Wednesday, February 28, 2018

5 Punca Yang Menyebabkan Seseorang Itu Menjadi Pelupa



Alamak, Macamana boleh terlupa nie. Tertinggal pulak fail tue kat rumah. File penting untuk mesyuarat petang nanti. Aduhai, disaat-saat begini boleh terlupa pulak.

Nak dikatakan sudah berumur?  Masih lagi belia remaja. Tetapi tahap pelupa mengalahkan mereka yang berumur pulak.

Memang tak boleh dibiarkan begini. Jika berlarutan memang padah dibuatnya. 

Pernah tak anda mengalami masalah lupa. Mesti pernahkan. Kadang-kala ianya kerap terjadi. Dan apabila ianya terjadi sedikit sebanyak menimbulkan massalah bagi aktiviti seharian.

Sekiranya di pejabat, Lupa nak menghadiri mesyuarat. Merupakan satu kesilapan yang agak besar. Boleh membuatkan ketua menjadi marah.

Sekiranya di rumah,  lupa nak tutup api di dapur, Lagilah bahaya. Boleh mengundang kebakaran..Bahaya..Bahaya,, dan sangat-sangat bahaya....

Jangan dibiarkan sifat pelupa nie. Sikap yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri kita sendiri dan juga mereka yang berada disekekeliling kita.

Sebelum menjadi-jadi sifat pelupa kepada yang lebih parah. Jom kita intai punca yang menjadikan seseorang itu menjadi pelupa.

Sebab 1 - Kerja Yang Tidak Bersistematik.

Tidak merancang kerja dengan sebaiknya. Kerja yang dibuat tidak tersusun dan berjadual. Dan ditambah pula pengurusan masa yang tidak betul.

 Kerja-kerja yang penting tidak diletakkan di dalam kalendar ataupun nota sebagai panduan.

Cadangan.. Sediakan sebuah buku nota atau planner. Kemudian, senaraikan kerja-kerja yang harus dilaksanakan menikut keutamaan.



Sebab 2 - Terlalu Banyak Berfikir

Disebabkan terlalu banyak berfikir pun boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa. Dengan kerja lambakan kerja yang tidak menentu dan membuatkan lupa untuk menyelesaikan kerja yang lebih penting.

Fikiran menjadi tidak fokus dan keliru. Sehinggakan tidak tahu yang mana satu harus diselesaikan terlebih dahulu.

Cadangan.. Selesauikan kerja satu persatu mengikut keutamaan. Focus kepada sesuatu perkara dan laksanakan sesuatu dengan sempurna sehingga selesai.

Sebab 3 - Rehat Yang Tidak Mencukupi

Apabila rehat tidak mencukupi, membuatkan otak menjadi letih dan tidak dapat berfikir dengan rasional. Membuatkan semua perkara diminda hilang dan menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa.

Cadangan.. Pastikan mendapatkan rehat secukupnya didalam menjalani aktiviti seharian. Jika terlalu sibuk, peruntukan cuma 5-10 minit untuk berehat sebentar sambil menikmati minuman kegemaran.



Sebab 4 - Kecuaian Sendiri

Pastinya sifat lupa ini tidak boleh dipandang remeh. Lantas, kitatidak boleh meletakkan semuanya diatas kesalahan orang lain. Kadangkala, kerana kecuaian sendiri yang menjadikan kita menjadi seorang pelupa. Sikap ambil mudah terhadap sesuatu perkara dan tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Cadangan.. Menjadi seorang yang lebih peka dengan keadaan sekeliling. Cara mudah, letakkan "sticky note" yang mengingatkan kepada sesuatu perkara di tempat yang mudah dilihat.

Sebab 5 - Tekanan

Memang tidak dinafikan, apabila stress otak tidak dapat berfikir dengan baik. Terlalu banyak perkara yang membebankan fikiran. Dan berbagai masalah yang dihadapi harus diselesaikan.

Dengan bebanan tekanan yang dialami boleh juga membuatkan seseirang itu menjadi pel

Ok, kita dah mengetahui punca-punca yang menjadikan seseorang itu pelupa, Maka, marilah kita mengatasi sifat pelupa ini agar ianya tidak menganggu gugat aktiviti seharian kita.

Bersama-sama kita elakkan dan jauhi sifat pelupa ini. Agar hari-hari kita lebih produktif dan bersemangat.

Selamat menjalani hari-hari yang produktif buat anda. Moga-moga dijauhkan dengan sifat pelupa. Walaupun ia sifat pelupa ini kelihatan agak tidak penting tetapi apabila sifat pelupa  tadi menjadi parah ia mampu mengundang bahaya dan mempu meragut nyawa dan keselamatan diri dan keluarga..

Nyahkan sifat pelupa dari dalam diri.............






Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews