sekiranya tidak mengambil sarapan pada waktu pagi, tubuh tidak dapat meransang kadar metabolisma dan mengalakkan peningkatan gula di dalam darah

 Apabila metabolisma di dalam keadaan tinggi ia akan mempercepatkan pembakaran lemak.

Sekailgus, dapat membendung berat badan yang berlebihan. 

Terdapat kajian mengatakan, 50% individu yang tidak mengambil sarapan pada waktu pagi berpotensi mengalami berat badan yang berlebihan.

Nak diet, Tak mahu obesity.. Jika boleh tak mahulah skip sarapan pagi ye..Kita cuba juga bersarapan pagi walaupun hanya dengan menu yang ringkas.

Hilang semangat, daya tumpuan dan fokus

Seterusnya, kesan daripada tidak mengambil sarapan pada waktu pagi adalah badan tidak mempunyai tenaga dan boleh menyebabkan semangat untuk melakukan kerja atau pelajaran boleh terjejas dan terganggu.

Pengambilan sarapan pagi meningkatkan tahap fokus, memori serta kebolehan mental yang lain.

Tidaklah sewaktu sedang bekerja perut dendang keroncong akibat kelaparan tidak mengambil sarapan pada waktu pagi.

Pengambilan kalori yang banyak atau makanan yang banyak sewaktu makan tengahari

Apabila sudah tidak bersarapan pagi. Pastinya perut akan kelaparan sehingga ke tengahari. Ini menyebabkan kita mengambil makanan yang banyak sewaktu makan tengahari. Sehinggakan tidak menghiraukan jumlah kalori yang diambil pada ketika itu.

Ketika perut merasa sangat-sangat lapar membuatkan kita lebih cenderung makanan dengan lebih banyak.

Kajian oleh Barbara Rolls dari University Pennslyvania, Amerika Syarikat mendapati bahawa mereka yang makan tiga mangkuk salad rendah kalori (107 kalori) sebelum makan tengahari hanya akan menambah 12% lagi pada hidangan tengahari berbanding dengan mereka yang tidak bersarapan dan terus mengambil makanan tengahari.

Kesimpulannya, sarapan pagi amat penting buat kesihatan dan diet seharian. Sekaligus, membuatkan badan kekal cergas dan bertenaga. 

Walaupun ringkas sarapan yang diambil, pastikan ianya lengkap dengan nutrisi yang berkhasiat buat tubuh.

Tercari-cari sarapan ringkas yang kaya dengan khasiat dan nutrisi buat keluarga tersayang. Anda boleh mencuba bancuhan air gabungan daripada Protein Soya ESP, Performance Drink dan Meal Shake.



Bancuhan gabungan  supplement ini mampu membekalkan tenaga sepanjang hari, mengenyangkan. Malah, lengkap dengan nutrisi dan khasiat untuk keperluan tubuh.Lebih-lebih lagi ia amat sesuai untuk semua peringkat umur dan sessi keluarga.

Rasanya amat sedap dan menyelerakan. Rasa oren dicampur lemak-lemak manis dan sedikit rasa vanilla. sememangnya membuka selera.

Walau sesibuk mana pun anda pada hari ini, pasti sempat bersarapan dengan bancuhan ESP + Mealshake dan Performance Drink. Ini adalah kerana penyediaannya amat mudah. Cuma bancuh 3 sekawan supplement diatas dengan air suam. Dan dikacau. Kemudiannya diminum..

Nyummy, sangat sedap rasanya...Perut pun terisi dengan minuman berkhasiat.





Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews